Monday, 15 October 2012

Ayat apa ni bro..?!!



بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ada sahabat bertanya "ayat apa ni..?" dalam salah satu komen ku baru-baru ini. 

Since dah ada yang tanya jadi aku nak share lah sedikit kat sini suatu amalan yang amat baik untuk di amalkan dalam kehidupan kita seharian. 

Doa ni di gelar "Doa Abu Darda"

Doa ni diamalkan dua kali sehari, kira-kira macam ada expiry date lah.. sekali pagi iaitu selepas Subuh (perlindungan dari waktu Subuh hingga ke Maghrib) dan sekali lagi selepas Maghrib (perlindungan dari waktu Maghrib hingga ke waktu Subuh berikutnya). Walaubagaimanapun, sebaik-baiknya doa ini dibaca setiap kali selepas solat. 

Cara mengamalkan nya seperti yang diajarkan oleh guru ku ialah dengan membacakan Surah Al Fatihah 7 kali (amalan ini hendaklah di asingkan daripada wirid & doa selepas sembahyang) dan di hadiahkan AlFatihah kepada:



  1. Nabi Muhammad S.A.W
  2. Malaikat yang Empat iaitu, Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail
  3. Para sahabat-sahabat baginda, para Anbiya, Ulama, Syuhada..
  4. Guru-guru kita
  5. Kedua ibu bapa
  6. Muslimin dan muslimat (yang hidup atau mati)
  7. Diri kita 
Selepas baca doa, kita tarik nafas dan tahan nafas sambil berdoa (doa lah jenis perlindungan yang kita harapkan, contoh; diri sendiri, keluarga, rumah, hartabenda...) kemudian hembuskan nafas ke kedua tapak tangan kita dalam bulatan mengikut arah lawan jam (seperti arah pusingan di Kaabah) dan kita sapukan ke muka dan keseluruh tubuh kita kecuali tapak kaki..

Link bawah ni aku petik dari salah satu sesawang yang telah menulis tentang doa tersebut iaitu http://www.aishaardini.com/2012/03/artikel-teladan-doa-abu-darda-ra-untuk.html

Inilah doanya:-





Semoga apa yang dikongsi disini membawa manfaat kepada kita semua, Insyaallah..

Sekian,






Wednesday, 10 October 2012

Buat Rawatan Kanser... Terrer Ke??!!




بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ada abang di kampung tu kata dia kena 'kalenjar prostat'. Khabarnya nak pergi ke hospital untuk 'teropong' 26hb nie. Abang ni aku bagi nick kat sini sebagai 'Abg Y'. Dapat tahu benda ni semalam la masa sembang-sembang lepas solat jemaah maghrib di Masjid Bayas.

Kesian pulak aku dengar masalah dia. Aku pun tak tau menahu pasal prostat ni sebab aku pun bukan nya ada pengetahuan pasal penyakit-penyakit fizikal ni kan. Masa sembang to 'Abg Y' ni bagi tau yang dia dah undergo minor surgery sometimes ago dan dah berhabis lebih kurang RM9000+ dan sekarang ni dia kata teringin nak berubat secara islam sejak tengok rancangan kat Astro tu sebelum kena 'belasah' dengan hospital lebih teruk. Tapi bila dah cari punya cari, cari punya cari... tak pulak jumpa - jumpa...

Dalam hati aku terngiang - ngiang kata Ustaz Kazim yang lebih 90% kanser adalah disebabkan makhluk jin.. (korang yang baca kalau tak boleh terima statement ni tolong jangan fitnah aku pulak yea)

Sedih pulak aku dengar. Dalam hati aku kata 'mungkin Allah sengaja temukan dia dengan aku kot'.. since dia   ni memang aku kenal, sekampung dan pernah kerja sekali semasa di Pelangi dulu, jadi aku pun mukadimmah sikit kat dia dan aku tanya samada dia nak aku bantu usahakan (rasa macam jadi kewajiban pulak time tu). Aku nampak air muka dia berubah jadi gembira. . jelas nampak sinarannya. Manakala aku pulak sebaliknya.. saspen beb!! aku mana pernah merawat kanser lagi!!

Aku minta dia cari minyak Habbatus Sauda (aku sendiri pun belum pernah tengok tapi memang masa belajar dulu guru aku kata dahulukan minyak ni, kalau dah tak ada sangat-sangat baru ikhtiar minyak lain). Aku suruh dia bagitau bila dia dapat dan dia tanya bila nak buat? Aku kata kena tunggu Sabtu malam Ahad la. Kenapa Sabtu malam Ahad? ... hehehe.. sebab hari Ahad tu aku Off Day!!.. penat oi bila kita merawat ni.. habis tenaga dalam beb.. maklumla aura aku nipis je.. belum mantoppp lagi..

Sebab rawatan belum dibuat lagi so aku stop kat sini dulu.. nak temberang lebih-lebih kang benda belum jadi lagi kannn.... so nanti kita sambung lagi, Insyaallah..

~ku tekad kan keyakinan ku dan berserah ke hadrat Ilahi memohon di permudahkan urusan~

..Aamiiiiin..

Sambungan..

Seperti yang aku jangka 'Abg Y' berjaya mendapatkan minyak Habbatus Sauda seperti yang diminta. Kami pun setting lah hari Sabtu.. Pada hari yang ditetapkan aku pun ke rumahnya selepas habis kelas tajwid Ust. Chop dan solat Isyak di Masjid K.Teriang. Aku mulakan rawatan pada jam lebih kurang 10 malam. Rawatan dimulakan dengan scanning menggunakan teknik 18-81. Jelas kelihatan terdapat getaran lemah di kaki 'Abg Y'. Memandangkan 'Abg Y' tidak mempunyai gangguan yang kuat di tubuh nya maka aku terus sahaja teruskan kepada rawatan kanser selepas  melakukan teknik pasung.

Rawatan menggunakan zikir 14 mutaqaat selesai. 'Abg Y' beritahu berasa panas dan sejuk di bahagian yang sakit semasa aku berzikir. Seperti yang dijangka ianya mengambil masa yang panjang (rawatan selesai jam 12.30am). Sebelum balik, aku minta 'Abg Y' supaya meneruskan zikir setiap pagi dan malam. Semoga 'Abg Y' diberikan kesembuhan oleh Allah S.W.T.

p/s: Malamnya sebelum tidur aku berniat nak 'mencekik' gangguan sekiranya hadir dalam mimpi. Tiada mimpi yang dialami tetapi aku mendapat demam yang teruk. Tak dapat nak aku huraikan kaitannya dengan rawatan dan aku serahkan segalanya kepada Allah s.w.t.. Mungkin ianya salah satu ujian buatku..Wallahualam..

Update..

Tarikh 26/12/2012 aku jumpa dengan Abg Y ni semasa solat jemaah di masjid. Since dah jumpa aku pun tanya lah khabar dan juga tentang sakit yang ku rawat dulu. Aku mendapat jawapan yang menggembirakan. Abg Y beritahu yang dirinya sudah sembuh sepenuhnya. Syukur ke hadrat ilahi kerana memberikan kesembuhan kepada Abg Y dan semoga dengan kesembuhan ini Abg Y akan lebih gembira menjalani kehidupan seharian dan bertambah ketaqwaan ke hadrat Allah s.w.t..









Ruqyah Sequence


 بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ada sahabat yang dah lama tak berjumpa hantar message nak tahu tentang Ruqyah yang aku guna.

Jadi di sini aku letakkan file ruqyah yang memang selalu dok ada dalam phone aku. Korang boleh ambil - aku izinkan dan boleh simpan dalam phone korang. Guna phone yang screen besar lagi baik.. senang korang nak baca.

Sebab apa aku suggest simpan dalam phone? Bukan apa, senang bila terkejut tergempak nanti nak kena baca at least ianya dah ada dekat korang..





















No 11 tak de pulak dalam phone aku sekarang. Tapi ayat bukan panjang pun, korang cari surah AtTaubah ayat 129.. start dari "Hasbiallah.." sampai habis. Siapa yang biasa beramal dengan "Laqod jaa akum.." mesti dia kenal dengan ayat ni.
























Lepas habis semua tu sambung dengan 3 Qul.. Pengertian korang boleh cari sendiri kan, clue dah bagi kat atas tue.

Kalau nak versi MP3 pun ada dan aku pun dah break file satu satu tapi tak tau camana nak up kat sini. So sesiapa berminat boleh minta.

Semoga apa yang aku share kat sini dapat memberi manfaat buat korang, Insyaallah..

Wassalam~




Monday, 8 October 2012

Mula mengorak langkah...



بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Tarikh 07.10.2012 adalah merupakan hari bersejarah buatku. Hari yang mungkin akan dilupai suatu hari nanti namun ianya adalah titik permulaan di dalam hidup ku.

Di tarikh inilah aku telah memulakan kehidupan aku sebagai seorang perawat mengikut Syariat Islam seperti mana yang telah diajarkan kepadaku oleh ketiga-tiga guru ku. (jika diizinkan, aku akan perkenalkan kepada semua siapa mereka, insyaallah..)

Dalam rawatan pertama ini aku telah merawat saudara dekat ku sendiri (sedarah sedaging) yang mana telah lama meminta aku supaya merawatnya. Hehehe.. dulu aku belajar pun sebab dia lah juga. Mana tak nya, kesian tengok beliau ke sana ke sini untuk mendapat rawatan. Duit pun dah banyak habis. Tapi.. haaaa.... (tapi lah pulokk..) ye lah bila dah belajar tu baru lah sedar yang ilmu Allah tu luas... dan rasa diri ini amat kerdil... dan selalu berasa ilmu belum sebati dengan diri untuk berdepan dengan makhluk halus..

Di pendekkan cerita, jam 10.00pm aku bertolak ke rumah saudara dekat aku tu tanpa menalipon beliau terlebih dahulu. Bila dah sampai di petronas Perana baru aku call dan nyatakan hajat aku. Beliau kata ok. Sesampainya di rumah beliau, aku memulakan operasi scanning anak saudara aku.. tak dapat apa - apa. Hati goyang jugak sikit tapi aku kuatkan semangat dan berserah kepada Allah S.W.T dan berdoa kepadaNya.

Kini turn beliau pulak. Selepas minum air ruqyah dan duduk dalam posisi rawatan aku mulakan dengan Kunci Amalan dan terus dengan Zikir Inti Nur Kalimah 1 set. Selepas seketika ada nampak 'goyang-goyang'  sikit tapi aku teruskan bacaan ZINK sampai habis, baru aku bagi salam..

Assalamualaikum..
(tak de jawapan..)

Aku dah lah letih baca ZINK tak habis lagi jin tu nak buat lorat pulak. Aku pun dah malas nak pikir aku pun sedut energy Pedang Nurunniyah.. bila dah terasa pedang di tangan aku tanya sekali lagi. Panas gak hati aku bila dia buat dekk aja apa lagi aku pun zasss leher dia. Terkulai sekejap.. tup tup kepala saudara aku tegak balik, rupa-rupanya ada jin lain yang ganti...masuk pulak satu lagi........ haduhh...

Jin yang kedua ni sopan sikit dan jin islam. Bila tanya jantina lelaki ke perempuan dia kata dua-dua pun boleh lah. Oooo....teringat kata Ust. Majid yang kata jin banyak yang pondan dan khunsa. Dia beritahu yang dia dah lupa jalan balik sebab dah 15 tahun duduk dalam tubuh itu dan usia pun dah 3000 tahun lebih. Dia bagitau dah ramai perawat cuba keluarkan dia tapi tak dapat sambil kata "kalau kau boleh kau keluarkan lah aku..." Adusss terasa macam kena 'pantun' lak dengan jin ni. Lagi satu dia kata kat dalam tubuh tu ada berlapis-lapis jin lagi tapi bila suruh kira dia kata banyak...(mungkin yang ni tak pandai mengira kot fikir ku, tak pun memang terlalu banyak...) Aku bacakan ayat pembuka kunci "Fath" dan potong semua belenggu pada jin tersebut.. Jin tersebut setuju untuk di hantar ke Mekah dan aku pun hantar dia ke Mekah dengan teknik serban.. gedebuk.. tubuh saudara aku jatuh terlentang ke belakang bila jin tersebut dah keluar semasa tubuh dalam keaadaan duduk..Alamak!! apasal la aku tak letak bantal kat belakang beliau...tak pe lah, dapat juga aku satu pelajaran..

Jin yang ketiga pulak masuk.. jin kafir .. offer masuk islam dia tak mahu. Katanya orang Islam pun jahat!!.. terkedu aku.. mungkin dia refer kepada si tukang sihir yang hantar dia kot, kata aku dalam hati.. Dia nak keluar dan nak balik semula ke 'Pokok"nya.. aku hantarkan dengan izin Allah..

Jin yang ke-4 pulak masuk. Dia suka dengar aku baca Al-Quran..sedapp.. katanya.. (aku pun ter'kembang'la sekejap), tapi aku cepat-cepat betulkan hati aku balik sebab mungkin jin ni nak mainkan aku je dan aku tau suara aku memang tak sedap pun... Dia ni jin perempuan dan nak masuk islam, jadi aku islamkan lah jin ini (Jin pertama yang ku Islamkan, Alhamdulillah). Ku berikan nama Siti Fatimah dan dia request nak ke Madinah. Maka aku pun perkenankan permintaannya dengan izin Allah...aku jugak doa semoga Allah menyediakan ustaz dari kalangan jin untuk mengajarkan islam kepada Siti Fatimah..

Jin yang ke-5 pulak mai.... dalam hati aku dah kata ''sudahhhh...... bila nak habis?!".. jin yang ni pun co-operate dengan baik (baik cara jin la ..) Dia tak mau masuk islam dan nak kembali ke "Pokok" nya jugak di Borneo.. nak makan ikan-ikan kegemaran katanya. Baru aku nak tarik dia dengan serban tetiba aku diilhamkan untuk tarik secara borong..(dah belajar kenapa tak guna ye tak?!!) lalu aku 'sound' semua jin dalam tubuh tu untuk keluar sekali gus. Aku tadah tangan mohon pada Allah supaya di perkenankan permintaan aku dan tarik semua sekaligus... Alhamdulillah.. keaadaan sunyi seketika dan saudara aku pun terjaga semula. Selepas beliau mengucap dua kalimah syahadah aku minumkan beliau dengan air ruqyah.

Sebelum balik (jam pun dah menunjukkan 11.40pm) aku bacakan sekali ZINK ke air (amik air paip je pun sebab yang lain tak de) untuk dibuat mandian dan minta beliau amalkan amalan men'cekik' sihir di dalam tidur. Lepas semua settle aku pun balik ah. Tapi dalam keta perut pulak lapar.. dah terbayang kat rumah cuma ada air sejuk je jadi aku pun berhentilah kat mini market sebelah Oski pdg matsirat untuk beli roti. Makan roti je lah kau malam ini hai perut... kataku...

Inilah pengalaman pertama aku dalam bidang ni.. nak kata aku nak serius..tak tau lagi. Nak kata nak low profile..nanti pengalaman kurang..hmmm... biarlah Allah yang tentukan. Semoga aku diberi perlindungan dariNya dalam meneruskan aktiviti seharian..

Innallaha a'la kulli syai'in qodiir..
wassalam..