Sunday 21 October 2012

Kurung Anak Dalam Peti Ais??




بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kali ni saja nak share cerita aku kurung anak lelaki aku dalam peti ais. Kejam tak?!!

Cuba korang buat kat anak korang... pas tu mesti muka korang lebam kena lempang ngan bini..kui kui kui.. 

Sebenarnya aku cuma kurung 'jin' yang tinggal dalam badan anak aku dan bukan anak aku secara fizikal. Cara ni lebih memberi keyakinan kepada diri aku dan juga anak aku sendiri mengakui yang 'dirinya' tersiksa.. sebelum ni aku kata dalam badan dia ada jin dia sengih jek... tak percayalah tu.. biasalah kan, semua orang pun kata aku mengarut kalau sembang2 bab jin ni lagi pulak kata dalam badan dia ada jin.. wajib dia kata aku buang tabiat. 

Cerita nya begini, minggu lepas anak lelaki aku ada balik cuti (dia tinggal asrama) so sebelum hantar balik pada petang sabtu tu aku 'rentap' dia dan paste ke sehelai tisu dan aku simpan tisu tersebut dalam peti ais, bahagian beku.. aku pesan kat dia, nanti kalau jadi apa2 ke.. demam ke suruh cepat-cepat telipon balik kat abah. Dia kata OK je. Masa pun berlalu..

Hari Khamis masa aku tengah kerja anak aku telipon aku suruh datang sekolah hari Jumaat petang. Tapi aku tak pergi hari Jumaat tapi singgah hari sabtu. Masa tu dia tanya aku samada masih simpan lagi tisu kat dalam peti ais? dan aku cakap ya. Dia kata dia muntah-muntah hari Isnin lepas dan demam tak kebah-kebah sampai sekarang. Aku tanya apasal tak call awal bagitau... dia sengih je.. masih tak percaya lah tu...

Dalam aku dok selidik tu aku dapat tahu yang pada hari Isnin petang dia dah ok tapi hari Selasa petang dia tak sedap badan balik.. dari cerita tu memang matching dengan hal yang jadi pada hari tsb iaitu anak perempuan aku amik keluar tisu tu letak atas meja dapur. (bini aku yang bagitau) so bila dapat tahu aku pun amik dan letak la tisu tu balik dalam peti ais. Aku pun kata kat anak aku 'balik kang abah buang tisu tu..'

Bila sampai rumah aku solat zuhur dan lepas zikir aku terlena sekejap. Terjaga pun sebab ada orang telepon. Tengok-tengok anak aku telepon. Dia call tanya pasal apa aku tak buang lagi tisu dalam peti ais tu? Aik camana leh tau ni?!! kataku.. dia tak kata apa-apa cuma desak aku buang segera.. badan tengah demam ni.. katanya..

Ini adalah salah satu teknik yang bersahaja yang Ust. Majid ajar kami dalam blognya baru-baru ni. Teknik ni asalnya lebih kepada rawatan tanpa sentuh pesakit, terutamanya apabila merawat pesakit wanita bagi mengelakkan fitnah. Since dia minta semua anak murid dia 'rentap' anaknya dan simpan dalam peti ais aku pun terfikir why not buat kat anak aku sendiri pulak... pada saat ini aku dok bayangkan bagaimana lah agaknya anak Ust. Majid tu menanggung siksa .. ye lah, anak murid bapak dia bertaburan di Nusantara ni ... dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand.. sampai ke Jepun dan England nu... mesti teruk jin tu kena simpan beku di merata-rata negeri..hehehe..

Kepada kengkawan aku, yang mana rasa diri depa dok clean sedia tu bawak-bawak la check.. korang tak tau jenis apa yang tengah dok tumpang dan tunggang anak korang.. bak kata tok guru aku.. 99% orang melayu kita ni bersaka...jangan dok sembang la hang pa anak datuk ka, anak tok imam ka ... adaaa....

Lepas ni aku nak gantung bini aku kat kipas lak..hehehe..


Ayat panggil jin.. kalau korang buat jadi apa2 aku tak tanggung jawab.. nanti dia 'bercakap' jangan korang lari pulak..hehehe..

أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ



Di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.





3 comments:

  1. cam best jer ni...nak rentap diri sendiri leh tak?

    ReplyDelete
  2. selalunya perawat buat kat pesakit je. utk diri sendiri perawat biasanya kaut dan dan buang setiap lepas solat atau bila terasa ada jin dok gerak2 bawah kulit. Utk diri sendiri ada teknik yang best, simple and steady. Senang nanti Kery call....

    ReplyDelete
  3. Camna nak tarik atau rentap jin yang ada kat dlm badan sendiri? Seminggu dua ni terasa ada gerakan bawah kulit.. Terima kasih bang

    ReplyDelete