Wednesday 10 July 2013

KEJADIAN DI TEMPAT KERJA

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Baru-baru ni ditempat kerja ada diadakan jamuan perpisahan bagi seorang supervisor yang akan bersara. Jamuan akan diadakan seawal 9.30pagi. Dalam masa bersiap-siap tu salah seorang staff datang bagitau katanya seorang staff iaitu M sedang menangis dalam bilik locker wanita.

Aku pun mengikut staff yang memberitahu tersebut. Apabila sampai aku Nampak M sedang menangis sambil memeluk salah seorang staff dengan mengatakan yang dia sangat takut. Memandangkan locker wanita tersebut bersambung dengan tandas maka aku minta mereka yang ada di situ supaya membawa M ke dalam Surau. Baru lah boleh nak ruqyah ke apa.. dalam toilet mana boleh kan..

Bila dah masuk Surau aku minta seorang staff perempuan lain supaya menemani M dan aku. Yang lain aku suruh keluar, tinggal sorang lagi aku minta bantu aku iaitu R yang kerja di Human Resource. Dia ni pun ada pengetahuan jugak bab-bab ni jadi boleh jugak dia bantu-bantu aku..

Sedang aku berkira-kira apa nak buat aku terdengar seorang lagi staff aku dah mula nak dirasuk .. wah! Ini sudah set combo ni..

Dengan jin di badan M aku suruh dia bertenang, dan aku minta dia keluar secara sukarela melalui kaki kiri. Aku tarik dari badan dengan doa penunduk tolak ke kaki dan tarik keluar.. M kemudian menjerit kata ada sesuatu yang menggigit dikakinya. Aku suruh jin tu lepaskan kaki sambil bagi peluang untuk dia keluar dalam kiraan lima.. 1, 2, 3, 4,….. aku makrifatkan ditangan aku ada pedang samurai dan…zassss… terdengar jeritan keluar dari mulut M..

Dalam pada tu salah seorang supervisor lelaki datang kepada aku sambil mengisyaratkan supaya aku ke ofis.. majlis perpisahan dah nak mula kot, nak kena baca doa ni, kataku dalam hati.. aku isyaratkan OK. Sat lagi aku sampai.. aku terus tarik jin yang ada dalam badam M dan M pun semakin reda dan dah mula sedar. M dah boleh mengucap dan kuminta dia berzikir dalam hati dan beristighfar. Aku bagi tau R aku nak keluar dari Surau sekejap.. ok katanya.. steady lah R.

Aku tinggalkan mereka disurau, dalam perjalanan aku ke ofis aku diberitahu staff seorang lagi iaitu L dah kerasukkan. Aku pun baca selawat tafrijiyyah, niatkan semoga diri aku menjadi besar, garang, serta suara seperti guruh.. lalu aku duduk depan L. Terus L meminta aku supaya pergi… “ustaz saya tak mau.. ustaz saya tak mau..” katanya berkali-kali. Aku katakan kepadanya, “kalau tak mahu aku aku pun tak mahu kat hang.. la ni orang lain pun tak mau hang.. hang nampak tak pintu tu.”. kataku sambil menunjukkan pintu laundry yang terbuka luas.. Aku suruh dia keluar dengan cara baik. Jin dalam badan L tidak keluar tetapi sebaliknya terus menyebut nama paksu iaitu waris nya.. since paksu L ni dah sampai maka aku minta supaya mereka membawanya balik.

Aku kemudiannya meninggalkan tempat tersebut menuju ke ofis. Sampai je aku, kakak kat linen tu terus minta aku tengok seorang lagi.. aku mohon petunjuk dari Allah dan aku lihat wajah staff tersebut iaitu W. Dalam pertembungan mata kami, hatiku mengatakan yang dia ni okay ni, boleh bawak bincang. Jadi aku pun katakan kat dia supaya duduk diam-diam kat situ. Kami ada majlis yang nak dilangsungkan dan W pun tersenyum. Aku berpindah duduk kebelakang nya dan membacakan selawat tafrijiyyahh dan doa arkik supaya jin dalam badan W ni akan bertenang dan tidur.. W kelihatan menarik keluar dari jari-jari kakinya. Sesungguhnya W memang steady dan jin dalam badannya tak kepochi nak buat huru-hara… Alhamdulillah, syukur kupanjatkan kepada Allah s.w.t.

Aku pun memulakan majlis perpisahan dengan bacaan doa selamat. Walaupun keaadaan sedikit kelam-kabut. Staff yang sedang berkumpul kulihat sedikit khuatir akan apa yang bakal berlaku. Aku buat-buat selamba sambil membaca doa sambil tu aku kerling tengok jugak jika W ada buat apa-apa pergerakkan yang mencurigakan, namun W memang steady.. habis doa, ucapan dan diikuti sessi makan.. dalam masa makan inilah staff yang menemani M tadi panggil aku sebab dalam Surau dah kecoh. Aku tertanya jugak apa ke he.. nyer yeop…!! Aku pun berlari kearah Surau.

Sampai je aku tengok si L pun dah ada dalam Surau dan si M sedang dok berteriak. Laaaa!!! Macam mana pulak si L ni boleh ada kat sini? Tanya ku kepada orang yang memanggilku. Dia datang sendiri bos, katanya. Kelihatan M sedang mendongoi-dongoi memarahi si L dengan menuduh L sebagai setan besar. Jin dalam badan M juga mengatakan yang jin dalam badan L dah banyak buat kekecohan dalam alam jin mereka di tempat kerja. Sementara si L pulak asyik nak bersentuhan dengan M samaada tangan  atau kaki, yang mana M asyik menepis, dan melarikan diri dari L sambil menendang-nendang.

Aku syorkan kepada semua yang ada disitu supaya memisahkan mereka berdua. Tak boleh duduk setempat. Aku mengarahkan hadirin disitu supaya mengangkat si M yang sedang meracau pergi ke laundry. Sewaktu diangkat, M bertindak agresif yang mana dia telah menumbuk dan menendang orang yang memegangnya. Walaubagaimanapun, M dapat dipindahkan secara kekerasan. Sebelum meninggalkan L, aku suruh supaya orang tidak meninggalkan dia keseorangan disitu.

Aku mengikuti M ke laundry. Sampai nya di sana aku lihat ramai pulak orang yang jadi penonton. Maka dengan hormatnya aku minta supaya sesiapa yang tidak berkenaan disitu supaya meninggalkan tempat tersebut dan yang mana mahu tunggu disitu supaya memantapkan zikir dalam diri. Baca lah apa-pun dalam hati korang asalkan jangan korang yang kerasukkan sat lagi …sudah..

M terus-terusan mengongoi dan meracau sambil memarahi aku kerana tak Nampak setan besar didalam Surau itu tadi. Aku jawab balik dgn jin M, “ala apa nak kecoh sangat… kalau kau nak gaduh ke apa ke dengan setan besar tu, pergi lah gaduh dalam alam engkau.. yang nak buat kecoh dalam alam manusia ni buat apa?”.. kataku memarahinya.. Jin dalam badan M senyap.. aku mendapat ilham supaya ditidurkan sahaja jin tersebut. Lalu aku bacakan selawat tafrijiyyah lalu perintahkan jin dalam M supaya tidur… script yang kukatakan padanya lebih kurang begini..”Tidur…tidur…tidur… dengan izin Allah swt. seluruh tubuh menjadi lemah dan mata jadi mengantuk yang teramat sangat…tidur…tidur… tidur…. Tidur untuk tempoh yang panjang. Keluar ketika pesakit kebilik air… tidur… tidur… tidur….Tidurlah sehingga hari kiamat, atau sepanjang mana ketentuan Allah….” M kelihatan tersengguk-sengguk dan melapikkan tangan ke kepalanya seolah-olah hendak tidur. Dan sememangnya M kemudiannya tidur… aku selimutkan M dan minta supaya hadirin yang ada disitu supaya tidak mengganggunya.. namun tak lama, akhirnya M tergegas berjaga dan kelihatan kebingungan. Ternyata jin di dalam badannya sudah tertidur... M bingung kerana tadi berada dalam Surau manakala sekarang di laundry..”macamana saya ada kat sini bos?, bukan saya duduk di Surau tadi..?” Tanya M. Tiada jawapan dari kami manakala aku menyuruhnya supaya berehat.

Aku jengah semula ke Surau dan mendapati yang L sudah tiada disitu. Aku diberitahu yang L sudah dibawa keluar dari hotel. Alhamdulillah.. selamat …

Apa yang dapat ku ketahui hari ini ialah jin yang ada dalam kawasan tempat kerja ku ini sedang mencuba-cuba supaya ada orang yang akan “memberinya makan” seperti darah kambing, kerbau dsb.
Manakala jin yang satu lagi tu terlalu rajin sangat nak menunjukkan kebolehan nya untuk mengubat… hai..macam-macam lah perangai jin.. tak panggil suruh mengubatkan pun boleh datang.

Apa yang berlaku pada hari tersebut merupakan pengalaman asing bagi ku. Tak pernah lagi aku menghadapi situasi seperti ini dan dalam keaadaan serentak. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan aku satu pengalaman yang berharga dan keaadaan pun terkawal.

Kesemua staf yang kerasukkan pada hari tersebut sememangnya tidak aku rawat. Apa yang aku lakukan ialah menghentikan gangguan dengan menarik jin, berdiplomasi dan menidurkan jin sahaja. Kalau nak rawat ke…hmm…teruk lah aku sorang-sorang kena lawan 3..


Hasbunallahu wani’mal wakill..











No comments:

Post a Comment