Monday 25 February 2013

Kompilasi Kaedah Cabut Cubit (dari blog rakan)

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

CUBIT CABUT (1)...Cara 'Cabut'....

Katakan seekor kutu kucing sedang  menggigit kulit anda...menimbulkan keadaan sangat gatal...

Untuk membuangnya...guna ibu jari dan jari telunjuk...

Mula-mula...tekan hujung jari ke kulit kemudian picit kutu tadi...dan apabila terasa picitan anda sudah cukup kuat... tarik atau cabut dengan cepat kutu tadi...

Ini kaedahnya cubit cabut...

Wallohu a'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUBIT CABUT (2)...Pernafasan...

Tarik nafas perlahan-lahan sambil   tekan hujung jari ke kulit...
Dalam keadaan menarik nafas perlahan-lahan itu...cubit kutu tadi...perlahan kemudian semakin kuat...

Setelah anda merasa semakin habis nafas ditarik...cabut kutu tadi dengan cepat sambil hentakkan nafas ke dalam dada dengan cepat dan pendek...

Hentak nafas ke dalam dada bermaksud rapatkan bibir dan usahakan  lepas nafas cepat ke dalam dada...

Wallohu a'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUBIT CABUT (3)...Syaratnya ?

Saya  amal  rukyah.....zikir serta ilmu pernafasan......maka  saya  kurang pasti  samada  cubit  cabut  ini boleh digunakan  oleh  perawat  rukyah semata-mata atau ahli ilmu pernafasan semata-mata...

...tapi saya izinkan kalau anda mahu mencubanya...( akan saya terangkan lebih lanjut mengenainya...InsyaAllah...)

Wallohu a'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUBIT CABUT (4)...Tenaga Ke Hujung Jari...

Iaitu  anda  alirkan  tenaga  ke hujung jari telunjuk juga ibu jari agar ia dapat memicit ( menyentuh ) jin dan bukan sekadar kutu kucing dan sebagainya...

Ia bermaksud...apabila anda sedang menarik nafas perlahan-lahan melalui hidung...bayangkan nafas yang anda tarik tadi masuk melalui hidung dan terus 'mengalir' ke lengan hingga ke-hujung dua jari tersebut...

Cara uji mudah samada anda menguasainya.....setelah  menahan  nafas seberapa lama...lepas nafas perlahan-lahan melalui hidung sambil bayangkan nafas itu mengalir ke lengan hingga ke jari-jari tangan...( sambil pejam mata agar anda lebih dapat menghayati aliran nafas atau tenaga )

Jari yang di isi tenaga akan terasa agak kebas...agak berat...atau sekurang-kurangnya anda akan dapat merasakan adanya jari-jari ini akan lebih terasa daripada biasa...

Wallohu a'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUBIT CABUT (5)...' Cabut Jin '...

Setakat ini saya mungkin menulis lebih kepada cabut kutu kucing...

...tapi bagaimana dengan jin....makhluk ini bukan macam kutu kucing...

Kerana itulah perlu adanya aliran tenaga ke hujung jari...kerana tenaga itu guna-nya agar anda dapat mencabut atau menyentuh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala ini...

Kemudian persoalannya lagi...itu  kalau semut-semutnya ( jin ) merayap di atas kulit....tapi bagaimana kalau ianya bergerak di bawah kulit ?

Jangkauan setiap cubitan ini bukannya bergantung kepada setakat mana dapat disentuh oleh hujung jari....

.....sebaliknya  ia  bergantung  kepada tenaga  juga  sejauh  mana  anda dapat bayangkan jangkauannya...

Contohnya...anda tekan perlahan-lahan hujung jari ke kulit...tapi dalam masa yang sama...anda bayangkan hujung jari itu masuk menembusi kulit lalu mencubit jin di bawah kulit..lalu mencabut-nya keluar...

Pada peringkat awal biasanya saya akan menutup mata agar lebih mudah membayangkan gerakan hujung jari tadi...

Wallohu a'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

CUBIT CABUT (6)...Apa Boleh Dicabut ?

Iaitu  apa  yang  boleh  dicabut dari badan pesakit...

1.Jin yang dirasa pesakit berbentuk semut-semut...cacing-cacing...ulat...kumbang...ular dan sebagainya...

2.Angin bisa jin yang dirasa pesakit sebagai angin bergerak..angin diam...rasa berat...rasa panas...rasa sejuk...rasa seperti di sentuh atau dipegang...rasa sakit dan sebagai-nya...

3.'Alat-alat sihir' pada badan yang dipasang melalui jarak jauh...seperti rasa dicucuk jarum atau besi...di ikat...dan sebagainya...

...dan lain-lain lagi...

Wallohu a'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

CUBIT CABUT (7)...Tempat Cabut...


Iaitu cubit cabut boleh dibuat...

1. Atas kulit...
2. Atas lapis kain pakaian...
3. Atas lapis kain tebal seperti sapu tangan...
4. Atas lapis kain sendiri...dan bayangkan anda mencubit atas bahagian yang dimaksudkan...
5. Atas tapak tangan atau kulit sendiri ...dan bayangkan seperti di atas...
6. Atas wakil...seperti suami sebagai ganti atau wakil isterinya...

...dan sebagainya...terpulang pada kreativiti serta latihan anda sendiri...

Wallohu a'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUBIT CABUT (8)...Jin Dalam Dada...


Seorang rakan tiba-tiba saja merasa sebak dan pilu apabila mendengar sebuah lagu nasyid...

Jauh di dalam lubuk hatinya...rakan itu terbayang seorang perempuan muda berambut panjang berpakaian serba putih sedang menangis sayu kerana mendengar lagu tersebut...

Oleh sebab saya syak ianya gangguan maka saya buat cubit cabut pada bahagian belakangnya yang bertentangan dengan jantung...

Sekali cabut...rakan itu merasa kepalanya mengembang dan ada angin keluar dari kepalanya...

Dan ketika itu juga...rasa sebak itu hilang serta merta...

Saya rasa pelik..jin pun tahu rasa sebak dengar lagu nasyid ?

Wallohu a'lam

 





Friday 15 February 2013

Pindahkan Jin Sekampung


بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kedua-dua anak ku menghidapi kudis yang tak kunjung sembuh. Si adik selalu menghidap gatal-gatal di kedua belah tangan dengan bengkak yang mengandungi air bisa, manakala si abang pula menghidap kudis buta. Si abang tinggal di asrama dan terpaksa ku bawa pulang dan tinggal dirumah supaya penyakit kudisnya dapat dibendung. Selalu lah pakaian mereka ni di rebus bagi membunuh kuman yang dibawa mereka. Maka berpantanglah kedua beradik ni untuk jangkamasa yang lama. Klinik usah cakaplah, memang selalu..

Bila dah lama sangat aku mula syak sesuatu..

Aku scan si abang dan nampak tangan kiri jatuh ke depan. Sebelum ni pun sama jugak tapi bila aku gelombangkan atau ruqyah cuma ada sedikit kesan panas atau sejuk dirasainya.

Kami ke rumah seseorang yang pernah melalui pengalaman TKR bersama ku. Setelah menyatakan hajat dia bersetuju untuk membantu. Macam biasalah, dia tak boleh keluar sendiri jadi aku lah yang kena guide.

Setelah dapat keluar dia menantikan arahan dariku. Aku arahkan supaya tengok kaki dan tangan kedua-anak anak ku yang sememangnya ada disebelah. Dia pun mulakan pengembaraan mencari punca permasalahan yang dihadapi. Kembara itu membawanya ke rumahku.. di mana disitu lah punca nya..

Dia memberitahuku yang ada makhluk hitam yang menunggu di kawasan tepi rumahku. Aku bacakan sesuatu supaya dia dapat transform lebih kuat dari makhluk tersebut sebagai persediaan sekiranya makhluk tersebut menyerang. Aku suruh dia menanyakan makhluk tersebut apa maunya dengan mengganggu aku. Dia beritahu yang makhluk itu mahu berkomunikasi dengan ku dan mula datang menerusi tubuhnya..

Ku berikan salam namum tidak dijawab. Ku tanyakan apa maunya dengan mengganggu kedua anak ku, malah termasuk mak mertua aku sekali yang terkena. Makhluk itu kata kami mengganggu dan merosakkan tanamannya. Kawasan rumah ku termasuk dalam kawasan kampungnya dan anak-anak ku telah pun merosakkan tanaman penduduk kampungnya. Kunyatakan yang kampung mereka adalah alam halus iaitu alam jin manakala manusia di alam yang nyata. Manalah kami nampak mereka dan kampung serta tanaman mereka.

Aku offer supaya mereka berpindah.. suka-suka kau saja nak kami pindah, kami dan beribu-ribu tahun berkampung di situ tau! bentak makhluk tersebut. Jemm.. Aku kemudian mendapat ilham. Kubacakan sesuatu ke tapak tangan ku dan kemudiannya aku tunjukkan ke arah jin.. ku tanya samada dia nampak dan mahu pindah ke kawasan yang ku tunjukkan. Sebenarnya aku mohon kepada Allah swt supaya menunjukkan di tapak tanganku satu kawasan yang disukai oleh bangsa makhluk itu. Dalam hati aku juga memohon agar Allah lembutkan hati makhluk ini. Setelah agak lama makhluk itu diam (berfikir panjang nampaknya..) makhluk itu memberitahuku yang dia sukakan tempat tu. Ku minta supaya makhluk ini berbincang dengan orang kampungnya yang lain dan kebetulan makhluk yang ku lawan bercakap adalah merupakan ketua di kampung tersebut..

Sewaktu kutanyakan apa jenisnya makhluk ini, dia memberitahuku bahawa mereka adalah jin dari jenis binatang. Namun orang yang mengembara memberitahuku masyarakat jin ini adalah dari zaman batu dan melakukan aktiviti bertani sebagai cara hidup. Mereka bukan islam dan adalah seperti orang kerdil dengan rambut mengerbang serta muka yang comot... ala-ala orang kerdil dalam cerita mat saleh tu..

Jin kemudian memberitahuku bahawa masyarakat kampungnya tidak begitu yakin dengan ku iaitu untuk memindahkan mereka ke tempat tersebut.. mereka memerlukan bukti. Aku mendapat ilham supaya minta izin dari mereka dan memindahkan rumah, tanaman dan set up kampungnya ke tempat yang baru.. sama setup nya seperti kampung mereka sekarang. Setelah ku beritahu apa yang aku mahu lakukan, jin ketua kampung tersebut bersetuju lalu kubacakan Alfatihah dan selawat sambil ku makrifatkan semua yang terdapat dikampung itu dipindahkan ke tempat baru dengan kuasa Allah swt.. "kun fayakun..", cuma tinggal penduduknya sahaja disitu. Setelah yakin kerja pemindahan selesai, kutanyakan kepada jin tersebut dan jin mengiyakannya. Kini persoalan dari jin penduduk telah pun terjawab dan mereka sekarang telah sebulat suara dan bersedia untuk pergi. 

Aku berikan arahan kepada jin ketua tersebut supaya membuang semua penyakit yang mereka lakukan keatas anak-anak serta mak mertua ku sebelum ku hantar kan mereka ke tempat baru. Selepas diam seketika, jin berkata yang semua penyakit tersebut akan mengikut mereka apabila mereka dipindahkan. Berpuas hati dengan kata-kata jin tersebut, aku pun mohon kepada Allah swt supaya mereka dipindahkan ke tempat baru dengan selamat dan kuhantarkan mereka dengan kaedah rentap.. orang yang melakukan kembara pun rebah..

Selesai rawatan kali ini dengan di permudahkan Allah swt. Aku amat bersyukur kerana masalah yang memeningkan kami sekeluarga kini terjawab dan aku berdoa semoga kudis dan gatal yang dihadapi oleh kedua anak ku akan segera kering dan sembuh.

Hasbunallah wa ni'mal wakil..






Rawatan Islam TERAPI QOLBU (RITEQ): Pertemuan Iblis Laknatullah Dengan Rasulullah S.A....

Rawatan Islam TERAPI QOLBU (RITEQ): Pertemuan Iblis Laknatullah Dengan Rasulullah S.A....: سم الله الرحمن الرحيم Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله...

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ










Tuesday 5 February 2013

nampak hati: DUNIA MISTERI (13)...Api Ayat Kursi. . .

nampak hati: DUNIA MISTERI (13)...Api Ayat Kursi. . .: Seseorang yang berdamping dengan 'orang halus' memberitahu saya agar selalu membaca ayat Kursi... Beberapa hari kemudian...ia memberitahu s...

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




nampak hati: DUNIA MISTERI (21)...Aura Letup...

Catatan menarik rakan aliran seperguruan..

nampak hati: DUNIA MISTERI (21)...Aura Letup...: Pekan Ranau...Restoran India...petang itu bersama dua orang anak buah... Baru beberapa minggu selepas mengambil ijazah tenaga dalam denga...

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ