Friday, 11 October 2013

BERLAWAN DENGAN JIN 2..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sampai je aku kat bilik kerja tu, aku tengok dah ada ramai yang duduk berdiri terjengok-jengok ke dalam untuk melihat apa yang staff seorang lagi tu yang tengah dalam keadaan terasuk.

Aku bagi salam dan masuk, terus aku marah jin tu sebab pandai-pandai bikin ribut kat tempat kerja. Aku baca ayat** dan jadikan jin tersebut kecil dan lemah sehinggakan tak boleh nak buat apa. Jin tu pun menangis. Aku suruh dia keluar balik cari ketiak mak dia..hehehe. jin degil lagi.

Aku yang memang sentiasa dalam mood yang cool* pun ambil kesempatan untuk dakwah jin ni masuk islam. Aku tayangkan padanya azab siksaan neraka dan kenikmatan syurga silih berganti dengan izin Allah.

Aku tanyakan juga jantina dan status kahwinnya. Aku dapat tahu yang jin ni jantan lalu aku offer dia untuk dikahwinkan dengan jin yang cantik. Terus dia bagitau yang dia dah ada bini!! dok kat sebelah dia lak tu... hehehe.. terfikir jugak aku - takut bini ke jin ni, hehehe..

Aku soal selidik dapatlah tahu yang mereka ni belum ada anak. Lalu aku offer untuk mengislamkan mereka. Mulanya tak mahu namun akhirnya apabila aku suruh dia tanya bininya, akhirnya mereka mahu memeluk islam. Alhamdulillah..dapat ku islamkan dengan izin Allah.

Setelah diislamkan, aku suruh jin ni periksa samada ada barang sihir pada tubuh pesakit. Mulanya jin kata tak ada tapi aku suruh jugak dia cari satu persatu bermula dari kaki, naik ke lutut..hingga ke kepala. Sampai kat dada ada sesuatu dan aku suruh dia tarik dan letakkan ke tangan aku. Jin pun dengan susah payah dia tarik dan letak kat tangan aku. Dengan ayat penggerak aku tarik buang barang sihir kat tapak tangan kiri ku ke gunung kaf. Kemudian aku suruh dia check belakang pesakit sebab sebelum tu dok bising kata sakit belakang (sewaktu mula-mula kerasukkan).

Jin tu pun tarik namun dia kelihatan dalam kesusahan dan tak berdaya, tambah lagi tangannya tersilang kebelakang. Ni kena kunci dengan jin lain lah ni getus ku dalam hati. Ku tanyakan padanya samada tanggapan ku itu betul. Dia kata ada jin besar yang ikat dia dan dia tak mampu melepaskan diri. Menyedari keaadaan jin itu kelam kabut, aku pun buat beberapa jurus menjauhkan jin yang mengganggu dan caj sedikit tenaga kepada jin tadi untuk teruskan menarik barang sihir yang ada dibelakang pesakit. Alhamdulillah, berjaya.

Time tu jugaklah boss aku datang menjenguk, terus jin dalam badan pesakit ni panggil duduk depan dia. Aku tak kisah sebab jin ni nak mengubat pulak. Aku berikan kebenaran dan suruh dia tarik sendiri apa yang ada kat belakang kepala boss aku. Jin ni pun tarik lah dengan kederat dia dan kelihatannya sungguh susah. Kemudian aku tanya dia kat mana yang nak kena tarik, dia tunjuk.. ada dua tiga tempat yang ditunjuk, terus aku tarik dan niat hantar ke gunung kaf jugak. Selesai, aku tanya balik kat jin tu ada lagi tak? dia kata dah settle.. aku suruh boss aku bangun.

Aku beritahu kat jin tu supaya beri kerja-sama sebab aku nak tarik mereka keluar dengan kaedah borong. Jin bersetuju untuk ku hantarkan ke Madinah. Aku memohon kepada Allah swt supaya menghantarkannya ke tempat yang sesuai dan disediakan guru yang mursyid agar jin suami isteri ini boleh mendalami islam. Ku tarik dan dengan izin Allah, semua selesai..


Hasbunallahu wanikmal wakiil...




Sunday, 6 October 2013

BERLAWAN DENGAN JIN 1

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Agak sibuk kebelakangan ini dengan tugasan CAPEX dan sebagainya jadi kurang sikit lah nak update kisah-kisah rawatan. Walaubagaimanapun hari ni terdetik nak tulis juga walaupun sikit..heheh

Awal pagi tanggal 1 Oktober 2013 baru aku sedar yang lesen aku dah tamat tempoh. Terus message kat boss aku untuk masuk lambat sikit kerja hari ni untuk renewal. Syok jugak bila buat lesen kali ni sebab dapat lesen design baru, gambar sama dengan kad pengenalan. At least ada juga pembaharuan yang dibuat untuk pengguna. Dah selesai semua aku pun singgah kedai mamak untuk sarapan dulu sebelum masuk kerja.

Sampai di ofis, salah seorang clerk beritahu aku ada satu staff nak jumpa sebab ada masalah. Aku pun mula membayangkan apa bakal berlaku sebab sebelum ni staff ni dah ada masalah, tapi aku kasi ubat tidur je kat jin tu..hehehe.

Aku singgah dulu kat satu store yang mana staff kami sedang buat gotong-royong susun semula perkakasan. Dalam pada tu aku baca dulu ayat penggerak dan selawat tafrijiyyah. Mohon Allah beri alamat yang baik dan transform siap-siap. Nak jadi cerita, semua nya berjalan lancar lalu aku pun melangkah dengan yakin sambil baca "fasayakfi ka humullah..."

Jumpa je staff tu dia pun rancak terus cerita. Kisahnya malam tadi dia ada sembang skype dengan boyfriend dia di Pakistan dan dalam sembang tu boyfriend dia tanya ada siapa kat belakang dia sebab boyfriend dia nampak seorang lelaki.... jeng jejeng.. dan dia tak senang hati sampai ke saat tersebut dan sakit badan.

Aku suruh dia duduk lunjur kaki sambil berzikir dalam hati "Allah" dan buat satu set pernafasan dengan niat nak tarik tang mana yang sakit, belum buat apa-apa lagi dia dah mengerang sakit. Aku pun pasung dan terus tarik belakang lehernya. Staff tadi terus menggelupur.. Terus aku tindih jin yang meronta-ronta ni dengan 'gunung' dan ikat dengan Yasiin ... ah, aku rugi satu staff untuk buat kerja hari ni nampaknya sebab lepas rawatan staff ni dah tentu tak larat..

Aku capai walkie-talkie dan panggil seorang supervisor lelaki untuk tolong jadi saksi aku. Ye lah, staff tu perempuan dan aku ni lelaki nanti jadi fitnah apa-apa pulak. Tak lama kemudian  supervisor tu pun sampai. Aku minta dia carikan selimut untuk tutup tubuh staff aku yang dah terbaring tu.

Aku suruh jin tu keluar lalu dia menjerit-jerit suruh aku pergi.."pergi!! aku tak kacau kau dan kau orang kacau aku... pergi!!.." kata jin yang didalam tubuh tu. Dari perbualan dengan jin tu aku dapat kenal pasti yang dia memang jin yang tinggal di kawasan hotel ni. Aku malas nak berkasar jadi aku offer dia untuk pindah ke kawasan yang baru. Aku baca doa dan mohon Allah swt untuk tunjukkan tempat baru kepada jin tersebut. Namu jin ini bantah. Dia nak duduk kat rumah dia jugak. Kemudian aku tanya jantina nya dan dari pengakuan jin ini dia kata dia lelaki / jantan. Maka aku mohon Allah swt untuk bawakan jin yang cantik-cantik dari Gunung Raya supaya jin ni dapat pasangan hidup, malah aku bawakan dengan izin Allah jin yang cantik dari kawasan luar dari Langkawi. Walaubagaimanapun jin ni tak mahu langsung dengan jin perempuan yang dibawakan. Tolak tuah jin ni!! dengus aku dalam hati.

Aku tukar strategi jadi bengis sikit, lagi pun awal-awal aku dah transform jadi lebih bengis dari jin tu.. Aku beri amaran kepadanya supaya keluar dari tubuh staff aku tu dan buat beberapa tetakan. Kemudian aku percikkan dengan air ruqyah yang aku bawa. Jelas jin kesakitan dan baru nak berlembut. Aku dakwah untuk masuk islam namun jin ni tak mahu. Namun dia cuba nak berdolak-dalik. Ada dia kata dia akan keluar tapi dia suka dengan staff ni. Mana boleh!! kau dunia halus dan staff ni dunia kasar memang tak boleh kataku. Terus aku compress dan tarik secara borong semua jin dalam tubuh staff ini. Tak lama kemudian staff aku tersedar.

Baru je selesai supervisor yang ikut aku tadi bagitau yang ada sorang lagi kerasukkan di pejabat. Punggah!! aku tak terburu-buru pergi. Sembang sekejap dengan staff ini dan minta dia rehat dan mandi dulu dengan air ruqyah sebab badan nya sakit-sakit. Aku minta dia agar perbanyakkan berzikir..












Friday, 13 September 2013

Kesal 1..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berikutan kisah yang lepas, si suami telah menalifon ku dan menetapkan hari untuk rawatan. Aku pergi bersama dengan anak bujang ku. Biasalah, kalau dia ada dirumah hujung minggu dan ada pula rawatan memang aku selalu bawa dia bersama.

Sesampai dirumah kami dijamu dengan air, agak lain sedikit aku rasa sebab selalunya dijamu selepas habis rawatan. Tak apa lah, rezeki. hehehe...

Sebelum rawatan dimulakan aku dapat tahu yang si isteri selalu bermimpi ular yang besar. Aku minta dia fahami yang rawatan ini kita berharap terus dengan Allah taala. Si pesakit dan suami setuju dan faham. 

Aku mulakan dengan scan tangan dan zikir nafas. Nampak tangan kirinya turun dengan laju dan kemudiannya diikuti dengan tangan kanan - saka. Aku tak berhenti disitu sebaliknya meneruskan zikir nafas dan menghantar gelombang ke tubuh pesakit. Kurang lebih 2-3 minit si pesakit jatuh terbaring kebelakang, sebelum itu aku minta suaminya ambil bantal namun sewaktu si suami dalam perjalan sipesakit dah rebah dan disambut dari belakan oleh anak ku.

Ku lihat tubuh pesakit bergetar-getar seperti terkena elektrik. Sekejap-sekejap bergetar sehingga seluruh badan dan getaran tersebut hilang, kemudian getaran tersebut datang balik. Aku tanyakan si suami adakah biasa isterinya jadi begini. Si suami mengatakan inilah pertama kali berlaku pada isterinya dan pengalaman pertamanya. Aku mengajak makhluk di dalam badan untuk berdialog namun makhluk itu sombong dan mendiamkan diri. Aku mendapat ilham untuk membacakan ZINK diikuti dengan teknik toreh tapak kaki. Akhirnya jin mengalah dan mula beristighfar sewaktu ditoreh.. ohhh!! jin islam rupanya..

Aku suruh jin tersebut keluar, dia keberatan dengan mengatakan yang dia sayangkan si pesakit dan ingin menjaganya. Jin itu juga mengatakan bahawa si pesakit tersebut dalam kesusahan. Aku suruh juga dia tinggalkan pesakit dan jin telah meninggalkan pesanan kepada si suami supaya menjaga isterinya bersungguh-sungguh dan tidak membiarkan isterinya kesunyian. Jin tersebut keluar dengan berat hati menuju ke Madinah.

Pesakit terjaga dan mengatakan badannya terasa 'besar'. Aku dakyahkan mereka supaya tidak meninggalkan suruhan Allah - tiang agama dan membentengi diri dengan zikrullah. Di saat ini si pesakit asyik mahu menceritakan yang dia ada mendapat ayat-ayat dari mimpi yang mana tak berapa ingat ayat selanjutnya. Aku mukadimmah kepada mereka suami isteri supaya tidak mengambil dan mengamalkan apa-apa ayat yang diterima atau diijazahkan melalui mimpi kerana kita tidak tahu 'siapa' sebenarnya yang mengijazahkan ayat tersebut. Aku tegaskan bahawa yang kita bukan nabi yang dapat menerima wahyu dsb. Kalau dapat doa waima ayat kursi sekalipun janganlah kita beramal dengannya sebaliknya mintalah ijazah ayat kursi yang sama daripada mana-mana ustaz atau imam-imam kerana itu lebih baik dan kita tahu siapa guru kita. Aku mengijazahkan kepada pasangan suami isteri ini beberapa zikir yang boleh diamalkan..

Dalam mereka menyalin zikir-zikir yang ku berikan ini, si pesakit sekali lagi mahu menceritakan yang dia ada mendapat ayat melalui mimpi dan menegaskan yang ayat-ayat tersebut adalah ayat alquran. Aku ulangi apa yang aku sampaikan sebelumnya namun...

Si isteri dengan tiba-tiba mengatakan yang dia tidak suka padaku..."saya nak marahlah ustaz... saya marahkan ustaz,.... saya benci ustaz, saya tak suka lah semua ni!!... katanya sambil merenung kedalam mataku... aku agak terkejut dengan kata- kata si pesakit yang sebelum ini bersikap lemah lembut, kini telah berani mengatakan yang dia tidak suka aku dengan tegas! si suami yang terperanjat dengan perubahan isterinya telah menegur perbuatan isterinya.

Kau siapa..?! kata si isteri kepadanya. Ah sudah....kata ku. Aku dapat rasakan bukan si isteri lagi yang sedang bercakap tu tetapi dia telah dikuasai. Dan jin tersebut sememang nya marahkan aku kerana aku telah membongkar penipuannya yang memberikan ayat-ayat kepada si isteri dan marah kerana aku melarang mereka menerima apa-apa ayat dari mimpi. Lalu aku tanyakan kepada jin tentang apa yang dia suka. Katanya dia sukakan tempat-tempat kotor, hiburan-hiburan dan sebagainya... tahulah aku yang ini sebenarnya ini jin yang jahat. Aku suruh jin keluar secara baik tetapi dia tidak mahu. Menyedari yana aku sudah dapat mengenalpasti dirinya, jin lantas menceritakan yang di rumah datuk si pesakit juga ada terdapat banyak jin, jin silat dan sebagainya yang memakai pakaian hitam. Jin itu juga mengatakan yang sipesakit dalam kesusahan dan kesedihan seperti yang diceritakan oleh jin yang pertama tadi. Semakin ku suruh keluar semakin dia bermain-main. Aku tak mahu layan sangat sebab tahu yang jin ini sengaja nak menimbulkan porak peranda..

Memandangkan malam sudah lewat dan aku juga kena kerja keesokan paginya, aku lantas menggunakan kaedah menidurkan jin bagi menghentikan rawatan dan pesakit pun tertidur dan tersedar semula tidak lama kemudian.

Sewaktu meminta diri untuk pulang aku isyaratkan si suami agar mengikutku dan aku beri pesanan kepadanya supaya terus berusaha merawat isterinya dan boleh juga mencari perawat lain. Banyakkan bersabar kerana syaitan itu banyak tipu helahnya.. Aku pesankan kepada si suami agar sentiasa menunaikan solat dan memperbanyakkan zikrullah bagi mendekatkan diri dengan Allah dan membentengi diri dari gangguan syaitan..

Sewaktu dalam perjalanan pulang anakku memberitahu sewaktu rawatan ada terdapat banyak jin di dalam rumah duduk bersila mengelilingi kami seperti majlis kenduri...samada jin tersebut jin islam atau kafir.. wallahua'lam..

Hasbunallahu wani'mal wakiil....







Kesal..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dalam bulan syawal yang lepas ada aku dijemput kerumah kenalan yang ayahnya dah uzur. Malam tu telah dibacakan Yasin oleh penduduk kampung dan aku sampai pun selepas majlis tu selesai. Pada malam yang sama ada diadakan jamuan kenduri dirumah salah seorang staff aku jadi aku berada disanalah sebelum kerumah kenalan ku ini.

Sampai dirumah aku dijemput terus duduk disebelah pesakit. Aku tengok keadaan nya pun memang dah uzur sangat. Aku cuba panggil pakcik tu tapi dah tiada respon. Jadi aku doakan dengan doa pembuka apa sahaja yang terkunci, sekiranya ada apa-apa makhluk yang dirantai juga aku mohon rungkaikan ikatannya lalu aku tarik tenaga negatif yang ada pada tubuh pesakit, disamping berdoa kepada Allah swt supaya memberikan yang terbaik kepada si pesakit. Rawatan yang aku lakukan adalah lebih kurang 30 minit. Secara jujurnya aku katakan memang sukar untuk merawat orang-orang tua kerana tiada tindak balas dari pesakit dan pesakit tidak dapat berkomunikasi, dan ini adalah merupakan pengalaman ku yang pertama. Alhamdulillah, selepas aku balik kenalan ku tadi ada menalipon memberitahu yang ayahnya sudah boleh tidur dan kelihatan tenang. Aku bersyukur kerana dapat membantu serba sedikit mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh keluarga mereka.

Namun dalam cerita diatas, ada sesuatu yang lain yang hendak aku share yang mana aku telah terlepas cakap yang mana keadaan tersebut amat aku sesali. Sewaktu sedang merawat pesakit tua tersebut ada seorang perempuan yang duduk disisinya yang sentiasa menyuapkan air dan menjaga pesakit. Hati ku seolah-olah berkata ada sesuatu yang tak kena pada perempuan ini walaupun sewaktu merawat dia tidak menunjukkan sebarang tanda.. 

Apa yang aku sesali berikutan penerangan diatas ialah sewaktu menjamah makanan mulutku yang tak ada insuran ini dengan ringan bertanya siapakah dia. Tahulah aku dia merupakan cucu kepada si pesakit dan merupakan anak kepada anak pesakit yang paling tua. Aku telah menyatakan kepadanya apa yang aku rasa dihadapan semua ahli keluarga. Menyesal sungguh aku!! Tidak lama kemudian aku dihampiri oleh suami perempuan tersebut.

Si suami mengatakan yang agak terkejut (bukan marah) sebab mereka baru kahwin kurang lebih 6 bulan dan si isteri selalu sahaja sakit-sakit. Telah buat pemeriksaan di hospital tak jumpa apa-apa dan doktor telah membuat kesimpulan yang si isteri menghidapi migrain. Dan si suami setelah terdengar apa yang aku katakan sebelum itu minta aku tolong rawat isterinya. Aku katakan lain kali sahaja. Dalam hati aku masih menyesali perbuatan iaitu kelancangan mulut ku....

Ya Allah, kau jauhkan lah aku dari perbuatan yang telah berlaku seperti tersebut kerana aku tidak mahu orang mengatakan yang aku memandai-mandai... Ya Allah, ampunilah aku.. maafkan lah aku..

Aku berikan juga nombor phone aku kepada si suami yang mana akan berusaha mengatur hari yang sesuai untuk rawatan isterinya.. Insyaallah...

Dua hari kemudian aku mendapat sms dari seseorang yang memberitahuku yang si pesakit telah kembali kerahmatullah dengan mudah dan tenang.. Alfatihah buat Allahyarham, semoga roh nya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..

Hasbunallahu Wani'mal Wakiil..










Monday, 5 August 2013

Saka Di Bulan Ramadhan

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seminggu terakhir Ramadhan..

Dalam bulan puasa ni pun si Saka ni nak tunjuk ekk gak..

Dua hari lepas dalam jam 9.45am sorang staff dijumpai terbaring dalam keaadaan tak sedarkan diri di satu laluan jalan. Waktu tu dia baru nak masuk ke tempat kerja. Jadi staff ni pun dibawa balik ke back office. Aku pulak baru je nak interview satu candidate ni tetiba kena panggil. Jadi proses interview aku serah balik kat boss aku..heheh

Pegi tengok staff tu tengok macam lembik. Hati ku mengatakan yang setan ni nak main-main. Rakan perawatku yang juga kebetulan orang yang membawa staff ini balik ke back office menaiki buggy ku ajak merawat bersama. Aku panggil juga dua tiga orang staff perempuan untuk tolong tutup apa yang patut kat staff tu sambil tolong pegang.

Aku ambil bahagian kaki. Aku mulakan zikir amalan dan pernafasan. Kawan aku pulak lagi hebat, amalan pernafasan siap dengan tikam-tikam lagi. Dia pandai main sendi yang mana aku memang tak reti, jadi aku follow dia punya lead. Sewaktu kawan aku dok 'acah' Saka dalam badan, aku lepaskan jurus nafas... dan aku lihat staff tadi mengeliat, aku suruh yang lain supaya bersedia " jaga-jaga! dia nak luncoq dah tu.." habis je ayat tu keluar dari mulut aku memang staff aku yang dah masuk jin ni menggelupur nak melompat.. hehehe.. mesti setan dalam badan tu kesakitan.. Saka dalam tubuh tu cuba nak tendang arah aku, seb baik aku dah ambil kira jarak dan panjang kaki dia so tendangan nya tak kena. Aku tunggu kedudukan yang baik dan kemudian aku masuk dan kunci kakinya..ala, kunci kampung kampung gitu je..

Kawan aku tikam lagi beberapa kawasan sendi yang mana memang jelas tindakbalas Saka tu, sekejap lari ke pinggang, sekejap lari ke leher.. sekejap lari kebahu.. aku kemudian nya ubah kedudukan aku dari kaki ke bahagian kepala setelah aku dapatkan dua orang abang yang gagah-gagah untuk pegang kaki staff aku ni.

Aku buat lagi beberapa jurus nafas dibahagian kepala akhirnya setan tukar bahasa pulak, dia cakap siam.. kantoi lah aku macamni. aku tak peduli aku bacakan beberapa potongan ayat alQuran dan terus-terusan berzikir sementara kawan aku lakukan beberapa tikaman lagi.

Staff kemudiannya berlagak reda, boleh mengucap syahadah dan membaca taawuz, Auzubillahi minasy syaitonnir rojim..Aku suruh dia berzikir dan hati ku tergerak nak cop didahinya dengan kalimah, jadi aku pun cuba buat. Belum sempat aku habiskan kalimah didahinya Saka tu mendengus balik.... so kantoi lah penipuan si saka ni. 

Dalam pada itu aku terpandangkan seorang abang sekurity ni yang seakan-akan melakukan jurus keatas staff aku yang kerasukkan. Aku tertanya-tanya juga, samada abang ni memang tau apa yang dia buat atau sekadar nak memandai.. maafya tapi hati aku curiga..(kes abang ni kita sambung lain kali sebab aku nak kena siasat dulu)

Namun bila ditengokkan jam semula, dah agak lama dah staff aku ni kerasukkan. Dah hampir jam 11 - iaitu hampir satu jam. Lagipun ada banyak lagi kerja yang kami semua nak kena buat. So aku berhajat nak hentikan serangan dan rawatan. Aku mulakan zikir dalam hati.. aku lihat kawan aku masih mahu menikam lalu aku hentikan nya. Aku bagitau yang dah agak lama kerasukkannya dan aku berhajat nak tidurkan jin dalam badan. Dia ok dan aku teruskan. Alhamdulillah, dengan izin Allah kaedah menidurkan jin ini dipermudahkan Allah. Saka dalam badan staff aku tu terus terlena...

Staff yang kerasukkan tu terjaga dari lenanya dalam 10 minit kemudian..

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~  

Keesokkan harinya, salah seorang staff perempuan yang membantu tu bagitau yang ditangannya terasa sakit dan ada rasa bergerak-gerak dibawah kulit. Semua ni gara-gara membantu. Aku tarik je gangguan ditangannya yang sakit tu dengan izin Allah. Dan Alhamdulillah, bila jumpa balik keesokkannya dia kata tangan dah okay. Syukur!!

Dalam rawatan sememangnya ada banyak lagi perkara yang perlu ku pelajari. Memang tepat sekali kata-kata rakan seperguruan yang lebih otai... katanya, jika kita tak merawat ilmu kita tak akan berkembang dan mungkin akan hilang. Tetapi sekiranya kita mula merawat, Insyaallah Allah akan memberikan kita ilmu pengetahuan yang baru..."

Hasbunallahu wani'mal wakiiil..





Monday, 29 July 2013

MENTERA UNTUK KESIHATAN KONON..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baru-baru ni pergi merawat seorang kenalan dirumahnya
suka lihat keadaan rumah yang tidak dipenuhi dengan perabut, nampak luas dan tenang
tidak berserabut. Dinding rumah juga dilengkapi dengan kalimah-kalimah suci, Allah dan Muhammad..

Pesakit terus kerasukan lalu menangis walaupun baru kunci amalan yang dibacakan
jin tersebut menangis mendayu-dayu lagaknya untuk menarik simpati..lame
Aku tanyakan nama, jantina, ada berapa jin dalam tubuh, berapa lama duduk di tubuh pesakit dan bahagian mana?
jin menjawab dengan isyarat tangan.. jin jantan, ada dua, sudah empat tahun, satu duduk dikemaluan dan satu lagi di bahagian dada..

Rakan perawatku tidak mahu berlengah lagi lalu mengenakan tekanan tangan dibahagian pinggang pesakit dan pesakit terus menggelupur sambil mengaduh sakit
pesakit beberapa kali bergerak disekitar rumah secara mengengsot ataupun merangkak.

Jin mengaku yang kehadirannya disebabkan pesakit membacakan mantera memanggilnya
kini pesakit dah lama tak membacakan mantera tersebut disebabkan 'handset' nya hilang. Ini kerana pesakit tidak menghafal mantera tersebut dan hanya save dalam handsetnya. Akibatnya, jin ini mula mengenakan penyakit keatas pesakit.

Kedua-dua jin dapat diislamkan dan dihantar ke Serambi Madinah.
Namun selepas kedua-duanya keluar, masih terdapat getaran pada tubuh pesakit terutama kaki kirinya
mungkin bekas sihirnya..

Setelah tamat rawatan pesakit memberitahu yang dia mengambil mantera tersebut kerana ingin mendapatkan kesihatan yang baik.. Nauzubillahi min zaalik..
Alhamdulillah kerana pesakit telah menyesali perbuatannya..
Jin dalam tubuh juga dapat dikeluarkan, yang mana perawat sebelum ini telah gagal.. Alhamdulillah, Allah telah membantu di malam Ramadhan yang Kareem ini.

Selepas rawatan kepada pesakit, adik dan ibunya pula meminta dirawat
dan kami rawat dengan kaedah rentap dan rugyah..
Semoga semua beroleh kesembuhan dari Allah..

Hasbunallahu wani'mal wakiiil..



APA ITU SAKA?

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


<<<Dari coretan sahabat perawat>>>

APA ITU SAKA?

Saka ialah sejenis jin yang mendampingi manusia akibat kontrak yang berlaku di antara nenek moyang(munusia) dengan jin untuk mendapatkan kecantikan atau perlindungan atau pertolongan atau kekuatan dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

Tanda-Tanda Orang Yang Mewarisi Saka:

1.Sering bermimpi menyusukan bayi(mendukung atau melihat juga petanda yang sama)

2.Sering mimpi rumah lama

3.Mimpi dikelilingi kanak-kanak

4.Mimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia

5.Boleh melihat makhluk halus

6.Boleh mengurut\bidan secara tradisional tanpa perlu belajar(salasilah keturunan ada yang pandai mengurut)

7.Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang

8.Sering ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur

9.Rumah tangga sering bermasalah(berbalah dalam perkara yang kecil\anak-anak terlalu degil)

10.Berdebar-debar tanpa sebab

11.Sakit-sakit pada sendi,pinggang dan buku lali

12.Pengsan bila menziarahi orang meninggal dunia

13.Mendakwa tahu sesuatu perkara yang belum terjadi

14.Sering Sakit(bila jumpa Doktor, Doktor kata anda tidak sakit apa-apa)Biasanya dalam kes begini kalau tidak kerana saka..bermakna anda telah disihir

15.Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi

16.Selalu bermimpi berada di awangan

17.Sering mimpi dikejar binatang atau dipatuk ular(kemungkinan juga disihir)

Saka Boleh Berpindah Dari Tuannya Kepada Orang Lain Dengan Cara:

1.Anak atau cucu yang rapat dengan Tuan saka

2.Menyimpan\memiliki barang-barang lama seperti keris dan cincin milik Tuan saka yang telah meninggal dunia

3.Menerima ilmu dari Tuan saka dengan dperturunkan jampi-jampi tertentu yang perlu diamalkan oleh si penerima ilmu..Bisanya untuk kekuatan atau kecantikan..Bila si penerima ilmu mula mengamalkan jampi-jampi tersebut maka saka telah pun berpindah Tuan sama ada dia tahu atau tidak tahu..suka atau tidak suka Saka telah pun mendampinginya..

Kesan Saka:

1.Mendapat Penyakit Fizikal

2.Menyebabkan terkena sakit mental

3.Menyebabkan pergaduhan suami isteri

4.Menyebabkan manusia tidak bekerja

5.Menyebabkan manusia melakukan aktiviti-aktiviti yang bercanggah
dengan Islam..

6.Mengganggu ketika sakaratul maut

7.Mengganggu anak-anak dan keturunan

8.Anak-anak jadi degil

9.Seorang yang baik\lembut\penyabar jadi panas baran

Jika Anda Telah Mewarisi Saka..Apa yang anda perlu lakukan?

-Anda perlu segera berjumpa dengan pengamal-pengamal perubatan Islam yang bertauliah

P\S:Jangan sesekali berjumpa Bomoh\Dukun\Pawang

-Dekatkan diri dengan Allah dengan melaksanakan ibadat-ibadat wajib dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat tahajjud,membaca al-Quran dan berzikir

-Amalkan doa-doa berikut selepas solat subuh dan maghrib(sebaiknya setiap waktu solat):-

1.Doa Nabi Yunus

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHOOLIMIIN.”
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau.Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”(surah al anbiya’ ayat 87)

Amalkan 5\7 kali selepas solat

2.Isti’azah

ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ

“A’uzubillahi minasy syaitonir rajiim”

Amalkan 100 kali selepas solat

3.al Mukminun ayat 115-118

-Sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda jangan berputus asa..Teruskan berusaha,berdoa dan bertawakal kepada Allah..

Hasbunallahu Wani'mal Wakiiiil..


Tuesday, 23 July 2013

Wahai Pesakit..


بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ramai yang bermasalah dan ramai yang nak minta bantuan
Tak mau minta dari Allah, tetapi mengharapkan kesembuhan dari perawat.. Nauzubillahi min zaalik..

Kerja-kerja merawat perawatan islam sebenarnya adalah salah satu cabang dakwah. 
Pesakit akan diminta supaya lebih mendekati Allah
Sekiranya pesakit itu dibukakan hatinya oleh Allah swt maka bertambahkuat lah keislaman seseorang itu

Sewaktu rawatan, perawat akan menegur ahli keluarga tentang suasana islamiah didalam rumah sebelum rawatan dimulakan..
keluarga akan ditegur supaya tidak mempamerkan sebarang gambar benda bernyawa di dalam rumah..
minta supaya ditutup kan TV..
ahli keluarga yang perempuan akan ditegur supaya menutup aurat kerana kami adalah  lelaki bukan mahram..
Ahli keluarga diminta supaya tidak merokok, berbual kosong dan bergelak ketawa.. tetapi akan diminta supaya memperkuat kan zikir didalam hati..
Maafkan kami andainya anda terasa hati, atau sekurang-kurangnya terganggu kerana itu adalah kebiasaan anda..
sesungguhnya kami menjalankan kerja dakwah kami.. fahamilah..

Paling penting ialah pesakit mengikut rukun Islam yang lima.. 
dan paling ramai yang saya jumpa ialah susah nak buat rukun yang ke-2.. 
mungkin merasakan diri mereka masih muda
atau kerana merasakan kehidupan sekarang agak sibuk..
nak tunggu bila dah tak sibuk nanti..
Jangan lah kamu berlengah sementara kamu masih punya kesempatan..

Wahai pesakit,
betulkan lah i'tiqad mu
kesembuhan bukan datang dari kepakaran dan kehandalan seseorang perawat
kesembuhan itu milik Allah, jadi mohonlah daripada Nya

dan janganlah kamu mendewa2kan kehebatan seseorang perawat..
maka akan jatuh syiriklah kamu nanti
sebaliknya bersaksilah kamu bahawa hanya Allah sahaja yang menyembuhkan.. 
perawat hanya berdoa..
Tiada yang lebih hebat selain Nya..

Masih  belum terlambat..
Dirikanlah sembahyang mu..
Perkuatkan lah zikir mu..
Berdoalah kamu.. sesungguhnya doa itu adalah senjata mukmin yang paling hebat..
Berserahlah kamu kepada Allah..

Hasbunallahu wani'mal wakill...





Wednesday, 10 July 2013

KEJADIAN DI TEMPAT KERJA

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Baru-baru ni ditempat kerja ada diadakan jamuan perpisahan bagi seorang supervisor yang akan bersara. Jamuan akan diadakan seawal 9.30pagi. Dalam masa bersiap-siap tu salah seorang staff datang bagitau katanya seorang staff iaitu M sedang menangis dalam bilik locker wanita.

Aku pun mengikut staff yang memberitahu tersebut. Apabila sampai aku Nampak M sedang menangis sambil memeluk salah seorang staff dengan mengatakan yang dia sangat takut. Memandangkan locker wanita tersebut bersambung dengan tandas maka aku minta mereka yang ada di situ supaya membawa M ke dalam Surau. Baru lah boleh nak ruqyah ke apa.. dalam toilet mana boleh kan..

Bila dah masuk Surau aku minta seorang staff perempuan lain supaya menemani M dan aku. Yang lain aku suruh keluar, tinggal sorang lagi aku minta bantu aku iaitu R yang kerja di Human Resource. Dia ni pun ada pengetahuan jugak bab-bab ni jadi boleh jugak dia bantu-bantu aku..

Sedang aku berkira-kira apa nak buat aku terdengar seorang lagi staff aku dah mula nak dirasuk .. wah! Ini sudah set combo ni..

Dengan jin di badan M aku suruh dia bertenang, dan aku minta dia keluar secara sukarela melalui kaki kiri. Aku tarik dari badan dengan doa penunduk tolak ke kaki dan tarik keluar.. M kemudian menjerit kata ada sesuatu yang menggigit dikakinya. Aku suruh jin tu lepaskan kaki sambil bagi peluang untuk dia keluar dalam kiraan lima.. 1, 2, 3, 4,….. aku makrifatkan ditangan aku ada pedang samurai dan…zassss… terdengar jeritan keluar dari mulut M..

Dalam pada tu salah seorang supervisor lelaki datang kepada aku sambil mengisyaratkan supaya aku ke ofis.. majlis perpisahan dah nak mula kot, nak kena baca doa ni, kataku dalam hati.. aku isyaratkan OK. Sat lagi aku sampai.. aku terus tarik jin yang ada dalam badam M dan M pun semakin reda dan dah mula sedar. M dah boleh mengucap dan kuminta dia berzikir dalam hati dan beristighfar. Aku bagi tau R aku nak keluar dari Surau sekejap.. ok katanya.. steady lah R.

Aku tinggalkan mereka disurau, dalam perjalanan aku ke ofis aku diberitahu staff seorang lagi iaitu L dah kerasukkan. Aku pun baca selawat tafrijiyyah, niatkan semoga diri aku menjadi besar, garang, serta suara seperti guruh.. lalu aku duduk depan L. Terus L meminta aku supaya pergi… “ustaz saya tak mau.. ustaz saya tak mau..” katanya berkali-kali. Aku katakan kepadanya, “kalau tak mahu aku aku pun tak mahu kat hang.. la ni orang lain pun tak mau hang.. hang nampak tak pintu tu.”. kataku sambil menunjukkan pintu laundry yang terbuka luas.. Aku suruh dia keluar dengan cara baik. Jin dalam badan L tidak keluar tetapi sebaliknya terus menyebut nama paksu iaitu waris nya.. since paksu L ni dah sampai maka aku minta supaya mereka membawanya balik.

Aku kemudiannya meninggalkan tempat tersebut menuju ke ofis. Sampai je aku, kakak kat linen tu terus minta aku tengok seorang lagi.. aku mohon petunjuk dari Allah dan aku lihat wajah staff tersebut iaitu W. Dalam pertembungan mata kami, hatiku mengatakan yang dia ni okay ni, boleh bawak bincang. Jadi aku pun katakan kat dia supaya duduk diam-diam kat situ. Kami ada majlis yang nak dilangsungkan dan W pun tersenyum. Aku berpindah duduk kebelakang nya dan membacakan selawat tafrijiyyahh dan doa arkik supaya jin dalam badan W ni akan bertenang dan tidur.. W kelihatan menarik keluar dari jari-jari kakinya. Sesungguhnya W memang steady dan jin dalam badannya tak kepochi nak buat huru-hara… Alhamdulillah, syukur kupanjatkan kepada Allah s.w.t.

Aku pun memulakan majlis perpisahan dengan bacaan doa selamat. Walaupun keaadaan sedikit kelam-kabut. Staff yang sedang berkumpul kulihat sedikit khuatir akan apa yang bakal berlaku. Aku buat-buat selamba sambil membaca doa sambil tu aku kerling tengok jugak jika W ada buat apa-apa pergerakkan yang mencurigakan, namun W memang steady.. habis doa, ucapan dan diikuti sessi makan.. dalam masa makan inilah staff yang menemani M tadi panggil aku sebab dalam Surau dah kecoh. Aku tertanya jugak apa ke he.. nyer yeop…!! Aku pun berlari kearah Surau.

Sampai je aku tengok si L pun dah ada dalam Surau dan si M sedang dok berteriak. Laaaa!!! Macam mana pulak si L ni boleh ada kat sini? Tanya ku kepada orang yang memanggilku. Dia datang sendiri bos, katanya. Kelihatan M sedang mendongoi-dongoi memarahi si L dengan menuduh L sebagai setan besar. Jin dalam badan M juga mengatakan yang jin dalam badan L dah banyak buat kekecohan dalam alam jin mereka di tempat kerja. Sementara si L pulak asyik nak bersentuhan dengan M samaada tangan  atau kaki, yang mana M asyik menepis, dan melarikan diri dari L sambil menendang-nendang.

Aku syorkan kepada semua yang ada disitu supaya memisahkan mereka berdua. Tak boleh duduk setempat. Aku mengarahkan hadirin disitu supaya mengangkat si M yang sedang meracau pergi ke laundry. Sewaktu diangkat, M bertindak agresif yang mana dia telah menumbuk dan menendang orang yang memegangnya. Walaubagaimanapun, M dapat dipindahkan secara kekerasan. Sebelum meninggalkan L, aku suruh supaya orang tidak meninggalkan dia keseorangan disitu.

Aku mengikuti M ke laundry. Sampai nya di sana aku lihat ramai pulak orang yang jadi penonton. Maka dengan hormatnya aku minta supaya sesiapa yang tidak berkenaan disitu supaya meninggalkan tempat tersebut dan yang mana mahu tunggu disitu supaya memantapkan zikir dalam diri. Baca lah apa-pun dalam hati korang asalkan jangan korang yang kerasukkan sat lagi …sudah..

M terus-terusan mengongoi dan meracau sambil memarahi aku kerana tak Nampak setan besar didalam Surau itu tadi. Aku jawab balik dgn jin M, “ala apa nak kecoh sangat… kalau kau nak gaduh ke apa ke dengan setan besar tu, pergi lah gaduh dalam alam engkau.. yang nak buat kecoh dalam alam manusia ni buat apa?”.. kataku memarahinya.. Jin dalam badan M senyap.. aku mendapat ilham supaya ditidurkan sahaja jin tersebut. Lalu aku bacakan selawat tafrijiyyah lalu perintahkan jin dalam M supaya tidur… script yang kukatakan padanya lebih kurang begini..”Tidur…tidur…tidur… dengan izin Allah swt. seluruh tubuh menjadi lemah dan mata jadi mengantuk yang teramat sangat…tidur…tidur… tidur…. Tidur untuk tempoh yang panjang. Keluar ketika pesakit kebilik air… tidur… tidur… tidur….Tidurlah sehingga hari kiamat, atau sepanjang mana ketentuan Allah….” M kelihatan tersengguk-sengguk dan melapikkan tangan ke kepalanya seolah-olah hendak tidur. Dan sememangnya M kemudiannya tidur… aku selimutkan M dan minta supaya hadirin yang ada disitu supaya tidak mengganggunya.. namun tak lama, akhirnya M tergegas berjaga dan kelihatan kebingungan. Ternyata jin di dalam badannya sudah tertidur... M bingung kerana tadi berada dalam Surau manakala sekarang di laundry..”macamana saya ada kat sini bos?, bukan saya duduk di Surau tadi..?” Tanya M. Tiada jawapan dari kami manakala aku menyuruhnya supaya berehat.

Aku jengah semula ke Surau dan mendapati yang L sudah tiada disitu. Aku diberitahu yang L sudah dibawa keluar dari hotel. Alhamdulillah.. selamat …

Apa yang dapat ku ketahui hari ini ialah jin yang ada dalam kawasan tempat kerja ku ini sedang mencuba-cuba supaya ada orang yang akan “memberinya makan” seperti darah kambing, kerbau dsb.
Manakala jin yang satu lagi tu terlalu rajin sangat nak menunjukkan kebolehan nya untuk mengubat… hai..macam-macam lah perangai jin.. tak panggil suruh mengubatkan pun boleh datang.

Apa yang berlaku pada hari tersebut merupakan pengalaman asing bagi ku. Tak pernah lagi aku menghadapi situasi seperti ini dan dalam keaadaan serentak. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan aku satu pengalaman yang berharga dan keaadaan pun terkawal.

Kesemua staf yang kerasukkan pada hari tersebut sememangnya tidak aku rawat. Apa yang aku lakukan ialah menghentikan gangguan dengan menarik jin, berdiplomasi dan menidurkan jin sahaja. Kalau nak rawat ke…hmm…teruk lah aku sorang-sorang kena lawan 3..


Hasbunallahu wani’mal wakill..











Tuesday, 18 June 2013

PUNCO2 EH JIN MENGGANGGU MANUSIO (NEGRI VERSION)

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


~~~~~Ini adalah sebuah nukilan lama untuk di share..~~~~~

Saturday, 14 August 2010

Salam,

Dah lamo den tak menulih ni.. tapi kan ari ni (bulan poso @ poso ke-4) dalam duduk2 sajo tu teringat pulak maso den amik ijazah dalam rawatan islam ari tu kisah real sorang budak pompuan ni kerasukan dan menontang ayat2 alquran yang dibacokan (ruqyah) kek dio. Rupo2 eh budak ni kono sihir agak lamo yo tapi tah macamano jin yang menyihir dio tu jatuh cinta pulak dongan dio dan terus tingga dalam badan dio. Susah yo sampai nak poie sekolah pun tak buleh asyik kono hysteria jo. Walaumacamanopun akhir eh jin dalam badan dio (jin kapir) dapek di islamkan oleh tok guru den dengan izin Allah swt dan akhir eh keluar dari badan budak pompuan tu. Alhamdulillah.. (den nampak muko omak eh bukan main suko laie doh)

Bukan apo yo, den bukan nak menunjuk atau nak memandai kek sini. Tapi ghamai diantaro kito yang kato bondo2 ni sumo eh mengarut. Mano ado bondo2 ni zaman jalur lebar ni yo tak// kalau maso den duduk kek kampong dulu den selalu donga ayat ni.. “kepalo ayah eh agak eh tak do antu setan jaman skarang.. laie banyak ado lah”

Ari ni den nak cito tontang punco2 jin dan syaitan mengganggu manusio (untuk makluman den bukan belajar ilmu itam yo, den belaja baco ayat2 alquran yang amek ditakuti oleh makhluk ini sajo beseroto doa2 mustajab..). Tapi jangan la tipon den suruh den mengubek pulak pasal den tak sampai laie kek situ. Harap maklum..

Ado banyak sobab mengapo manusio dikacau dek syaitan dan jin ini; antaro eh iolah;-

1. jin tu sendiri jatuh cinto dongan manusio. Samoado jin jantan jatuh cinto ngan manusio wanita atau jin betino mencintoi lelaki (sobab tu kalau nak poie mandi kek joram2 tu yang pompuan jgn la pakai pakaian yang teselak2.. kang jin jantan ni stim dan nak ikut kau balik.. susaa.. :p

2. Manusio menyakiti jin – contoh eh kau duduk rumah ateh, lopeh tu kau siram air paneh ke bawah.. memang tak do sapo, tapi kot la ado jin kek situ alamat eh merano la kau dibuek eh

3. Jin tu sengajo yo nak menyakiti manusio. (ikut suko bapak dio.. yo) tapi kes biaso yang tjadi iolah apabilo kito berado dalam situasi kek bawah nia • Ketiko dikuasoi perasaan marah • Ketiko telalu takut • Leko dan tak beribadah • Ketiko kito tongah lalai dr mengingat Allah

4. Mensyirik kan Allah

5. suko buek mcm2 maksiat

6. ado orang hantar sihir kek kau

7. lomah pogangan agamo, tawakkal dan tauhid

8. Ada lotak gamba anjing atau gamba yang ditogah syarak dalam rumah

9. Rumah yang ado lotak loceng… he he he ini mesti kowang suko nak mempersoalkan nyo.. nabi ponah bersabdo; “ Malaikat tidak akan bersamo dongan kumpulan yang ado pado eh anjing dan loceng” (Riwayat Muslim) sendiri mau ingat la

10. masuk tompek2 jin betondang dan tak ghoti nak baco doa pelindungan; seperti tandeh, tompek pembuangan sampan dll

11. kau bia kan bebudak memain kek laman rumah waktu maghrib

12. tak melaungkan azan kek telingo anak semaso budak tu lahir

Sabdo Nabi Muhammad saw “ takdo sorang pun dari anak2 adam (manusio) itu dilahirkan melainkan akan kono ganggu oleh syaitan ketiko lahir eh, sobab itulah io menjorit menagih2 kerano gangguan syaitan itu kecuali Maryam dan anak eh (Isa) sahajo”.. (riwayat Bukhari &amp; Muslim)