Monday 17 December 2012

Jin hitam berbulu makan darah


بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aku terima sms dari seorang rakan sewaktu dalam perjalanan balik kerja. Katanya ada seorang kenalan yang sedang sakit. Dalam sms nya dia kata rakan tersebut badan dah tinggal sekeping. Kesian pulak dengar dan aku pun rancang nak pergi melawat selepas solat isyak.

Selepas solat isyak aku pun pergi. Aku bawa sekali anak bujang aku. Sampai disana ada beberapa orang lagi rakan yang turut datang melawat. Aku tengok rakan aku tu, memang sekeping badannya. Sebenarnya rakan ini telah minta cuti seminggu bagi menguruskan persekolahan anaknya namun telah jatuh sakit pada hari pertama cutinya. Bermaksud pada hari aku melawat tu, dia telah sakit selama seminggu lebih dan langsung tak ada makanan yang masuk ke  perutnya. Tersekat di kerongkong katanya. Cuma boleh minum air sahaja.

Pada asasnya hubungan kami agak dingin. Selalu jugak aku terasa hati bila berurusan dengan dia. Namun bila dia sakit tak kan aku nak buat tak kisah. Mana tahu Allah bukakan hatinya nak berbaik dengan aku.
Rakan-rakan lain bersembang sambil tengok bola. Aku pun tanya lebih kurang dan sambung layan bola. Isteri dia pun dah sediakan minuman, apa lagi..bedal lah....

Bila bola dah tamat rakan aku minta isterinya bawakan air. Bila dapat dia hulur kat aku. Minta doakan katanya. Since kawan tu dah berhajat aku pun panggil dia duduk berlunjur depan aku. Dari apa yang aku diberitahu, jin dalam mimpi ialah jin hitam berbulu dan makan najis, aku suspek ini gangguan dari jin kafir. Aku baca kunci amalan dan niatkan tarik gangguan ke hujung kaki. Berlaku beberapa pergerakan atau renjatan di badan rakan / pesakit tersebut. Aku tanya dia untuk kepastian kenapa dia gerak-gerakkan badannya. Pesakit beritahu yang bukan dia yang buat. Fahamlah aku. Aku minta dia berlunjur dengan belakang badan mengadap aku.

Aku bacakan zikir inti nur kalimah dengan tapak tangan ku ku letakkan dibelakang badannya. Baru sekali zikir kubaca aku dapati pesakit dah gelisah. Habis selawat tafrijiyyah terus ku beri salam..

Sedikit terkejut aku sebab salam ku dijawab. Gaya suara jin ini agak keras tetapi agak tergesa-gesa keadaanya. Mungkin sebab jin ini jin liar kot. Dia mengatakan datang dari bukit. Aku teruskan dengan pertanyaan lain. Kenapa kau ganggu orang ini? Tempat aku telah diceroboh!! Katanya. Jin ini mengaku dihantar orang tapi tak mahu beritahu siapa dalangnya. Jin tu juga kata yang ada banyak serangan dilakukan di kawasan tersebut bagi menghalau 'penceroboh'. Hatiku kuat mengatakan yang jin ini berbohong bagi memecahbelahkan orang dan menimbulkan perasaan syak wasangka kepada orang sekeliling. Aku tanyakan apa makanannya sewaktu dalam tubuh pesakit. Jin mengaku yang dia memakan darah pesakit. Aku panggil anak aku dan minta dia ambil beg rawatan ku dari dalam kereta dan minta sebiji bantal.

Aku azabkan jin tersebut dan menyuruhnya menyesali perbuatannya mengganggu manusia. Aku lakukan kaedah rentap dan tarik masuk bantal lalu ku rotan bertalu-talu. Badan pesakit yang tadinya dalam keadaan terlentang kini berbalik hingga terlungkup. Jin mengaduh dan melakukan raungan. Jin kulihat amat tersiksa. Jin menyebut kalimah La ilaha illallah' berulang-ulang kali sewaktu ku rotan. Aku minta jin menginsafi perbuatannya dan memintanya supaya keluar. Sewaktu aku sedang mengazab jin ini tiba-tiba anak pesakit masuk kerumah secara melulu dan menerpa ke arah pesakit. Ku lihat dia amat sebak melihat ayahnya sedang tertiarap ditengah-tengah rumah. Nasib baik adik perempuan dan ibunya cepat-cepat datang mendapatkannya. Risau juga aku sekiranya jin dalam tubuh ayahnya akan melakukan serangan keatasnya. Kalaulah itu berlaku tak ke haru keadaan tu nanti.

Aku tak mengazabnya lama kerana jin kemudiannya telah berjanji dengan nama Allah untuk tidak lagi mengganggu pesakit dan juga umat manusia yang lain. Ku tanyakan samada jin boleh keluar dengan sendiri. Katanya boleh. Aku arahkan supaya dia memberi salam kepada pesakit dan sekelian yang ada di dalam rumah tersebut sebelum keluar. Dengan ucapan assalamulaikum jin pun keluar. Aku nampak macam ada renjatan sewaktu proses keluar tersebut. Setel satu masalah.

Aku tunggu pesakit tu sedarkan diri semula. Setelah beberapa ketika pesakit pun sedar. Aku minta dia mengucap dua kalimah syahadah dan dia dapat lakukan dengan baik. Alhamdulillah, selesai kerja aku malam tu. Aku ambil air yang telah aku ruqyah sekaligus sewaktu merawat tadi dan ku bacakan Hizib Intiqom bagi menghancurkan semua gangguan.

Sewaktu aku meminta diri untuk pulang dan ketika bersalam dengan pesakit, dia telah menggenggam tangan ku erat. Aku ambilnya sebagai tanda terima kasih darinya. Apa nak kisahkan. Niat aku nak menolong orang jadi sesiapa pun boleh. Aku juga berharap selepas ini hubungan kami akan lebih rapat.

Hasbunallahu wanikmal wakil..







Saturday 8 December 2012

Teknik Kembara Rawat 2



بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Aku telah repeat semula rawatan pesakit yang lepas. Kalau dulu tu TKR dapat halfway je dan pesakit kena masuk balik sebab roh tak kuat, kali ni aku buat persiapan untuk TKR yang berikutnya. Sebelum rawatan aku selesaikan semua zikir-zikir amalan ku termasuk amalan nafas. Sudah selesai baru aku bertolak ke rumah pesakit. Itupun sekitar jam 10 malam. Setelah sampai aku interview dulu si anak (yang mempunyai bisikan) katanya kadang-kadang ada juga terasa, biasanya selepas maghrib. Aku tak buat apa-apa pada si anak dan terus je merawat melalui ibunya..apalagi, TKR lah..

Selepas semua persiapan siap dan si pesakit disuruh keluar, namun pesakit memberitahu ada sesuatu yang menahannya dari keluar terutama dibahagian kepala. Mendengar keluhan si pesakit, aku pun membacakan ayat penggerak dan beberapa potong ayat suci lain dan memohon pertolongan dari Allah agar dipermudahkan segala urusan dan aku meneruskan zikir. Setelah beberapa ketika si pesakit memberitahu yang dia sudah berada diluar rumah. Dia melapurkan yang dia ternampak jalan kearah rumah jiran berdekatan. Aku suruh dia pergi siasat apakah yang berlaku. Aku percaya ada petunjuk disitu. Pesakit memberitahu sudah sampai dirumah. AKu suruh dia masuk kedalam. Setelah seketika pesakit memberitahu dia tidak menjumpai apa-apa dirumah tersebut. Aku menyuruhnya kembali kerumah dan periksa dirumah sendiri.

Di dalam rumah pesakit memeriksa keseluruhan dan ternampak jin hitam yang dulunya terlepas dari tangkapan tu ada di tubuhnya. Rupa-rupanya jin inilah yang tidak membenarkan dia keluar TKR tadi. Aku bertindak memasung jin tersebut dari luar dan bertanyakan pesakit samada dia boleh membuang jin itu. Kita cuba katanya. Aku memperkemaskan sila ku dan meletakkan kedua tapak tanganku ke belakan pesakit. Aku membaca beberapa potongan ayat alquran dan mula berzikir sambil dalam makrifat aku mengazabkan jin yang hendak dibuang dan dalam masa yang sama mengalirkan tenaga dalam ku ke roh pesakit semoga sentiasa mempunyai tenaga melawan jin tersebut. Aku makrifatkan supaya roh pesakit menjadi besar dah lebih kuat dari gangguan. Pesakit berusaha bersungguh-sungguh menarik gangguan dan apabila aku nampak yang pesakit sedia menarik gangguan keluar dari kepalanya, aku menghulurkan botol yang telah siap-siap aku kuncikan dari awal ketangannya dan pesakitpun memasukkan jin yang telah ditangkapnya itu kedalam botol.

Aku lihat pesakit amat kelelahan. Ku tanyakan samada pesakit masih boleh meneruskan kembaranya. Nampaknya pesakit masih lagi boleh bertahan. Aku menyuruhnya turun dari bahagian kepalanya dan turun kebawah. Pesakit memberitahu ku apa yang dia nampak. Dia ternampak ada terdapat banyak ulat berenga dibahagian dada. Mendengarkan itu aku pun melakukan tarikan dari luar menarik kesemua ulat tersebut dari dada zahir pesakit dan memasukkannya kedalam botol tadi. Aku tanyakan pesakit samada ulat tersebut sudah dapat dibuang. Dah habis katanya cuma tinggal tapaknya dan nampak sangat kotor. Ulat berenga sudah tiada lagi. Aku menyuruhnya meneruskan kembara ke bahagian lain tubuh.

Pesakit sampai dibahagian perut. Dia ternampak ada gangguan di kawasan tersebut, dan sangat hitam katanya. Aku bertanyakan pesakit samada dia mampu untuk membuangnya. Inyaallah katanya. Aku pun membetulkan sila dan memulakan zikir dengan tangan kuletakkan sebelah dibahagian belakang pesakit dan sebelah lagi ku dekatkan dengan perut pesakit. Pada zahirnya aku nampak tubuh pesakit melakukan beberapa gerakan dan mulut pesakit mula membuat bising. Macam-macam yang dibunyikannya tetapi ianya lebih kepada raungan sebenarnya. Pesakit mula membuat bunyi sedih dan menangis. Aku mulanya risau jugak dengan apa yang terjadi tetapi hatiku kuat mengatakan yang itu bukannya si pesakit, tapi gangguan yang sedang ditarik dari dalam oleh pesakit yang TKR. Aku mendapat ilham untuk membantu pesakit dengan teknik membuang aura / sihir. Akupun berubah tempat dan duduk bersila di hadapan lunjuran kaki pesakit. Hujung kedua kakinya aku pegang dan jeritan dari tubuh pesakit semakin menjadi-jadi. Semakin kuat kata hatiku bahawa yang menjerit itu bukan nya pesakit tapi jin yang mengganggunya. Aku meneruskan kaedah menolak aura hitam dan memecahkan tapak sihir yang ada di dalam tubuh pesakit sambil makrifatkan hujung kedua kaki yang ku pegang itu sebagai tapak sihir.

Setelah habis wirid yang kubaca semakin kuat jeritan yang keluar dari tubuh pesakit.Tubuh pesakit kelihatan terkejang-kejang dengan tangannya kini menongkat badan supaya tidak jatuh. Nyatalah kini gangguan tersebut benar-benar tersiksa. Dalam kaedah TKR ini aku dapati gangguan tidak punya peluang untuk tawar menawar. Kaedah ini lebih kepada pembasmian dan menghancurkan gangguan, tidak seperti kaedah ruqyah yang menarik jin keluar satu persatu. Aku kini mulakan menolak cahaya hitam secara makrifat dari hujung kaki pesakit dan naik ke atas hingga ke kepala. Sewaktu proses menolak ini badan pesakit kelihatan amat tersiksa. Sewaktu tolakan makrifatku sampai ke kepala dan sedia untuk digenggam sebelum masuk ke botol, tiba-tiba tubuh pesakit rebah ke lantai. Nasib baik bantal telah ku letakkan terlebih dahulu. Genggaman aku yang aku makrifatkan ada gangguan didalamnya kubawakan dan ku masukkan ke dalam botol. Ku tutup botol tersebut dengan Yasin ayat 9. 

Pesakit dalam keaadaan yang kelihatan seperti tidur. Tugas ku sekarang ialah untuk menyedarkannya. Yang aku bimbangkan ialah keaadaan roh pesakit yang keluar tadi samada masih diluar ataupun sedang masuk semula ke tubuhnya. Aku bacakan beberapa potongan ayat alquran masih tidak ada apa-apa tanda. Akhirnya aku di ilhamkan untuk menulis perkataan 'alif lam lam ha' @ Allah di dahi pesakit. Alhamdulillah, tidak lama kemudian pesakit membuka matanya dan perlahan-lahan membangunkan badannya untuk duduk. Pesakit ku suruh mengucap dua kalimah syahadah dan kuberikan air rawatan. Aku mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana telah memudahkan urusan rawatan dan pesakit telah dapat kembali semula dalam keaadaan yang baik. 

Aku berbual-bual dengan pesakit sambil cuba memahami penemuan ku dalam rawatan. Dalam pada tu pesakit dalam keaadaan boleh 'lihat'.. aku pun ambil kesempatan ini untuk minta dia tengok apa ada kat jari kaki kanan aku. Dah kurang lebih 2 tahun kaki aku mengalami gatal-gatal macam kudis buta, bila bubuh ubat dia kering sekejap lepas tu jadi semula.. hilang kejap pas tu jadi balik.. Pesakit pun mula lihat ke kaki aku..tak lama dia pun cakap "ada pontianakkkk..." katanya. Aku pun cool je, dalam hati terkejut jugak walaupun dah expect yang memang ada benda kat situ. Aku pun terus pagar bahagian kaki aku tu dengan pagar Alif Lam Mim, dan tarik masuk ke pasung 'Nun'. Geram punya pasal aku pun tarik aura pedang Kaf Ha Ya A'in Sod dan buat gerakan mencincang dengan pedang tadi. Aku tanyakan pesakit apa yang dia nampak. Macam buah tembikai kena potong, katanya.. aku tarik semua masuk botol..

Botol ku bawa bersamaku di dalam kereta sewaktu nak balik ke rumah. Ikutkan hati nak jugak aku keluarkan dan rantai jin tersebut kat jalan lurus antara dua roundabout kat airport tu. Kan tempat tu ramai budak-budak yang dok merempit. Mungkin dengan adanya jin yang kulepaskan gejala rempit akan berkurangan atau tiada terus di jalan itu. Aku terbayangkan yang jin dok sama laju dengan bebudak yang dok 'superman' atas motor time race nanti. Namun, bila di fikir-fikirkan balik, nanti takut jadi masalah lain pulak, accident ke mati ke.. Jadi aku niatkan nak hantar semua jin dalam botol tu ke penjara gunung kaf..

Beberapa hari kemudian aku berjumpa dengan pesakit. Dia kelihatan tak berapa sihat dan terbatuk-batuk yang mengeluarkan kahak. Dah nak baik dah lah tu, kataku. Nampaknya dia pun bersetuju. Kerana kebiasaan rawatan sihir yang dah lama, biasa nya pesakit akan mengalami sakit-sakit sebelum sembuh sepenuhnya. Semoga kesembuhan menjadi miliknya satu hari nanti selepas bertahun-tahun bertahan dan merawat dirinya.

Wallahua'lam..

Thursday 6 December 2012

Do it yourself - anda boleh merawat

Tazkirah Rawatan Islam dari salah seorang Guru ku.. Ustaz Majid - AKRINE Kuang

 

  1. Sakit adalah ujian dari Allah
  2. Hidup ini adalah ujian 
  3. 90% penyakit adalah berpunca dari gangguan makhluk halus 
  4. Kalau anda sakit tekak, banyakanlah membaca Al-Quran 
  5. Ada correlation antara serangan jin dengan kerosakan fizikal contohnya kes stroke atau ahmar, cancer,
  6. Virus adalah jin berdasarkan hadis "sesungguhnya taun itu adalah tusukan jin". Taun adalah virus 
  7. Di mana bermulanya penyakit, di sana ALLAH juga turunkan ubatnya 
  8. ALLAH jadikan kehidupan sekitarannya sebagai ubat kepada kehidupannya 
  9. Ummat Islam mestilah merawat dirinya secara Islam sebelum mendapatkan rawatan yang lain 
  10. Rawatlah diri anda dengan: Banyak berzikir, minum air rawatan, deklarasi, teknik azab, teknik tarik, teknik tikam dan tutupan diri.

Thursday 29 November 2012

Teknik Kembara Rawat

Salah satu gambar Tuan Guru yang mengajarkan ku TKR, Ust Majid

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rawatan kali ni berlainan sedikit. Pesakit memberitahu yang anaknya sering mendapat suara hati yang mengutuk islam. (anak ini baru balik dari summer camp anjuran sekolah tahfiz di penang) Selalunya anak tersebut terpaksa melawan suara hati itu dengan menguatkan semula iktiqad nya. Nasib baik si anak ini tidak merahsiakan hal ini dari emaknya.

Dari pengajian aku, orang lelaki jika diruqyah memang jarang sekali kerasukkan dan melalui pengalaman ku sendiri memang belum ada lagi. Aku di ilhamkan untuk melakukan teknik kembara rawat (TKR ) untuk rawatan kali ini. Yang akan di TKRkan bukannya si anak tapi emaknya.

Mata si emak ditutup dengan serban yang dibawa. Setelah doa dibaca aku minta si emak (pesakit) memberitahu apa yang dia nampak melalui mata dalam dan mata hatinya. Pada mulanya hanya gelap gelita yang dilapurkan. Setelah aku bekalkan dengan lampu torchlight ditangan pesakit dan aku bacakan beberapa potongan ayat suci, pesakit memberitahu yang dia kini berada di bahagian luar rumah.

Aku suruh dia tengok sekeling rumah untuk lihat sekiranya ada gangguan yang kelihatan. Dia mengatakan ada terdapat aura bisa yang kuat dari bahagian belakang rumah yang menyakitkannya. Aku bekalkan dia dengan pakaian kalis aura bisa tersebut yang mana membolehkan pesakit menahan bisa aura. Dia tak mahu meneruskankan dibelakang rumah, tak tahan katanya. Aku suruh dia cari pintu masuk ke rumah dan masuk. Dah masuk katanya.

Di dalam rumah aku suruh pesakit lihat dan cari apa-apa yang ada di dalam rumah. Pesakit masuk ke bilik anaknya dan beritahu yang dia ternampak jin hitam yang besar di sudut bilik. Aku bekalkan senjata di tangannya dan suruh dia serang jin tersebut. Setelah diserang jin tersebut bertukar menjadi wasap dan naik ke ceiling bilik. Aku berikan pesakit ribut kecil supaya semua asap tersebut dapat dihisap keluar. Pesakit kemudian bergerak keluar dari bilik anaknya.

Sampai ke ruang tamu rumah dimana anaknya sedang duduk, pesakit segera menunjukkan kearah dinding dengan tangannya dan mengatakan ada terdapat jin hitam yang besar di situ. Bentuk tubuh jin tersebut seperti jin dalam cerita kartun Aladdin yang mana dari pinggang ke kakinya adalah seperti asap, cuma bezanya jin ini sangat hitam. Hujung ekornya kelihatan bersambung dengan hati anak pesakit. Oh! Inilah jin yang memberikan bisikan benci islam kepada budak ni, kataku. Aku membuat pasung Alif Lam Mim dan pagar Yasin pada jin tersebut supaya tidak dapat lari. Kemudian aku bekalkan pada pesakit jala elektrik untuk menangkap dan merenjat jin. Aku pun tak tahu kenapa mesti bagi jala .hehehe.. Pesakitpun melemparkan jala kearah jin itu dan merenjatkan nya. Aku dialam nyata melakukan berberapa tetakan kearah jin tersebut dengan tujuan memutuskan hujung ekor jin tersebut dari hari si anak. Sewaktu pesakit menarik dan merenjatkan elektrik dari jala kepada jin, si pesakit mengatakan bahawa tenaga jin tersebut adalah sangat kuat dan pesakit tidak dapat menguasainya. Aku yang mendengarpun berusaha untuk menguatkan si pesakit yang masih dalam kembaranya dengan membacakan  ayatul kursi sambil makrifatkan untuk memberi tenaga tambahan kepada pesakit. Sedang aku membaca si pesakit memberitahu yang kembaranya telah berakhir dengan tiba-tiba dan dia kini sudahpun kembali ke jasadnya..

Aku bukakan simpulan serban yang menutupi mata pesakit dan baca doa menutup semula mata batin dan mata hati si pesakit dan membacakan selawat syifa kepadanya. Aku sempat bertanya tentang mengapa dia boleh balik ke jasadnya dengan tiba-tiba? Jin tu kuat sangat kata.. tak apalah kataku. Sekurang-kurangnya sudah dapat tahu memang ada jin yang terikat di hati anaknya.

Aku biarkan si emak berehat dan aku rawat pula si anak dengan rawatan membuang sihir / aura negatif dari badannya. Semuanya berjalan lancar dan sewaktu proses merawat si anak ini memberitahu yang dadanya berdebar kuat dan sekarang dah kembali biasa.. selesai rawatan ku ke atas si anak ini.

Aku beralih kepada si emak pula. Sambung rawatan ulangan.

Aku tidak menggunakan rentap kali ini tetapi mengenakan sentuhan terus kebahagian belakang pesakit. Masuk zikir kali kedua aku dah nampak tindak balas dari pesakit. Aku habiskan bacaan zikir kedua sehingga habis dan aku berikan salam kepada pesakit.. (aku dapati kesan tindakbalas kaedah sentuhan dengan kaedah rentap, kaedah sentuhan lebih cepat tindakbalasnya)

Ayat apa yang kau baca ni? habis sakit-sakit telinga aku!! kata si jin. Nampak gayanya bukan jin islam. Aku pun macam biasa la maintain dengan keramahan dan budi bahasa bila berbual dengan jin ni. Ajak dia peluk islam. Agama? apa tu, tak pernah dengarpun..?! kata si jin. Aku teruskan soal jawab dengan jin untuk korek lebih lanjut. Katanya dia baru saja masuk ke tubuh pesakit. Sebelum ni duduk kat Sheraton, katanya Masuk ke tubuh pesakit kerana pesakit telah mengambil pokok yang jatuh ke tanah yang mana merupakan rumah "mereka" (jin membahasakan 'kami'). Kami?! ulangku meminta kepastian. Maksudnya bukan kau sajalah yang masuk ni.. sekampung ke? tanya ku. Jin tersenyum.. tak de lah sekampung tapi adalah dalam sepuluh 'orang'..katanya. Aik?! jin pun sepuluh 'orang', bukan sepuluh jin?! kataku berseloroh.. syok jugak kengkadang bergurau-gurau dengan jin ni. Sebab depa ni pun bila kita cakap baik-baik dia akan layan kita dengan baik jugak... tapi itu bergantung dengan sikap jin tersebut jugaklah.. Dah tu kau nak buat apa dengan tubuh ni, kau nak sakitkan dia ke? tanya ku. Taklah, kami cuma tumpang je kat sini katanya. Since jin ni bukan nya jenis yang agresif dan bukan nya datang secara sihir, jadi aku pun terus sahaja mendakwah kan 'mereka'. Aku mohon Allah s.w.t untuk memberikan hidayah kepadanya. Aku bacakan potongan ayat Nur dari surah Yusuf sambil memakrifatkan supaya Allah membawakan jin islam lain yang sebangsa dengan nya untuk menunjukkan dan menerangkan suasana dan cara hidup islam di alam jin. Sambil aku ulang-ulangkan ayat nur sentiasa didalam hati ku mendoakan agar jin ini akan dibukakan hatinya untuk memeluk islam. Setelah beberapa kali aku dakwah dan tanzir, akhirnya jin ini bersetuju untuk meneruskan. Aku teringat yang jin ni ada geng jadi aku suruh jin yang berkata-kata ni supaya bertanyakan jin yang lain adakah mereka juga ingin memeluk islam. Kalau semua mahu kita boleh buat sekali. Di samping itu aku menawarkan penempatan baru yang lebih baik kepada mereka dengan izin Allah. Jin itu kemudian memberitahu yang kawan-kawan jin nya yang lain itu semua bersetuju untuk memeluk islam. Aku mengajarkan nya syahadah dan meminta jin-jin yang lebih kurang sepuluh 'jin' itu pun turut sama bersyahadah. Mereka pun bersyahadah dengan lancarnya.. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t kerana memudahkan urusan ku dan bertambah saudara seislam dialam jin. Aku sempat menanyakan dari manakah jin yang berkomunikasi dengan mereka sewaktu aku mendakwahkan mereka tadi. Dari Palestin kata jin tersebut. Kalau macam tu aku hantar kau ke Palestin lah, boleh jugak kau pergi berperang dan berjihat.. kataku. Tak mau lah, kata si jin. Kalau nak perang pun kena lah berlatih dulu katanya... :-D aku tersenyum mendengar celoteh jin ini. Jadi nak kemana? Mekah ke Madinah? tanyaku. Jin mengatakan yang di Mekah sudah terlalu penuh sekarang, jadi dia memilih hendak ke Madinah. Aku menyatakan bersetuju disamping itu aku mohon kepada Allah supaya disediakan penempatan yang baik kepada jin-jin ini dan disediakan ustaz dan ustazah dari kalangan mereka, Insyaallah. Aku minta mereka keluar sendiri tapi jin tidak mahu. Kau keluarkan lah..katanya dengan sopan. Aku pun tarik dengan teknik tarik serban sambil mengarahkan semua geng jin yang baru ku islamkan tadi supaya bersedia. Kutarik dengan bacaan Alfatihah dan selawat tafrijiyyah..... jin pun keluar..

Jin yang kedua muncul.. jin ku dakwahkan supaya memeluk islam. Dah islam dah... kata si jin.. aku suruh dia jawab salam baru lah salam aku tadi dijawabnya. Katanya dia dihantar oleh tukang sihir dan dijanjikan upah yang lumayan iaitu berupa makanan. Berapa kali dah kau terima upah? tanya ku. Baru sekali..! kata si jin. Kau ni dah kena tipu ni.. duduk dalam tubuh ni dah 20 tahun tapi baru sekali terima upah?!.. kataku untuk psycho jin ini. Dia senyap tak terkata apa. Aku tanya beberapa soalan. Jin menjawab dengan lancar dan memberitahu yang dirinya di belenggu dan mahu keluar. Jin juga memberitahu yang dirinya bertubuh gemuk apabila aku suruh dia tanya jin yang dilapisan bawahnya samada mereka juga nak keluar. Jadi dia tak dapat nak tengok katanya. Aku dapat idea. Kau nak cantik tak? tanyaku. Jin angguk... aku pun senyum je.. sapa tak nak cantik kan? hehehe.. aku baik hati hari ni jadi aku doa dan mohon pada Allah s.w.t agar menjadikan jin ini cantik. Setelah aku berdoa aku tanyakan kepastian dari jin, hmmm... dah cantik dah? jin mengangguk.. Dengan izin Allah aku putuskan semua rantai yang membelenggunya dan aku putuskan semua perjanjian nya dengan tukang sihir. Apa nama kau dan bila keluar hendak dihantar ke mana? tanyaku.. Namaku Siti Fatimah dan mintak hantar aku ke Masjid Ulu Melaka lah.. katanya. Baiklah, ke masjid Ulu Melaka.. tapi kau nak buat apa sorang-sorang kat situ? pancingku.. apa pulak sorang, ramai lagi kat situ........... kata Siti Fatimah.. dia aku keluarkan dengan izin Allah tanpa sebarang masalah..

Satu lagi jin muncul... aku beri salam dan salam ku di jawab lambat. Jin ini merupakan jin islam tetapi telah ditangkap dan dirantai didalam tubuh pesakit oleh tukang sihir dibahagian kepala. Jin ini sangat blur sebab telah disihir untuk tidur sahaja didalam tubuh pesakit. Jin ini pun tidak agresif dan mahu keluar. Sudah 20 tahun tinggal sini katanya. Aku putuskan semua perjanjian nya dengan tukang sihir dan aku doakan supaya dikembalikan semua ingatannya dan hilangkan penyakit mengantuknya. Jin kembali cergas dan mahu bersembang selepas seketika. Aku pun ambil peluang bersembang dan korek-korek sikit rahsia alam jin. Aku tanyakan pada nya apa jadi dengan jin hitam yang ada pada anak pesakit tadi. Dia pun scan.. katanya jin tadi dah tak ada dibadan tapi ada di luar... aik?! bukan tadi aku dah campak dia ke laut yang paling jauh, camana dia ada kat sini pulak?.. kataku supaya dapat korek lagi rahsia. Jin tu jenis asap, kau genggam dia boleh lari... apasal kau tak masukkan ke dalam botol?!! kata jin tu menjawab soalan ku... adesss... kataku. (Kaedah ku membuang aura negatif memang sepatutnya guna botol tapi aku yang selalu short-cut.. padan muka aku, namun dapat jugak aku pengetahuan malam ni..) Selepas tanya dua tiga perkara lain aku pun tarik jin ni keluar..

Pesakit tersedar semula dari kerasukkan. Setelah mengucapkan dua kalimah syahadah aku pun sembang-sembang dengannya mengenai pengalamannya tadi. Kami ketawa mengenai menangkap jin guna jala elektrik sewaktu kembara tadi... ada pulak tangkap jin guna jala katanya...hehehe... nak buat camana minta ilham tapi tak datang waktu tu.. cuma terfikir kan jala je, apalagi.... kataku. Kesimpulannya, pengalaman malam ini pastinya akan membolehkan aku guide kembara dengan lebih baik di masa hadapan dan jangan lupa bawak botol atau standby botol dalam kereta.. botol oh botol....


Sekian..








Wednesday 21 November 2012

Badi Mayat ke ni?

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Bukan badi mayat rupanya..

Baru-baru ni seorang kawan call aku katanya ada kenalan yang berurusan kerja dengan nya di Datai dah 2 minggu tak boleh tidur. Mereka suspek terkena badi mayat sebab dia mula berasa terganggu selepas hadiri majlis pengkebumian seorang rakan. Jadi aku yang tak pernah handle kes macam ni interested la jugak nak cuba. So sebelum pergi aku contact lah rakan-rakan perawat yang lebih experience. Nasib baik zaman sekarang ni teknologi dah maju. Post je soalan dalam group di FB berjela explaination rakan perawat bagi tips dan teknik.

Kami jumpa di City Bayview. Aku bawak anak lelaki aku sekali. Sengaja aku nak bagi exposure kat dia. Lepas soal jawab dan ambik tahu lebih kurang aku merasakan yang pesakit bukannya terkena badi tapi ada gangguan. Aku tak conclude apa-apa yang memungkinkan adanya unsur-unsur sihir di tempat kerja walaupun pesakit berasa ada kemungkinan ada pihak yang tidak senang dengannya.

Sewaktu aku scan, aku merasakan ada tenaga di belakang atau bahagian kepalanya. Tempat-tempat lain tiada.

Aku mulakan dengan ikrar pemutus dan teknik tikam diri. Aku kemudian sambung dengan zikir mutaqaat. Round pertama dengan niat azab dan hancurkan makhluk jahat yang menganiaya. Round kedua hapuskan gangguan dan hancurkan tapak jin. Round tiga dengan niat diberikan kesembuhan keatas segala penyakit yang dihadapi pesakit. Tiada sebatang tindak balas dari tubuh pesakit lalu aku lakukan teknik tarik untuk mengeluarkan jin yang melekat dibadan atau kepala pesakit. Rawatan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan tamatkan rawatan dengan pukulan dan selawat syifa.

Keesokkan harinya aku terima panggilan dari pesakit. Dari suaranya aku dapati terdapat kegembiraan. Rupa-rupanya pesakit berasa begitu gembira dan puas kerana dapat tidur nyenyak malam tadi. Sampai berdengkur-dengkur katanya. Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana dipermudahkan urusan dan mengembalikan nikmat tidur kepada pesakit. Cuba anda bayangkan anda tak boleh tidur selama dua minggu. Mesti tegang kan?.

Malam keesokkannya pesakit call sekali lagi. Dia menyuarakan kemungkinan ada gangguan dari ofis nya kerana hatinya mula berasa berdebar-debar selepas balik dari pejabat. Dalam hal ini aku tarik jarak jauh gangguannya dan nasihatkannya supaya tidak melulu mengesyaki orang  di tempat kerja. Sebaliknya bersabar dahulu dan lihat apakah gangguan akan berterusan. Aku bekalkan pesakit dengan amalan 5bismillah dan pagar Yasin empat penjuru sebagai perlindungan.

Selain darihal merawat aku bersyukur dapat bertemu dengan pesakit ini yang mana rupa-rupanya dia juga berasal dari kampungku yang mana ibunya adalah anak jati kampungku. Bertambah lagi kenalan ku. Semoga pesakit di beri perlindungan dari sebarang gangguan sihir..





Monday 19 November 2012

Lupa nak transform


بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Rawatan terbaru ini mengingatkan aku kepada pesanan tok guru. Katanya sebelum merawat jangan lupa 'transform' lebih dulu. Hakikatnya ini adalah merupakan pakaian ustaz dahulu kala. Mungkin anda pernah membaca atau mendengar yang apabila tok kita atau ustaz di kampung boleh menjadi tinggi bila berlawan dengan jin yang menggangu. Sehinggakan boleh bertukar tinggi mencecah awan. Kalau pernah memang anda akan faham apa yang aku maksudkan.

Sudah dua round zikir 14 mutaqaat aku ulangi. Setelah selesai selawat tafrijiyyah yang terakhir dalam round kedua pesakit telah duduk bersila dengan kemas seolah-olah sedang dalam tafakkur yang khusyuk. Apabila aku menjurus sambil sebat ke bantal yang telah di rentap aku lihat jin ini akan juga menggores dan mengetuk lantai. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang kesakitan. Pertanyaan ku sangat sedikit yang diendahkannya. Aku bertanya samada dia dari Siam, dia yang tersengih dan meneruskan ketukan tangan nya ke lantai seolah-olah ada gendang disitu.

Dari alam jin rupanya jin ini sebesar gunung dan diriku adalah tersangat kerdil pada pandangan mata jin. Manakan aku yang kecil ini hendak diendahkannya. Semua soalan-soalan ku tidak diendahkan.

Sewaktu aku meneruskan zikir ku round yang ketiga aku diilhamkan untuk transform. Cepat-cepat aku membacakan amalan dan transform. Maka di alam jin, jin yang besar ini telah terkejut dengan perubahan aku dan mula membina perisai mempertahankan diri yang mana sebelum ini aku tidak diendahkannya. Tangannya dirapatkan seperti rakyat siam mengucapkan 'sawadee ka..' dan kepalanya kini bergoyang-goyang kekiri dan kanan seperti dalam filem tamil. Aku tanyakan soalan tetapi tidak diendahkan. Walaubagaimanapun tangan nya kini rancak memukul gendang berbentuk tengkorak yang ada disekeliling silanya. Aku berikan lagi beberapa jurus dan nampaknya jurusku kali ini lebih effective. Aku seru jin ini ke arah islam dan dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tangan bertambah sibuk memukul gendang. Aku bacakan ayat Nur dari surah Yusuf dan memohon Allah supaya menunjukkan bayangan keindahan islam kepada jin ini. Aku lihat dia mula memejam celikkan matanya dan menutup telinganya. Sementara aku terus-terusan membacakan ayat Nur dengan niat untuk dakwah jin ini. Jin ini nampaknya memang kental dengan agamanya. Dia tidak menjerit atau marah namun dia akhirnya tumbang ke lantai...

Setelah tamat rawatan sempat aku tanyakan kepada pesakit tentang pengalamannya. Pesakit memberitahu bahawa pada mulanya dia nampak aku sangat kecil macam orang melihat ke tanah siam dari puncak gunung matchinchang, manakala jin ini tersangatlah besar dan seperti gunung. Dia berada di dalam kuil yang berwarna keemasan (pesakit tak dapat membezakan samada di wat siam atau hindu). Jin ini selalu memukul gendang tengkorak manusia yang ada di sekelilingnya.  Dia menjadi terkejut dan takut apabila sesudah transform aku telah menjadi lebih besar dan kuat darinya dan bertungkus lumus untuk melawan dengan jurus-jurusnya sedangkan aku semakin mara dan terus menekannya.  jin itu berusaha gigih, walaubagaimanapun jiwanya amat terganggu di saat-saat akhir sewaktu aku dakwahkan dan akhirnya dia, jin yang seperti berhala itu tumbang dan hancur berkecai...

Sesungguhnya tiada sesuatu apa pun yang dapat menandingi kehebatanNya..




Friday 16 November 2012

Jin yang kebal dan kembara rawat..





بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pertarungan kali ini very much educational kepada aku yang masih berstatus pelajar dalam merawat ni. Pengalaman ku kali ini ialah bertarung dengan jin kebal. Penat beb memikirkan apa kaedah yang sesuai..
Selepas masuk zikir mutaqaat kali kedua, pesakit yang dalam keadaan duduk mula merebahkan badannya. Its ok, your pillow is ready kata ku.. 



Mata pesakit terbuka dan memandang tepat ke bumbung rumah dengan air muka seperti keliru. Tiada kata kata yang keluar. Habis je selawat tafrijiyyah pesakit mula menangis teresak esak tapi aku tau ini cuma mainan syaitan. Aku sound dia sekali, terus tangisan nya meninggi dan berubah menjadi ketawa. Aku perhatikan tabiat jin ni.. takde pulak tanda-tanda pontianak.. Bukan pontianak ni kataku..



Kali ni aku rentap dia dan bawa masuk kebantal. Setelah salam dan soalan ku tak dijawab, aku tibai dia bertalu talu.. Agak lama dia aku tibai tapi cuma tangan yang bergerak gerak. Aku cuba tarik ketangan dan beri tangan nya yang berbicara. Bila aku suruh genggam dia balik-balik kan tangan.. kemudian tangan kiri dia pulak yang menjawab.. Aku tingkatkan waspada.  Aku tau ada something yang tak kena.. Aku kena main ni. 
Aku tebalkan pelindung aku dan tarik aura pedang kaf. Bila dah terasa pedang ditangan aku arahkan pedang ke leher. Jin nampak ketakutan namun aku tak sembelih, sebaliknya aku berikan dia limited time offer untuk jawab soalan. Namun jin berdegil. Aku tarik aura pedang yang dah aku simpankan ke pinggang dan letak dileher. Dia menangis namun kali ini aku tak akan berlembut lagi. Dengan lafaz Allahuakhbar jin aku sembelih.. Jeng jeng..  apa yang terjadi adalah sangat mencabar.. dia tak mati pun malah tangan siap main-main lagi. Sah jin kebal ni! Kataku.. Berbagai-bagai teknik sudah aku gunakan dari teknik azab hingga ke sembelih namun jin tersebut ternyata kebal dari azab yang aku kenakan keatasnya. 

Masa berlalu dengan pantas.. dan aku tak putus-putus memohon petunjuk dan ilham dari Allah bagi menangani masalah ini. Aku tukar strategy dari serangan kepada dakwah. Mungkin kali ini aku hilang fokus dan keyakinan di tambah oleh gurau senda jin ni keatas aku. Patutnya aku yang psycho dia ni dah terbalik kuang.. Dakwah aku tak menjadi. Aku sedar pertarungan ini dah agak lama jadi aku ambil keputusan untuk menidurkan jin. Puas aku memujuknya supaya tidur namun jin tersebut berdegil. Since jin tersebut liat sangat aku ubah taktik aku memujuknya dengan manja.. Seolah-olah sedang mengayat awek.. lembut habis aku memujuknya sehingga akhir jin itu tertidur. 



Aku nekad nak check berapa lapis gangguan yang ada pada pesakit. Aku panggil suaminya dan brief sikit ttg perjalanan yang akan dilaluinya sambil aku akan memandunya dan memberikan senjata yang bakal diperlukankan. Aku nak buat TKR iaitu teknik kembara rawat. Matanya aku tutup dengan serban. Selepas selesai berdoa pesakit nampak gambaran hijau di screen pandangannya. Aku fine tune sikit dan akhirnya background hijau bertukar menjadi kawasan hutan yg tebal dgn pokok pokok besar. Bila di jelaskan lagi gambaran pesakit dapat lihat banyak ular, buaya yang pelbagai jenis. Ada yang bergantungan di dahan dahan pokok jugak yang di tanah. Aku bekalkan pesakit dengan alat letupan dan letak di tapak tangan nya. Pesakit kemudiannya membaling bom tersebut kearah binatang binatang tadi. Apabila bom meletup makhluk tersebut lari bertempiaran. Pesakit mahu mengejarnya tapi aku halang. Tak bagus keluar begitu jauh, kataku. Aku suruh pesakit balik semula melihat dirinya sendiri. Puas pesakit cuba melihat dirinya namun tak berjaya. Aku mencari cari ilham, kemudian hatiku berdetik menyuruhnya balik semula ke alam nyata dan membuka semula matanya. Agak lama juga pesakit berpusing-pusing tak berjumpa jalan pulang. Selepas aku bacakan Al Fatihah barulah pesakit dapat pulang dan membuka semula matanya. Padaku sessi rawatan kali ini memberikan aku satu cabaran iaitu jin seolah-olah kebal dengan teknik yang ku pakai dan teknik TKR yang pertama kalinya ku praktikkan. Sengaja aku mahu suaminya tahu bagaimana keadaan gangguan yang mereka suami isteri hadapi. Memang berlapis-lapis. 

Sememangnya rawatan yang perlu mereka lalui haruslah berulang-ulang disamping memperbanyakkan membaca ayat ayat alquran dan berterusan berzikir. Oh ya berzikir disini hendaklah bukan kerana sakit tetapi kerana Allah taala. Terpulang kepada Allah untuk memberikan kita yang terbaik, Insyaallah..








Friday 9 November 2012

Jin Melayu, Jin India??


بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Macam-macam jugak benda baru yang ku temui semenjak merawat ni. Antara perkara baru yang ku pelajari dari sesi rawatan baru-baru ini ialah ada jin yang mengaku yang dia 'melayu'.. Hampir tergelak juga aku waktu tu. Jin tu macam tak puas hati lalu dia bagitahu yang selain melayu ada juga lagi jin india dan jin cina.. Aku hentam gelak. Jin 1 Malaysia la ni kataku... Bila dah reda geli hati ku baru aku sambung rawatan.

Bab 'melayu' ni terkeluar dari mulut jin bila aku nak bagi nama padanya.. Aku suggest nama-nama islam yang baik-baik dia tak mahu. Tu yang terkeluar bab melayu bila dia nak nama Manja.. Tu kes yang lama sikit. Yang terbaru nak nama Orkid.. Aku tak gelak pasal nama melayu jauh sekali nak gelakkan jin yang dah selamat ku islamkan, tapi sepanjang pengajian aku yang jin ni ada tiga jenis; iaitu jenis berterbangan, jenis yg hidup berpindah atau duduk dirumah-rumah, ataupun jenis binatang. Belum lagi dibincangkan yang ada jenis melayu, cina dan india :p.. Namun bila difikirkan boleh jadi pengetahuan aku masih ditahap basic.. Yang mana detail pecahan dari ketiga-tiga jenis jin tersebut masih lagi belum ku ketahui.

Rawatan baru-baru ni seramai 4 jin telah ku keluarkan dengan izin Allah. 
  • Jin yang pertama adalah sejenis dengan "jin ular" dari post ku baru-baru ini. Sama jugak jenis yang tak boleh bercakap. Aku dah tarik pergi ke tangan kanannya utk berkemunikasi dengan isyarat tangan. Pada mulanya aku sangkakan yang jin ini adalah pasangan atau keluarga jin yang lalu namun dia kata bukan. Aku offer juga dia ke tasik namun dia tak mahu. Dia cuba menerangkan kepada aku tempat dia nak pergi dengan bahasa isyarat namun susah aku nak faham. Setelah mohon ilham dari Allah s.w.t akhirnya dia menunjukkan dengan isyarat tangan seolah-olah mulut buaya buka dan tutup. Aku cakap buaya? dia angguk. Aku tanya lagi utk kepastian samada dia nak ke taman buaya? jin tersebut mengangguk. Aku tarik keluar dengan izin Allah dan hantar ke destinasi pilihannya..
  • Jin yang ni namanya Norsaddiah.. (sama macam nama kakak aku la pulak).. dia beritahu yang dia terbelenggu di kepala pesakit. Mengaku yang dia ni Islam tapi bila aku ciumkan minyak attar kasturi hitam dia mengeluh dan tak berapa suka. Aku suruh dia keluar dan memang mahu keluar (ni semua kes kecewa la ni sebab pesakit rajin dengar ayat-ayat suci hampir setiap masa). Aku cuma bagi pilihan utk keluar dan belajar semula agama. Jin ni setuju ke Mekah dan aku hantarkan dia kesana dengan izin Allah untuk mendalami agama.
  • Jin yang ketiga jenis blur-blur sikit. Mungkin dah kena pendam lama sangat oleh tukang sihir hingga dia dah tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Soalannya yang pertama 'aku kat mana ni?..' aku pun jawab dengan santunnya ' selamat datang ke pulau perlancungan langkawi....' hehehehe... Bila disiasat rupanya dah 20 tahun duduk dalam tubuh pesakit. Aku dapat tahu namanya Saimah. Jin ni pun sedia nak keluar dan berhajat nak dihantar ke masjid lama di seremban berhampiran dengan "simpang jelebu" tu. Aku dapat tahu yang jin ini dibelenggu di kepala. Aku suruh dia beri salam pada pesakit tapi dia minta ubatkan dulu kepalanya kerana terlalu sakit. Aku tak pastilah sebab kena belasah dengan aku ke atau memang dia dah disakiti dari dulu.. aku suruh dia berjanji dengan nama Allah tidak akan kembali mengganggu pesakit dan minta dia beri salam dahulu baru aku rawat dia dan dengan izin Allah sakit di kepalanya sembuh.. Alhamdulillah.. aku tarik dengan izin Allah keluar dari tubuh pesakit.
  • Jin yang keempat bukan islam. Terlalu kurang bercakap jin ini sampai aku kena la rotan dia beberapa kali nak kasi dia bercakap. Aku tak melepaskan peluang untuk mendakwah jin ini memeluk agama islam. Agak sukar lama jugak dia cuba mengelak dengan meminta aku keluarkannya dengan segera namun aku teruskan mendakwah..aku baca potongan ayat dari surah yusuf.." Allahu nurussama watiwal ard.." yang bermaksud 'Allah yang menerangi langit dan bumi' berulang-ulang kali disamping membaca beberapa ayat dakwah yang lain. Di satu saat aku tanya samada dia terikat dengan perjanjian dengan si tukang sihir dan dia menjawab ya. Jadi aku pun putuskan ikatan perjanjian mereka dengan ayat 6 dari surah Fathir. Setelah itu jin inipun bersetuju untuk memeluk islam lantas aku pun minta dia lafazkan dua kalima syahadah dan jin ini mengikut dengan mudah.. Alhamdulillah, syukur ku ke hadrat Ilahi kerana memudahkan urusan ku berdakwah. Jin ini minta dinamakan Orkid dan minta dihantarkan ke Mekah. Aku penuhi permintaannya dengan izin Allah. Aku sempat tanya dia nak naik apa ke Mekah? Si Orkid jawab dah ada yang tunggu di luar sana tu.. Alhamdulillah kataku.. Ada masalah sikit untuk si Orkid ni keluar, tak boleh keluar dengan kaedah direct flight aku.. selepas diselidik rupanya masih terdapat banyak belenggu yang mengikat nya di tubuh pesakit. Aku berdoa kehadrat Ilahi supaya di putuskan semua belenggu dan aku juruskan dengan lafaz Allahuakbar. Kemudian aku tarik Orkid keluar dengan kaedah menarik serban.. Alhamdulillah.. pesakit pun tersedar..
Dari pengalaman aku dalam berdakwah dan mengislamkan jin, aku dapati akan disediakan kenderaan untuk saudara baru ini ke destinasi pilihannya. Seperti yang sebelum ini, telah disediakan 2 ekor kuda bersayap untuk jin yang baru kuislamkan.. aku tak pasti mungkin ianya disediakan dari kalangan jin islam yang hendak meraikan saudara barunya. Yang pastinya ialah semua itu boleh berlaku dengan keizinan Allah s.w.t. Sungguh besar rahmat yang Kau berikan kepada makhluk mu Ya Allah.... seperti mana yang termaktub didalam surah Yaasin ayat 82 "sesungguhnya keaadaan kekuasaanNya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu;'Jadilah engkau!'. Maka terus menjadi..."


Hasbunallahu wani'mal wakil...

Sekian,








Monday 5 November 2012

Kaedah Membalikkan Ilmu Hitam


Post ini ku petik dari penulisan tok guru aku..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Untuk membalikkan ilmu hitam (serangan gimbar kafir, polong, santau, roh jahat, hantu raya dan seumpamanya), amalkanlah sebagai berikut:

1. Lakukanlah sembahyang Hajat 2 rakaat di waktu tengah malam.

2. Selesai sembahyang, bacalah sebanyak 1153 kali ayat di bawah (Surah An-Najm, ayat 58):
Lai salaha minduunillahi kaashiifah

3. Setiap 100 kali bacaan, selangkanlah dengan bacaan doa di bawah:
(Sebutkan namanya)
Maknanya: “Ya Allah, dengan berkat ayat yang mulia ini serta rahsia-rahsia murni yang terdapat padanya, Engkau palingkanlah daripadaku tipu daya …(sebutkan namanya)… dan kejahatannya. Ya Allah, kembalikanlah tipu jahatnya kepadanya sendiri. Ya Allah, berilah kebimbangan kepadanya dengan suatu kebimbangan yang tiada mampu dikembalikannya. Ya Allah, ya Allah, ya Allah.”.

4. Setelah selesai, bacalah ayat di bawah (dari Surah Yasin, ayat 58) sebanyak 818 kali:
Sallamun Qoulammirrabbir Rahiim

Insya-Allah akan binasalah pengamal ilmu hitam yang zalim tersebut terkena ilmunya sendiri dengan izin Allah

~Sesiapa yang berminat boleh amalkan seperti mana tok guru ku mengkongsikan kepada semua pembaca nya. Insyaallah~..





Berhadapan dengan Jin Ular


بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Rawatan kali ni memberikan aku pengalaman baru yang bermakna..

Pesakit mula melenggok2kan badan setelah dibacakan zikir 14 mutaqaat pada round ke-2 dan kemudiannya merebahkan badan sambil membuat pergerakkan. Ambik masa jugak untuk aku kenalpasti jin jenis apa ni. 

Kedua kaki dirapatkan dan buat pergerakan seolah-olah ekor ikan yang sedang berenang.. aku sangka ikan..tapi takkan kot.. kata ku. Kemudian sewaktu pesakit tengah dok buat pergerakkan tu kakinya tersentuh kerusi dan kali ni aku nampak macam nak membelit pun ada.. Aku tengok pulak tangan.. dari bacaan aku dalam buku2 jin ni kalau jin jenis ular, tapak tangan akan dirapatkan dan kedua belah tangan akan diluruskan kedepan macam superman dan dirapatkan macam nak buat 'tedung'.. tak nampak sangat tapi kadang-kadang 'gaya' tu keluar juga. Pesakit juga memusing2kan badan seolah-olah ular meniti / membelit dahan.. memang jin jenis ular ni kataku.. tapi mungkin bukan ular tedung, mungkin sawa..kataku dalam hati.

Pesakit tidak mahu berlawan bercakap.. agak lama aku 'bantai' dia dengan rotan bantal. Bila dah lama membelasah, terdetik hati aku yang mungkin jin ni memang tak boleh bercakap. Aku beri arahan supaya dia mengangguk sekiranya betul dan geleng kalau bukan. Aku suruh dia angguk kalau dia faham. Dia angguk....!! sah, memang dia tak boleh bercakap.. nasib kau lah jin.. mana aku tau kau tak boleh bercakap. Sian kau teruk dah kena balun..hehehe..

Dari perbualan kami dengan kaedah "angguk-angguk, geleng-geleng" ni aku tau yang dia memang nak keluar. Aku tak tau macamana nak islamkan dia.. sebab first time deal ngan jin yang tak boleh cakap... ruginya kata ku dalam hati tapi nak buat macamana. ilham tak datang. So aku offer untuk keluarkan setelah dia janji tak akan kacau lagi.. dia angguk. Masa nak tanya ke mana nak hantar pun satu lagi haru...ye lah dia kan tak boleh bercakap. Jadi suggest lah beberapa tempat.. gunung jerai lah, KLCC lah, Zoo lah, Gunung Raya lah..semuanya dia geleng, tak mau.. last2 aku tanya bagaimana kalau aku hantar ke tasik.... cepat2 dia angguk. Hmm... tasik rupanya tempat kesukaan kau... so aku pun hantarlah dia ke tasik.... dengan izin Allah. Tasik mana aku tak tau...hehehe.. nasib la kalau tasik tu tempat orang memancing. Pandai2 korang lah..

Jin2 yang masuk selepas jin ular ni semuanya jin islam. Apa nak jadi lah jin islam ni. Namun bila ditanya semua kata yang mereka dipaksa. Ditangkap si tukang sihir dan disuruh bekerja dengan diberikan upah jamuan. Semuanya nak keluar, tapi bukan keluar saja.. semua aku suruh belajar agama semula dan hantar ke destinasi pilihan masing2.. ada yang nak ke pondok di Kelantan, ada yang nak ke Madinah.. Ada yang aku tarik guna serban dan ada yang aku kaut macam tu je.. kaedah direct flight.

Dalam sesi rawatan kali ni ada satu jin tu (yang aku hantar ke pondok di kelantan tu) dia datang dari kampung aku nun di negeri sembilan nu.. dia kata dah lama dah tinggal dalam badan pesakit, dah 20 tahun lebih dah. Since jumpa "org" senegeri aku pun tanya lah perkabaran kampung aku, bapak aku, tapak rumah dikampung, kolam ikan kat belakang rumah.. semua nya dia boleh jawab. Siap bagi tau yang kat kolam belakang rumah tu ada kampung bunian dan depa ni selalu curi makan ikan bapak aku..Syok jugak aku dengar, kalau dia temberang pun apa kesah.. bukan aku nak percaya sangat pun. Aku saja layan dia dan tanyakan itu ini termasuk adik-beradik aku kalau ada 'masalah'. Satu satu dia teropong dan cerita kat aku..last-last aku suruh dia scan kakak aku yang kat Australia tu... dia mengalah.. jauh sangat katanya....heheheh... aku gelak dalam hati. Kata terer sangat. Aku pun tak pasti samada diboleh kan syarak untuk buat pertanyaan dengan jin ni. Kalau tak silap masa belajar dulu tidak dibolehkan bertanyakan hal-hal 'dalam kelambu' dan hal-hal yang menjatuhkan maruah pesakit je.. hal lain-lain ok as long kita tak terpengaruh dan percaya seratus peratus.. depa ni kan jenis suka cakap bohong.. nanti lah aku tanya kat pesbuk tok guru aku, boleh ke tak kita interview jin ni..


Sekian..






Saturday 3 November 2012

Di Gegar Pontianak


Ya Allah Kau Jauhkanlah Aku Dari Sikap Riak Ujub dan Mazmumah. Sesungguhnya Penulisan Ini Adalah Sebagai Catatan Hidup Ku Dan Perkongsian Cerita Dengan Pembaca Sahaja 
Dan Bukannya Untuk Ku Bermegah-Megah..





Satu kisah yang amat penting bagiku untuk dicatatkan di blog ini. Kisah rawatan ku yang pertama dibulan November.

Si pesakit (nama di dirahsiakan) menyatakan dalam beberapa hari kebelakangan ini selalu berasa bercelaru dan mengharapkan rawatan. Kebetulan malam jumaat aku ada sms kalau nak dirawat. Namun sms tak dijawab. Kemudian aku call pula, juga call aku tak dijawab. So aku ingat mungkin beliau busy.. esoknya bila jumpa beliau kata frust menonggeng bila tengok message dan missed call tsb waktu bangun tidur pada keesokkan harinya. Hehehe .. tak tau pulak aku ada istilah frust menonggeng kalau tak dirawat..

Aku pergi kerumahnya selepas menyelesaikan amalan Nur Hikmah dan solat isyak. Aku bawak anak perempuan aku yang berumur 6 tahun tu sekali (boleh tahan jugak beraninya si kecik ni).Kali ni aku bawa sekali rotan aku yang dah setahun tersangkut kat bingkai tingkap tu..hari ni niat aku nak guna teknik rentap dan belasah dengan rotan..(ini teknik utk merawat dari jauh / tanpa sentuh pesakit)

Aku mulakan dengan doa, Alfatihah dan tak lupa untuk transform diri jadi lebih 'besar'..senang sikit nanti kalau gempak. Jadinya kalau lawan aku tu besar maka aku akan lebih besar daripadanya, dan kalau dia lebih tinggi maka aku akan lebih tinggi..so on and so on.. Aku rentap pesakit dan paste ke bantal (kira macam copy & paste la) dan memulakan bacaan 14 mutaqaat aku sambil berniat mengazabkan si pengganggu..

Habis seround aku tengok pesakit steady lagi. Rilex je dia. So aku tukar strategi dengan mencucuk, merotan, memukul dan menggenggam pengganggu yang terperangkap kat dlm bantal tu.. hakikatnya aku bantai pukul bantal aje. Pesakit mula tak senang duduk, start meresah, pegang kepala, sambil badan kulihat mengeliat sana sini. Mesti tengah kena azab tu..

Bab yang menarik dah tiba.

Si pesakit mengilai..!!!

Meremang bulu roma tangan aku kiri dan kanan.. Sudah!! Kataku.. Bangsa apa pulak yang datang ni?
Hati dah cuak namun aku control hensem. Tiba-tiba pesakit menderam pulak.. Ah sudah!!.. aku cuba bertenang dan mohon ilham jenis apakah jin tersebut.. Aku lihat jari pesakit dilentikkan dan digerak-gerakan..hatiku kuat berkata ini PONTIANAK.. lalu aku terus bertanya samada dia memang pontianak.. Terus dia mengilai... Seram aku!! Aku rasa dia mengilai sebab bagi markah kat aku kot?!.. Heheheh

Terganggu jugak aku dalam meruqyah.. Dua tiga kali bacaan aku tenggelam punca disebabkan hilaian si pontianak tersebut.. Dia tak mahu berlawan bercakap tapi terus psycho aku dengan deraman dan tawanya.. Lama-kelamaan aku dpt overcome perasaan aku dan jadi lebih berani dan yakin setelah berdoa. Aku bacakan ayat-ayat azab dan rotan bantal bertalu-talu sambil bertakbir.. Aku nampak perubahan yang mana si pontianak menjadi lebih gelisah dan nampak dalam kesakitan.. Aku terus-terusan membelasah dalam jangkamasa agak lama. Lagipun dia pun tak mau mengalah namun akhirnya dia mahu bersuara..

Dalam perbualan kami aku dapat tahu yang pontianak ni baru sahaja dihantar oleh penyihir, terikat dalam tubuh pesakit dan baru lima hari dihantar. Patutlah pesakit kata dia haru biru baru-baru ni.. Aku cuba korek rahsia siapa tuannya tapi dia tak mau kasi tahu.

Pada mulanya dia mengaku dia Iblis.. tapi aku tau dia tipu.. Takkan iblis kena hantar ngan tukang sihir..nampak sangat bohongnya. Tapi aku percaya dia memang syaitan.. Aku suruh keluar..dia buat-buat liat pulak. Aku suruh dia keluar dan janji utk tidak masuk semula ke dalam tubuh pesakit namun dia enggan. Katanya inilah kerjanya mengganggu manusia.. "Pesakit ni sembahyang sangat katanya" lama jugak aku pujuk dan bantai dia nak suruh keluar tapi dia tak nak.. Sampai satu tahap bila aku sebut Allah je, si pontianak akan sebut Iblis.. Aku sebut Allah je dia sebut iblis.. Berulang-ulang kali.. Jadi aku laungkan azan...... Terus dia senyap dn tutup telinga. Masih liat lagi tak nak keluar.

Aku suruh dia keluar dan offer untuk hantar ke tempat lain. Aku offer ke pulau dia tak nak. Dia seekor jin yang glamer katanya dan nak pergi ke tempat yang ramai orang. Hal ni buat aku tersenyum. Macam melawak pulak makhluk ni. Aku offer untuk hantar ke gunung jerai. Buat apa katanya, bukan glamer pun..yang tua-tua ramailah kat situ katanya..Ishh, dia ni.. last-last aku offer dia ke KLCC.. aku ayatlah kata kat situ tempat glamer.. Antara perkataan yang keluar dari jin tsb "KLCC?.. kat KL tu?.." dari sini aku dapat lihat yang jin ni knowledgeable juga macam manusia.. dapatlah aku simpulkan disini yang jin memang hidup bercampur dengan manusia sehingga bahasa pertuturannya pun macam manusia..jin cakap Key Elllllll....wa cakap lu!!!... hehehe. Jin ni masih dolak dalik dan melambat-lambatkan masa. Pada waktu yang sama mungkin dia sedang memikirkan tentang seksaan yang bakal dihadapi sekiranya 'tuannya' dapat tau yang mission nya failed. Setau aku jin yang balik ke tuannya akan kena siksa dengan teruk dan dihantar semula kepada pesakit..

Tiba-tiba aku dapat ilham supaya berdakwah ke pontianak tersebut agar masuk islam. Tak mau keluar sangat...

Aku bacakan ayat-ayat dakwah.. Mulanya dia banyak menidakkan dan cakap banyak.. Semakin dia kata tak mau semakin aku bacakan ayat-ayat dakwah berulang ulang kali.. Tu la tadi sapa suruh tak mau keluar kataku dalam hati..  mulanya dia mencemuh macam-macam dan juga sebut yang "nak masuk islam buat apa-apa sebab orang islam pun ramai yang jahat-jahat"

Aku mohon kepada Allah semoga ditunjukkan cahaya, keseronokan, kelazatan islam dan kekuatan tentera islam di alam jin. Setelah sekian lama dia mula kelihatan berfikir dan sudah mula kelihatan semakin cenderung untuk memeluk islam. Aku bukakan hijabnya dengan berdoa kepada Allah untuk melihat nur islam.. Aku panggilkan makhluk yang sebangsa dengannya yang beragama islam supaya beramai-ramai datang dan memperlihatkan kesucian dan ketenangan dan cara hidup islam di alam jin.. Aku juga tunjukkan kepadanya kekuatan tentera islam.. yang semuanya dengan izin Allah.

Akhirnya dia mahu memeluk agama islam. Ku ajarkan mengucap dan dengan mudah sekali dia menyebutnya. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberi hidayah kepada pontianak ini. Nama pilihannya ialah Mariam. Jadi aku tambahkan Siti jadi Siti Mariam..Aku mohon kepada Allah agari disediakan Ustazah dari kalangannya untuk mengajarkan Islam kepadanya.

Sebelum keluar aku tanyakan jika ada apa-apa pesanan darinya kepada pesakit. Tak ada katanya. Aku cuba tanyakan sekiranya ada caranya utk menghalang gangguan akan datang. Namun katanya "pesakit nak beramal kenalah tahan ujian...". Dalam hati aku berkata..haru betul si tukang sihir ni. Apa yang dia dendam sangat dengar pesakit ini?..

Aku tanyakan sekiranya mahu dihantar ke Mekah, namun dia minta ke Madinah (terfikir juga aku apa yang istimewa di Madinah hinggakan kedua-dua jin yang kuislamkan mahu ke Madinah...?) mungkin di masa depan aku akan dapat peluang untuk bertanyakan khabar kepada Siti Mariam, Insyaallah..

Aku mohon izin dan kemudahan untuk membawa Siti Mariam keluar dari badan pesakit dan hantar nya ke Madinah menaiki kapal terbang. Namun Siti Mariam tak mahu kerana dia mahu naik kuda.. Rupa-rupanya sudah ada 2 ekor kuda yang menunggu.. semuanya ketentuan Allah..

Aku minta Siti Mariam berikan salam sebelum keluar. Selepas dia memberi salam aku pun tarik keluar dengan kaedah direct flight, tapi dia tak boleh keluar. Kemudian ku buka serban yang ku pakai dan tarik Siti Mariam dengan teknik serban. Tak boleh keluar jugak!! Hmm.. kena belenggu rupanya!! Celaka si tukang sihir.. Memang niat kau nak menyiksa pesakit.. hati ku membara dengan kesyirikkan si tukang sihir tsb.  Jangan sampai aku tamatkan riwayat kau..kata ku di dalam hati..

Aku bertanya Siti Mariam di kawasan mana yang dia terikat. Katanya dia terbelenggu di bahagian kepala. Aku berdoa kepada Allah memohon agar di putus dan hancurkan semua belenggu yang mengikat jin ini. Aku bacakan doa pembuka segala kunci ' Inna fatahna...' sehingga habis dan aku juruskan ke sekeliling tubuh pesakit sambil bertanya kepada Siti Mariam tempat-tempat yang masih dibelenggu dan ku jurus semua sehingga habis. Aku berhenti menjurus setelah di beritahu semua belenggu yang diikat si tukang sihir sudah hancur.

Aku kemudiannya menarik keluar jin yang ku beri nama Siti Mariam ini dengan teknik serban dan dapat dikeluarkan dengan sekali tarik sahaja.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memudahkan segala urusan ku hari ini.

Si pesakit tersedar. Aku minta beliau untuk membacakan dua kalimah syahadah dan beliau dapat membacanya dengan lancar. Yakinlah aku yang ini ialah roh sebenar si pesakit. Sempat jugak aku interview si pesakit. Katanya pontianak tersebut masih muda dan masih nak 'glamer' satu perkataan yang mencuit hatiku.. Beliau menyatakan yang nampak akan kuda yang menunggu jin tersebut. Kuda yang bersayap sebanyak 2 ekor. Patutlah dia (Siti Mariam) tak mau naik kapal terbang.. dah dapat kuda terbang....kataku dalam hati.

Aku tutup jalan keluar yang terbuka di tubuh pesakit dengan Kursi 9 waqaf dan diakhiri dengan pukulan dengan serban. Badan sakit sakit dan bisa-bisa kata nya. Aku tinggalkan air yang sudah di ruqyah supaya dapat di buat minum dan mandian.

Anak perempuan aku yang duduk dibelakang aku pun dah mengantuk. Aku mengajaknya balik. Sian kat dia dah lama tunggu. Main PSP pun dah tak larat dah katanya..hehehe.. Sebelum balik aku rentap pulak suami pesakit yang tengah dok syok tidoq dan paste ke tisu. Minta disimpan ke dalam peti ais bahagian beku. Kalau demam dia lepas ni, ada apa-apa lah tu...kataku sebelum balik.

Semuanya terjadi dengan izin Allah..

~Hasbunallahu wa ni'mal wakil, wala hau la wala quwwata illa billahil a'liyil a'zimm~

Wassalam..






Wednesday 31 October 2012

kaut - brainwash - buang...


بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Baru-baru ni masa jalan raya (raya haji) pi la jalan-jalan ke rumah sedara mara sebelah isteri kat sini. Pergi dengan mak mertua, adik ipar dan jugak anak-anak aku. 

Masa nak balik sedara ni dia minta aku tolong check dia.. alamak kataku. Bukan apa, cuma jam dah pukul 6.50pm dan kejap lagi 7.05pm dah nak maghrib..

Bagi tak menghampakan beliau aku usahakan jugak sikit. Aku soh la mak mertua dan adik ipar aku balik dulu (kami datang kenderaan lain-lain anyway) Lepas tanya symptom yang dihadapi aku ambil kesimpulan bahawa dibadannya ada jin saka dan ditambah pulak dengan lain-lain jin tumpangan. Aku mulakan zikir mutaqaat dengan tapak tangan ku di tapak kakinya.. niat diturunkan hujan api yang super saiya panasnya di alam jin.. habis satu round beliau bagitau kat kedua peha rasa sakit dan belakang badan seperti di cucuk.

Tengok jam dah 7.03pm... kalau aku nak tambah dengan ayat-ayat azab ni sure pukul 8 nanti baru nak habis rawatan. Aku dapat ilham nak tunjuk kat beliau pendapat aku. Kata orang kalau tak de bukti kang orang tak percaya. Aku minta beliau gantung tangan. Kaedah atau teknik gantung tangan ni aku belajar dari Ust. Majid. Aku perintah jin dalam badan agar pergi ke kedua-dua belah tangan dengan ayat penunduk. Jin saka aku suruh ke tangan kanan manakala lain-lain jin aku suruh ke tangan kiri.. bila aku suruh je jin saka turun, tangan dia pun turun dengan laju...sah!! memang bersaka.. dan bila aku suruh lain-lain jin turun pun tangan kiri dia turun... kurang sikit laju dari tangan kanan tapi masih laju jugak lah.. saja aku tanya kat beliau, kenapa turun kan tangan? beliau kata tangan nya turun sendiri bila dengar suruh turun, macam ada pemberat, katanya..(time tu azan pun berkumandang dan bini aku pun sampai..baru balik kerja) Teknik ni memang macam tu, simple dan kadang-kadang orang tengok macam main-main jek..tapi yang orang yang kena dia tau lah macamana.. Satu lagi kaedah yang simple ialah teknik 18-81, yang ni lain kali aku cerita..

Sebab tak mau nak melambat-lambatkan solat maghrib, aku pun kaut je apa yang ada kat bahagian belakang beliau guna teknik direct flight. Kaut dgn niat brainwash ingatan jin-jin tersebut dan campakkan nuuuuuuunnn jauh di lautan...... Kenapa lautan? kenapa tak di hantar ke Darul Islam atau Serambi Madinah?.. sebabnya ialah aku tak tau apa agama nya jin-jin tu semua. Lagi satu direct flight ni ringkas, tak payah nak bawak botol ke apa tapi meletihkan perawat. Satu lagi kalau tak pakai botol pesakit tak leh la nak amik gambar apa ada dalam botol tu sebab kadang-kadang boleh nampak rupa bentuk jin tu bila kurung dalam botol melalui gambar (lens kamera tu kasyaf kot, hehehe..)... Beliau sendawa kuat bila aku kaut bahagian belakang sebelah kiri hingga ke tulang belakang.. sendawa yang berpanjangan.. ha, dah ringan sikit badan katanya.. aku? aku senyum je sambil mengucapkan syukur ke hadrat ilahi.. aku tutup balik badan dia dengan selawat syifa.

Cukup setakat tu rawatan aku beri kepada beliau. Aku pesan suruh dia pi sambung rawatan lagi nanti kat mana-mana (sebab dia duduk kl).. 

p/s - hehehe.. malam tu aku mimpi ular yang banyak!!....kenapa ek? adakah saka-saka yang masih tinggal terasa terganggu?!! Wallahhu a'lam..

Doa Pendinding - Roh

Ya Allah, Wahai Zat yang CahayaNya berada dalam kerahsiaanNya dan RahsiaNya berada dalam makhlukNya, sembunyikanlah kami dari pandangan orang-orang yang jahat, orang-orang yang melampaui batas dan dari kalbu orang-orang yang dengki dan orang-orang yang zalim, sebagaimana Engkau sembunyikna roh di dalam tubuh. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


Sunday 21 October 2012

Kurung Anak Dalam Peti Ais??




بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kali ni saja nak share cerita aku kurung anak lelaki aku dalam peti ais. Kejam tak?!!

Cuba korang buat kat anak korang... pas tu mesti muka korang lebam kena lempang ngan bini..kui kui kui.. 

Sebenarnya aku cuma kurung 'jin' yang tinggal dalam badan anak aku dan bukan anak aku secara fizikal. Cara ni lebih memberi keyakinan kepada diri aku dan juga anak aku sendiri mengakui yang 'dirinya' tersiksa.. sebelum ni aku kata dalam badan dia ada jin dia sengih jek... tak percayalah tu.. biasalah kan, semua orang pun kata aku mengarut kalau sembang2 bab jin ni lagi pulak kata dalam badan dia ada jin.. wajib dia kata aku buang tabiat. 

Cerita nya begini, minggu lepas anak lelaki aku ada balik cuti (dia tinggal asrama) so sebelum hantar balik pada petang sabtu tu aku 'rentap' dia dan paste ke sehelai tisu dan aku simpan tisu tersebut dalam peti ais, bahagian beku.. aku pesan kat dia, nanti kalau jadi apa2 ke.. demam ke suruh cepat-cepat telipon balik kat abah. Dia kata OK je. Masa pun berlalu..

Hari Khamis masa aku tengah kerja anak aku telipon aku suruh datang sekolah hari Jumaat petang. Tapi aku tak pergi hari Jumaat tapi singgah hari sabtu. Masa tu dia tanya aku samada masih simpan lagi tisu kat dalam peti ais? dan aku cakap ya. Dia kata dia muntah-muntah hari Isnin lepas dan demam tak kebah-kebah sampai sekarang. Aku tanya apasal tak call awal bagitau... dia sengih je.. masih tak percaya lah tu...

Dalam aku dok selidik tu aku dapat tahu yang pada hari Isnin petang dia dah ok tapi hari Selasa petang dia tak sedap badan balik.. dari cerita tu memang matching dengan hal yang jadi pada hari tsb iaitu anak perempuan aku amik keluar tisu tu letak atas meja dapur. (bini aku yang bagitau) so bila dapat tahu aku pun amik dan letak la tisu tu balik dalam peti ais. Aku pun kata kat anak aku 'balik kang abah buang tisu tu..'

Bila sampai rumah aku solat zuhur dan lepas zikir aku terlena sekejap. Terjaga pun sebab ada orang telepon. Tengok-tengok anak aku telepon. Dia call tanya pasal apa aku tak buang lagi tisu dalam peti ais tu? Aik camana leh tau ni?!! kataku.. dia tak kata apa-apa cuma desak aku buang segera.. badan tengah demam ni.. katanya..

Ini adalah salah satu teknik yang bersahaja yang Ust. Majid ajar kami dalam blognya baru-baru ni. Teknik ni asalnya lebih kepada rawatan tanpa sentuh pesakit, terutamanya apabila merawat pesakit wanita bagi mengelakkan fitnah. Since dia minta semua anak murid dia 'rentap' anaknya dan simpan dalam peti ais aku pun terfikir why not buat kat anak aku sendiri pulak... pada saat ini aku dok bayangkan bagaimana lah agaknya anak Ust. Majid tu menanggung siksa .. ye lah, anak murid bapak dia bertaburan di Nusantara ni ... dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand.. sampai ke Jepun dan England nu... mesti teruk jin tu kena simpan beku di merata-rata negeri..hehehe..

Kepada kengkawan aku, yang mana rasa diri depa dok clean sedia tu bawak-bawak la check.. korang tak tau jenis apa yang tengah dok tumpang dan tunggang anak korang.. bak kata tok guru aku.. 99% orang melayu kita ni bersaka...jangan dok sembang la hang pa anak datuk ka, anak tok imam ka ... adaaa....

Lepas ni aku nak gantung bini aku kat kipas lak..hehehe..


Ayat panggil jin.. kalau korang buat jadi apa2 aku tak tanggung jawab.. nanti dia 'bercakap' jangan korang lari pulak..hehehe..

أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ



Di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.