Thursday 31 January 2013

Mengambil Barang Sihir



بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ini merupakan rawatan ulangan kepada pesakit. Pesakit beritahu yang kepalanya begitu berat. Selepas bersedia akupun memulakan rawatan.



Aku memulakan dengan menghantar gelombang melalui zikir dan mendapati ada gangguan di anggota sebelah kanan tubuh. Kini aku teruskan dengan amalan ZINK dan akhirnya jin muncul berkata-kata melalui lidah pesakit.



Jin merupakan jin sihir dan apabila diperiksa terdapat belenggu pada dirinya. Jin ini ku dakwahkan kepada Islam. Ku bacakan beberapa ayat dakwah dan akhirnya jin terbuka hati untuk memeluk islam. Setelah diajarkan mengucap maka sah lah dia menjadi muslim. Ku ambil kesempatan ini untuk bertanyakan jumlah jin yang lain yang ada di dalam tubuh pesakit. Ada 5 katanya. Aku minta jin yang telah ku islamkan ini supaya memanggil ketua semua jin yang ada di tubuh pesakit.



Ketua jin bersuara dengan suaranya yang garau, "kau nak apa?".. Tanyanya kepada ku. Jin ini juga ku seru supaya memeluk islam. Dia mahu memeluk islam selepas ku berikan gambaran syurga dan neraka dengan izin Allah kepadanya. Nampak berkerut-kerut dahinya bila di tunjukkan bayangan neraka. Akhirnya dia memeluk islam. Aku minta dia menanyakan jin-jin yang lain supaya turut serta bersyahadah. Semua yang lain menyatakan bersetuju dan dengan sekali lafaz syahadah, maka telah islam lah semua jin-jin tersebut dengan izin Allah.. Alhamdulilah.

Kali ini aku menggunakan pendekatan yang lain sikit. Aku minta ketua jin yang kini telah islam supaya membantu mengeluarkan barang sihir dari tubuh pesakit sekiranya ada. Ku pujuk jin tersebut dengan mengatakan bahawa kini menjadi kewajibannya untuk membantu sesama islam. Jin bersetuju. Aku minta jin menghulurkan kedua tangannya lalu ku isikan dengan kekuatan dan peralatan untuk mencari melalui doa dan tangannya ku hembus. Teknik ini biasanya kena guide..

Aku minta jin cari barang sihir yang ada dibadan pesakit dengan dengan tangan kanan dan apabila jin sudah dapat barang sihir tersebut aku suruh jin letakkan ke dalam tangan kiri. Aku suruh jin teruskan mencari dari tangan ke kaki dan hingga ke kepala. Beberapa barang sihir (aku tak nampak apa bendanya) telah di letakkan ditangan kiri. Setelah ku rasakan banyak, aku suruh jin tersebut supaya membakar benda -benda ditangan kirinya dengan menggunakan hembusan nafas. Jin buat seperti yang di arahkan. Kemudian ku ulang semula arahan tadi supaya jin mencari lagi. Apabila tangan sampai ke belakang badan, aku lihat jin mengalami kesukaran untuk mencabut sesuatu. Ku tanyakan pada jin apa barang tersebut agar dapat ku bantu.. Ada keris katanya. Aku pun maarifatkan yang terdapat sebatang keris terpacak di belakang tubuh pesakit dan ku niatkan yang keris tersebut masuk ke dalam genggaman dan keris ku cabut. Alhamdulilah dapat ku cabut lalu ku buangkan ke gunung Kaf. Ada beberapa benda lagi yang di ambil oleh jin di kawasan dada, kepala, perut, lutut dan kaki pesakit. Jin berhenti dan beritahu semua barang sihir yang di ketahuinya telah habis. Kali ini aku yang hancurkan barang sihir ditangan kiri tersebut.

Aku ucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan jin dalam mencari barang- barang sihir tersebut. Kini tibalah masanya untuk jin dikeluarkan. Aku ambil kesempatan untuk tanzir kesemua jin di badan pesakit supaya terus-terusan mengaji hal ehwal islam dialam jin. Aju syorkan jin ke sekolah pondok supaya dapat belajar dengan masyarakatnya disana setelah jin menolak untuk dihantar ke mekah ataupun madinah. Jin ku keluarkan dengan kaedah borong dengan serban.

Pesakit terus tersedar sebaik jin dapat dikeluarkan. Alhamdulilah badannya bertambah ringan dan sakit dikepala hilang katanya. Pesakit memberitahuku yang sewaktu rawatan dia ada ternampak kelibat seorang lelaki yang bersongkok beberapa kali. Pesakit mengesyaki itulah si tukang sihir (TS) yang selalu mengulangi sihirnya ke atas pesakit. Apabila ditanya pesakit mengatakan yang dia tidak kenal si TS tersebut. Dalam hatiku berkata yang mungkin TS tersebut datang untuk mengendap siapakah yang mengganggu tugasnya di dalam menyihir pesakit. 

Aku cuba scan semua 'cctv' TS yang mungkin ada di dalam rumah pesakit. Aku tak berapa pasti tapi hatiku mengatakan memang ada. Lalu ku makrifat semua cctv tersebut dapat ku kaut dengan tangan dan ku letupan. Insyaallah rosak semua cctv TS tersebut.

Buat masa ini pesakit telah pun berasa lebih baik tapi tak tahu bila pula serangan berikutnya akan datang. Lebih baik berhati-hati dan aku mengingatkannya supaya sentiasa berzikir.

Hal ini membuatkan aku terfikir, sampai bila perawat harus terus mengambil tindakan membiarkan TS berleluasa dengan kesyirikkan nya. Aku tertanya-tanya adakah patut aku mula mengambil langkah kehadapan dengan membelasah tukang sihir dengan izin Allah.. ataupun ku bungkus sukmanya ke dalam objek supaya hilang kehebatannya?.. Wallahu a'lam.. yang nyatanya aku masih lagi bersabar. Aku berdoa kepada Allah agar TS ini menginsafi perbuatan syiriknya dan kembali bertaubat kepada Allah swt.. Amiiiin..

Hasbunallah wanikmal wakil....



Saturday 26 January 2013

Khas buat Sahabat..



بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ada sahabat datang berbulan madu kesini baru-baru ini dan dikesempatan ini beliau minta agar scan isterinya. Yang kelakarnya aku boleh tak tau location hotel yang mana. Setahu aku ada satu je hotel nama Bella Vista di Langkawi, alih-alih ada sebuah lagi di Jln Kuala Muda.. haru betul dari Kuah patah balik ke Kuala Muda.. aku malu sendiri. Padahal aku selalu ulang alik dari Sheraton ke Four Point buat kerja.

Sampai kat hotel sahabat tu dah tunggu kat lobby. Aku diperkenalkan kepada isterinya dan jemput aku naik ke bilik. Selesa juga bilik hotel ni dan cantik. Basically semua furniture yang ada dalam bilik nampak baru. Carpet pun nampak bersih. Yang penting bilik tak berbau.

Setelah borak lebih kurang aku yang tak berapa pandai ni pun scan la isteri sahabatku ini dengan teknik scan gelombang mudah. Jelas tangan kiri jatuh kedepan sedikit. Aku tak meneruskan apa-apa rawatan dan since sahabat ni pernah menyatakan niatnya nak experience Teknik Kembara Rawat (TKR), jadi aku ajak dia lihat apa gangguan yang ada pada isterinya. Aku minta sahabat ini ambil wuduk dan selepas itu proses bermula.. je jeng..

Aku mulakan dengan doa buka mata hati, doa perlindungan dan doa mata batin.. setelah sequence ni selesai sahabat ku masih belum keluar lalu aku bacakan Surah AdDhuha.. kemudian satu simptom baru yang belum pernah ku tengok berlaku.. sahabat ini seolah meronta.. Sah! gangguan telah masuk ke dalam.. aku tanpa berlengah berdoa agar rawan sahabatku selamat dalam jagaan Allah s.w.t. Aku berubah kedudukan dengan duduk di katil berhadapan dengannya.

Aku: Assalamualaikum 
Jin: .....(tiada jawapan)..
Aku: Siapakah kau yang mengganggu tubuh ini? Adakah kau islam?
Jin: Aku nak sesatkan budak ini. Keras sangaattt...
Aku: Apa dosa yang tuan tubuh ni dah buat pada kau..? aku nak kau keluar dari tubuh ini dengan nama Allah..
Jin : Ahh!.. aku tak akan keluar. Aku nak tengok kehebatan yang kau ada..

Ah sudah.. kata ku dalam hati. Jin ni nampak ganas jadi dengan cepat aku ikat dengan rantai makrifat Yaasin dan ku pagar dengan Alim Lam Mim. Saspen jugak kot nak kena bersilat pulak malam ni. Dah la aku pakai jubah labuh tentu nak buat kuda-kuda pun tak lepas..koyak aku kang..

Aku: Adakah kau mempunyai anak dan isteri?
Jin: Tidak, aku sendirian dalam hidup ku..
Aku: Baiklah, sekiranya engkau berdegil tidak mahu meninggalkan tubuh ini, dengan nama Allah engkau akan ku azabkan kerana mengganggu manusia..
Jin: Siapakah kau orang muda?
Aku: Aku hanyalah hamba Allah..

Aku menawarkan islam kepada jin ini dan kubacakan ayat-ayat dakwah serta memberikan kepadanya gambaran kehidupan islam, namun jin mengejek dengan mengatakan bahawa aku terlalu muda untuk berhadapan dengannya.. masih banyak lagi yang perlu ku pelajari katanya. Memandangkan jin sudah berkeras dan tidak mahu berdiplomasi aku menukar strategi.

Aku bulatkan penggantungan ku hanya kepada Allah lantas ku berdoa ke hadrat ilahi agar jin yang mengganggu ditembak dengan panah berapi dari segenap sudut.. ku bacakan ayat "lanar jumannakum walamassannakum..." berulang-ulang kali. Aku nampak jin kesakitan. Aku di ilhamkan untuk tidak berhenti dan terus-terusan mengazab jin. Kemudian sayup-sayup ditelingaku kedengaran jin mengucapkan syahadah dan ayat penggantungan kepada Allah. Aku sedarkan hal ini namun aku abaikan kerana pada ku mungkin ini permainan syaitan. Akhirnya..

Jin: Assalamualaikum..
Aku: (selepas meletakkan penggantungan kepada Allah s.w.t) Waalaikumsalam..
Jin: Niatku hanya untuk menolong. Budak ini adalah cucuku..
Aku: Mana mungkin manusia ini menjadi cucu mu?.. (aku sebenarnya agak marah kerana dia mengaku menjadi "datuk" kepada sahabatku).. teringat aku akan kata-kata Ismail Kamus dalam ceramahnya..
Jin: Aku cuma ingin membantu..

Kemudian jin yang mula-mula tadi masuk berkata-kata semula dan aku terus-terusan mengazabkan nya. Aku kemudiannya menggunakan kaedah rentap dan tarik ke bantal lalu bantal ku balun bertalu-talu dengan menggunakan tasbih.. Aku pun transform jadi lebih besar di alam jin dan membalunnya bertalu-talu. Ada kalanya sahabat ku ini dapat berkata-kata semula dengan memberitahuku bahawa jin tersebut sebenarnya dalam jumlah yang ramai.

Perlahan-lahan aku kaut jin yang di luar dan pasung ke dalam bantal sedikit demi sedikit. Proses mendera dan mengazab jin berlanjutan. Beberapa kaedah makrifat ku gunakan seperti tembakan pancaran kursi dan pedang kursi. Ku niatkan juga supaya sahabatku mempunyai senjata yang cukup untuk melawan dari dalam. Adakalanya jin kelihatan menanggung kesakitan adakalanya dia buat muka eksen.. meluat aku!!. kemudian jin yang memberi salam kepadaku tadi muncul kembali dengan keaadaan kesakitan. Antara perbualan kami seperti berikut.

Jin: Tidak kah kau nampak aku ini wahai orang muda?..
Aku: Aku tak punya kebolehan untuk melihatmu..
Jin: Masih jauh perjalanan mu orang muda.. berguru lah lagi..
Aku: Insyaallah
Jin: Aku hanya ingin membantu..
Aku: Aku mengharapkan bantuan dari Allah..
Jin: Baiklah, aku akan pergi. Kau uruskan lah masalah ini dan aku tidak akan mengganggu kau. Carilah jalan agar kau dapat membuka pancaindera mu yang ke enam. Assalamualaikum.. 

Aku menjawab salamnya. Sebenarnya aku sedikit kehairanan bagaimana dia boleh terkena serangan ku sedangkan aku telah qasadkan hanya untuk makhluk yang mengganggu sahaja.. dalam pada itu aku terdengar jin berkata "sudah lama ku tunggu saat ini..."  aku tak berapa faham maksudnya..adakah dia bercakap dengan aku atau bercakap dengan tuan punya tubuh.

Serangan kuteruskan dengan zikir Nur Hikmah.. Isteri sahabatku yang dari tadi membatukan diri di sudut bilik ku minta supaya terus berzikir didalam hati. Sahabatku yang pastinya juga sedang berjuang didalam tubuhnya sendiri ku suruh berzikir..

Setelah seketika ku lihat proses rawatan masih tidak menunjukkan tanda-tanda berpenghujung. Aku berdoa kepada Allah agar diberikan ilham. Alhamdulillah, aku di ilhamkan untuk berdoa kepada Allah agar menggerakkan sekelian bala tentera islam di alam jin supaya membelasah jin yang mengganggu. Aku bangun dan  berdoa. Aku arahkan tapak tangan ku ke arah pesakit dan berzikir sambil terus berdoa..

Kini aku bergerak kebelakang tubuh sahabat ku. Jin ku lihat mengaduh kesakitan sambil tangan seperti tertarik kebelakang oleh sesuatu. Aku minta jin supaya meninggalkan tubuh sahabat ku dan berjanji untuk tidak mengganggu lagi dan aku ancam untuk membunuhnya tetapi jin enggan. Aku tahu itu semua berlaku atas izin Allah. Aku tarik semangat pedang nurunniyah dengan tertib sambil hati berdoa agar jin mengalah dan keluar sendiri tetapi tidak berlaku. Apabila terasa pedang sudah ditangan ku beri amaran sekali lagi dan apabila jin membantah jin pun kusembelih dengan nama Allah. Rontaan dari tubuh sahabatku hilang. Terima kasih Allah kerana telah menggerakkan askar islam alam jin untuk membantu.... Alhamdulillah kerana memudahkan segala urusan. 

Setelah semuanya selesai kami pun keluar makan dan berbual. Antara perbualan kami ialah mengenai 'karomah' yang mana aku tidak mempunyai ilmu tentangnya. 

Sahabatku bercerita yang rawatan tadi yang dia telah sampai disuatu kawasan ladang getah. Tetapi belumpun lama tiba-tiba dia ditarik semula ke badan dan badannya telah pun kerasukkan. Habis anak panahnya digunakan melawan jin-jin yang menyerang. Dia juga menceritakan yang mana apabila 'orang tua' atau jin islam (yang memberi salam) tadi keluar, syaitan jahat tadi telah besorak keseronokan kerana tidak lagi diganggu. Namun keseronokkan syaitan tersebut tidak lama kerana telah dibelasah oleh tentera islam yang telah lama menunggu peluang. Tentera inilah yang telah menarik tangan kebelakang itu tadi.. ada ramai dok tunggu bro.. katanya.

Antara lainnya, sahabat ini juga telah memberitahuku bahawa terdapat banyak "kehidupan" di alam jin di sini. Mungkin sebab  tanah langkawi ini tanah bersejarah kot.... Tahulah aku bahawa rupa-rupanya mata hatinya telah lama terbuka. Sahabat ini memaklumkan bahawa kehidupan disini lebih banyak dari tempat-tempat lain di tanah besar. Antara yang disebut ialah "Merah" dan "Putih". Aku sememangnya tidak punya pengetahuan tentang kehidupan di alam tersebut namun yang pasti ianya terjadi dengan izin Allah. Mungkin suatu hari nanti aku diberi peluang untuk melihat semua itu. Bak kata guru-guru, semua itu adalah rezeki Allah ada yang dapat dan ada juga yang tidak.. 

Luasnya ilmu Allah.. sesungguhnya pengetahuan yang ada padaku adalah amat sedikit.. Ya Allah, kau jauhkan lah diriku dari cubaan dan kerosakkan hati. Sesungguhnya semua amalanku hanyalah kerana mu..

Aku telah refer hal ini kepada Guru ku. Kata tok guru.. Wallahua'lam.. Pendapatnya makhluk tersebut ialah jin islam. Sekiranya hadir dalam rawatan dan ingin membantu, kenalah berikan tugas contohnya minta dia ambilkan barang sihir kerana dia ada keterbatasan dalam ilmunya. Sebaiknya kena guide bagi memudahkan process rawatan. Pesan tok Guru, jangan harapkan kehadirannya ketika proses rawatan tetapi sekiranya hadir, manfaatkan sebaiknya. Wallahua'lam.. 

p/s buat sahabat:
Walaupun kamu di uji dengan ujian yang berat, berterima-kasih dan bersyukurlah kerana sesungguhnya Allah amat menyayangi kamu. Anggaplah semua sakit dan gangguan ini sebagai hadiah dari Allah supaya kamu sentiasa berusaha mengingati dan mendekati-Nya.. Terima kasih juga kerana memberikan aku sebuah pengalaman baru yang tak ternilai harganya..

..Hasbunallahu wa ni'mal wakil..









Friday 25 January 2013

RAWATAN IMANTHERAPY: AMALAN MENGESAN GANGGUAN JIN/SIHIR

RAWATAN IMANTHERAPY: AMALAN MENGESAN GANGGUAN JIN/SIHIR: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Kepada semua teman untuk manfaat bersama... Jika anda biasa mimpi pelik/menyeramkan kemud...











Saturday 19 January 2013

Gangguan dari umur 11 tahun..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pesakit meminta agar suaminya di scan. Aku pun menggunakan kaedah gelombang yang baru beberapa hari kupelajari. Nampak tangan kirinya jatuh kedepan.

Aku menghentikan scanning dan minta si isteri (pesakit) supaya melakukan TKR.

Sewaktu TKR, pesakit meminta agar suaminya datang kedepannya. Pesakit beritahu yang ditubuh suaminya ada rangka tengkorak melekat dibelakang badan dari kepala hingga ke tulang punggung. Di bahagian dada ada terpacak keris keemasan dan terdapat banyak ulat berenga. Di bahagian pinggang ada terdapat tangkal dan ada seluar dalam tiga lapis berlainan warna. Pesakit mencabut dengan sendiri keris dan tulang kerangka manakala seluar dalam tersebut ku potong dan tarik. Aku tak mahu masa berlanjutan kerana bimbang akan keselamatan rawan pesakit, jadi aku bantu dengan kaedah buang aura bisa dari hujung kaki suami pesakit. Hal yang sedemikian juga berlaku kepada anak pesakit yang mana juga terdapat tulang rangka yang melekat dibadannya.

Setelah si suami dan anak selesai, aku minta pesakit supaya pergi ke luar rumah. Pada mulanya pesakit tidak nampak apa-apa. Aku minta pesakit supaya berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah swt. Pesakit kemudiannya memberitahu yang dia sampai ke kawasan paya dan belukar yang ada berdekatan dengan nya ada pohon rumbia. Lokasi tersebut seperti di kampungnya sewaktu kecik dahulu. Pesakit menyatakan tiada apa-apa yang aneh disana. Aku memberikan bom peletup ketangan pesakit dan memintanya supaya meletupkan kawasan tersebut. Akhirnya dalangnya muncul.. Ianya merupakan lembaga..

Aku suruh pesakit supaya menanyakan apa mahunya. Rupa-rupanya jin ini telah mendekati pesakit sejak dari umur lebih kurang sebelas atau dua belas tahun ketika itu, dan sekarang pesakit sudah berumur 45 tahun. Kes nya ialah sipesakit ketika itu membawa lembu ternakan makan ke kawasan yang diduduki oleh jin. Jin telah marah dan telah menggangunya. Jin menyatakan bahawa si pesakit memang boleh nampak jin sedangkan pesakit sendiri tidak menyedarinya. Jin telah mendekati si pesakit sejak itu dengan alasan ingin menjaga pesakit. Aku suruh pesakit menyuruh jin tersebut meninggalkannya dan jangan mengganggu semula. Nampaknya jin berdegil dan mula memasuki tubuh pesakit. Pesakit sempat memberikan amaran kepada ku.

Sewaktu jin memasuki tubuh pesakit, dengan segera aku ikat dengan rantai makrifat Yaasin. Aku dakwah jin supaya memeluk islam dan menyesali perbuatannya. Namun jin ternyata berdegil bahkan sanggup bergadai nyawa mahu mempertahankan hubungannya dengan pesakit.

Setelah amaran kuberikan, aku rentap jin dan bawa masuk ke bantal dan ku balun sepuas hatiku. Dalam hati ku mantapkan dengan zikrullah. Bertalu-talu serangan yang ku lakukan tanpa memberi peluang kepada jin. Setelah lama bertahan ku lihat jin semakin lemah dan tubuh pesakit turun perlahan-lahan sehingga ke lantai. Aku kemudiannya berdiri dengan tapak tangan ku halakan ke wajah pesakit sambil menguatkan lagi zikir. 

Akhirnya jin mengalah dan menyatakan ingin keluar. Jin kusuruh berikrar agar tidak akan mengganggu pesakit, darah daging serta rakan sekelilingnya, yang mana sekiranya jin ingkar, dia akan mendapat azab serta-merta dari Allah swt. Jin menurut dan kemudiannya aku tarik keluar dengan kaedah serban. Jin keluar dengan mudah dan seketika kemudian pesakit sedar dan mengucap dua kalimah syahadah. Alhamdulilah.. Begitulah kehidupan kita sebagai manusia yang sentiasa di ancam gangguan daripada makhluk halus ini. Supaya kita sentiasa lebih berhati-hati dan mendapatkan pemeriksaan daripada perawat islam sekali - sekala. Insyaallah..

Hasbunallah wani'mal wakil..




Monday 14 January 2013

Wednesday 9 January 2013

Symptom - Sejuk Tapak Kaki


بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pesakit mengatakan bahawa badannya terasa seperti ada sesuatu. Selalunya tapak kakinya akan berasa sejuk walaupun diwaktu tengahari. Kadang-kadang sampai kena pakai stoking. Kata pesakit dia dah cuba block dengan amalan zikir tetapi masih terasa bebanan didalam badan.

Selepas pesakit duduk melunjur aku niatkan nak tarik gangguan ke kaki pesakit dan qasadkan yang tangan ku sebagai medan magnet yang besar utk tarik jin. Kubacakan beberapa potongan ayat al-quran dan berselawat. Dapat kurasakan renjatan-renjatan kecil di tangan ku dan pesakit juga dapat rasa. Aku beri amaran kepada jin dalam badan (akhir-akhir ni selalu dapat message dari tok guru supaya buat ini dahulu) agar keluar dan insaf dari mengganggu pesakit. Aku seru supaya masuk islam dan juga ancam akan menyakitinya dengan izin Allah sekiranya berdegil.

Setelah beberapa minit aku pun tukar strategy kepada serangan. Aku mulakan dengan 1 set ZINK sehingga habis dan melakukan beberapa teknik azab dalam masa lebih kurang 20 minit. Badan pesakit memang mempunyai reaksi terhadap azab yang aku lakukan tetapi jin tersebut tetap bertahan. Akhirnya aku hantarkan anak panah berapi dari segenap sudut secara bertalu-talu dengan membacakan "lanar jumannakum.." dari surah Yaasin. Aku juga sempat mencuba kaedah Torehan spt yang diterangkan oleh Ust. Khairul (Riteq Utara)..

Aku kemudian nya memohon ilham. Alhamdulillah aku di ilhamkan yang jin di tubuh pesakit ini bukan dari jenis bercakap. Lagipun pesakit menunjukkan pergerakan ala-ala "ular" semasa dikenakan teknik azab. Aku pun hairan semenjak dua menjak ni selalu pulak aku jumpa jin jenis ini..

Lalu aku tanyakan jin dengan lafaz Bismillah.. jin menganggukkan kepala menandakan dia adalah jenis bukan bercakap. Biasanya kalau jenis jin yang tak boleh bercakap ni aku akan tarik keluar tapi kali ini aku berdialog secara angguk-geleng dengannya. Aku dapat tahu yang dia dihantar oleh tukang sihir dan terikat. Setelah kutanyakan dimana bahagian yang terikat maka aku pun mohon dari Allah s.w.t supaya semua belenggu dipotong dan aku tarik / buang. Jin tersebut mengakui yang semua belenggu tadi telah tiada. Kini ku dakwah kan jin tersebut utk memeluk islam. Alhamdulillah.. agak lama juga nak dakwah jin ni tapi memang berbaloi dan jin ini memeluk islam. Aku tanyakan samada dia hendak ke Mekah atau Madinah tapi kedua-duanya jin gelengkan kepala. Lalu aku tanyakan samada dia mahu ke mana-mana sekolah agama, jin mengangguk. Sebelum ku tarik dengan teknik serban, aku memohon kepada Allah s.w.t semoga disediakan ustaz atau ustazah (mengikut jantina jin ini) supaya dapat mengajar tentang islam di lokasi baru nanti. Tarikan dapat ku lakukan dengan mudah dan pesakit mula sedarkan diri tak lama selepas itu.

Setelah pesakit mengucap dua kalimah syahadah pesakit memberitahu yang rupa jin tersebut adalah seperti ular sawa yang besar dan mungkin sudah agak tua dimana dibahagian hujung ekornya ada buruk sedikit. Pesakit menyatakan pendapat bahawa jin tersebut mungkin baru dihantar oleh tukang sihir. Aku setuju atas sebab-sebab tertentu.

Rawatan kali ini aku teruskan dengan kaedah "telur" dan melakukan kaedah pagar rumah secara makrifat keatas rumah pesakit. Di harapkan pesakit tidak lagi mendapat gangguan selepas ini. Insyaallah.

Hasbunallahu wani'mal wakiiiil...








Tuesday 1 January 2013

Video Mengislamkan Jinn - English with Sub



This file use to go missing for a short while but I managed to get it back.. Alhamdulillah..