Thursday 31 January 2013

Mengambil Barang Sihir



بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ini merupakan rawatan ulangan kepada pesakit. Pesakit beritahu yang kepalanya begitu berat. Selepas bersedia akupun memulakan rawatan.



Aku memulakan dengan menghantar gelombang melalui zikir dan mendapati ada gangguan di anggota sebelah kanan tubuh. Kini aku teruskan dengan amalan ZINK dan akhirnya jin muncul berkata-kata melalui lidah pesakit.



Jin merupakan jin sihir dan apabila diperiksa terdapat belenggu pada dirinya. Jin ini ku dakwahkan kepada Islam. Ku bacakan beberapa ayat dakwah dan akhirnya jin terbuka hati untuk memeluk islam. Setelah diajarkan mengucap maka sah lah dia menjadi muslim. Ku ambil kesempatan ini untuk bertanyakan jumlah jin yang lain yang ada di dalam tubuh pesakit. Ada 5 katanya. Aku minta jin yang telah ku islamkan ini supaya memanggil ketua semua jin yang ada di tubuh pesakit.



Ketua jin bersuara dengan suaranya yang garau, "kau nak apa?".. Tanyanya kepada ku. Jin ini juga ku seru supaya memeluk islam. Dia mahu memeluk islam selepas ku berikan gambaran syurga dan neraka dengan izin Allah kepadanya. Nampak berkerut-kerut dahinya bila di tunjukkan bayangan neraka. Akhirnya dia memeluk islam. Aku minta dia menanyakan jin-jin yang lain supaya turut serta bersyahadah. Semua yang lain menyatakan bersetuju dan dengan sekali lafaz syahadah, maka telah islam lah semua jin-jin tersebut dengan izin Allah.. Alhamdulilah.

Kali ini aku menggunakan pendekatan yang lain sikit. Aku minta ketua jin yang kini telah islam supaya membantu mengeluarkan barang sihir dari tubuh pesakit sekiranya ada. Ku pujuk jin tersebut dengan mengatakan bahawa kini menjadi kewajibannya untuk membantu sesama islam. Jin bersetuju. Aku minta jin menghulurkan kedua tangannya lalu ku isikan dengan kekuatan dan peralatan untuk mencari melalui doa dan tangannya ku hembus. Teknik ini biasanya kena guide..

Aku minta jin cari barang sihir yang ada dibadan pesakit dengan dengan tangan kanan dan apabila jin sudah dapat barang sihir tersebut aku suruh jin letakkan ke dalam tangan kiri. Aku suruh jin teruskan mencari dari tangan ke kaki dan hingga ke kepala. Beberapa barang sihir (aku tak nampak apa bendanya) telah di letakkan ditangan kiri. Setelah ku rasakan banyak, aku suruh jin tersebut supaya membakar benda -benda ditangan kirinya dengan menggunakan hembusan nafas. Jin buat seperti yang di arahkan. Kemudian ku ulang semula arahan tadi supaya jin mencari lagi. Apabila tangan sampai ke belakang badan, aku lihat jin mengalami kesukaran untuk mencabut sesuatu. Ku tanyakan pada jin apa barang tersebut agar dapat ku bantu.. Ada keris katanya. Aku pun maarifatkan yang terdapat sebatang keris terpacak di belakang tubuh pesakit dan ku niatkan yang keris tersebut masuk ke dalam genggaman dan keris ku cabut. Alhamdulilah dapat ku cabut lalu ku buangkan ke gunung Kaf. Ada beberapa benda lagi yang di ambil oleh jin di kawasan dada, kepala, perut, lutut dan kaki pesakit. Jin berhenti dan beritahu semua barang sihir yang di ketahuinya telah habis. Kali ini aku yang hancurkan barang sihir ditangan kiri tersebut.

Aku ucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan jin dalam mencari barang- barang sihir tersebut. Kini tibalah masanya untuk jin dikeluarkan. Aku ambil kesempatan untuk tanzir kesemua jin di badan pesakit supaya terus-terusan mengaji hal ehwal islam dialam jin. Aju syorkan jin ke sekolah pondok supaya dapat belajar dengan masyarakatnya disana setelah jin menolak untuk dihantar ke mekah ataupun madinah. Jin ku keluarkan dengan kaedah borong dengan serban.

Pesakit terus tersedar sebaik jin dapat dikeluarkan. Alhamdulilah badannya bertambah ringan dan sakit dikepala hilang katanya. Pesakit memberitahuku yang sewaktu rawatan dia ada ternampak kelibat seorang lelaki yang bersongkok beberapa kali. Pesakit mengesyaki itulah si tukang sihir (TS) yang selalu mengulangi sihirnya ke atas pesakit. Apabila ditanya pesakit mengatakan yang dia tidak kenal si TS tersebut. Dalam hatiku berkata yang mungkin TS tersebut datang untuk mengendap siapakah yang mengganggu tugasnya di dalam menyihir pesakit. 

Aku cuba scan semua 'cctv' TS yang mungkin ada di dalam rumah pesakit. Aku tak berapa pasti tapi hatiku mengatakan memang ada. Lalu ku makrifat semua cctv tersebut dapat ku kaut dengan tangan dan ku letupan. Insyaallah rosak semua cctv TS tersebut.

Buat masa ini pesakit telah pun berasa lebih baik tapi tak tahu bila pula serangan berikutnya akan datang. Lebih baik berhati-hati dan aku mengingatkannya supaya sentiasa berzikir.

Hal ini membuatkan aku terfikir, sampai bila perawat harus terus mengambil tindakan membiarkan TS berleluasa dengan kesyirikkan nya. Aku tertanya-tanya adakah patut aku mula mengambil langkah kehadapan dengan membelasah tukang sihir dengan izin Allah.. ataupun ku bungkus sukmanya ke dalam objek supaya hilang kehebatannya?.. Wallahu a'lam.. yang nyatanya aku masih lagi bersabar. Aku berdoa kepada Allah agar TS ini menginsafi perbuatan syiriknya dan kembali bertaubat kepada Allah swt.. Amiiiin..

Hasbunallah wanikmal wakil....



1 comment:

  1. SAYA MOHON BANTUAN RAKYAT MSIA
    • Assalamualaikum.saya mencari perawat yang boleh membuang wali/penjaga di badan pesakit, bahagian utama pesakit telah dikunci nak dipulihkan dengan segera.Lokasi Pasir Mas kelntn.Berulang alik jumpa bomoh dan ustaz namun belum ada perubahan.Jika saudara tahu dimana tempat rawatan yang berkesan, tolong mesej alamat/tel.no.kalamat/tel.no.kepadaepada saya :
    • Tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete