Friday 13 September 2013

Kesal 1..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berikutan kisah yang lepas, si suami telah menalifon ku dan menetapkan hari untuk rawatan. Aku pergi bersama dengan anak bujang ku. Biasalah, kalau dia ada dirumah hujung minggu dan ada pula rawatan memang aku selalu bawa dia bersama.

Sesampai dirumah kami dijamu dengan air, agak lain sedikit aku rasa sebab selalunya dijamu selepas habis rawatan. Tak apa lah, rezeki. hehehe...

Sebelum rawatan dimulakan aku dapat tahu yang si isteri selalu bermimpi ular yang besar. Aku minta dia fahami yang rawatan ini kita berharap terus dengan Allah taala. Si pesakit dan suami setuju dan faham. 

Aku mulakan dengan scan tangan dan zikir nafas. Nampak tangan kirinya turun dengan laju dan kemudiannya diikuti dengan tangan kanan - saka. Aku tak berhenti disitu sebaliknya meneruskan zikir nafas dan menghantar gelombang ke tubuh pesakit. Kurang lebih 2-3 minit si pesakit jatuh terbaring kebelakang, sebelum itu aku minta suaminya ambil bantal namun sewaktu si suami dalam perjalan sipesakit dah rebah dan disambut dari belakan oleh anak ku.

Ku lihat tubuh pesakit bergetar-getar seperti terkena elektrik. Sekejap-sekejap bergetar sehingga seluruh badan dan getaran tersebut hilang, kemudian getaran tersebut datang balik. Aku tanyakan si suami adakah biasa isterinya jadi begini. Si suami mengatakan inilah pertama kali berlaku pada isterinya dan pengalaman pertamanya. Aku mengajak makhluk di dalam badan untuk berdialog namun makhluk itu sombong dan mendiamkan diri. Aku mendapat ilham untuk membacakan ZINK diikuti dengan teknik toreh tapak kaki. Akhirnya jin mengalah dan mula beristighfar sewaktu ditoreh.. ohhh!! jin islam rupanya..

Aku suruh jin tersebut keluar, dia keberatan dengan mengatakan yang dia sayangkan si pesakit dan ingin menjaganya. Jin itu juga mengatakan bahawa si pesakit tersebut dalam kesusahan. Aku suruh juga dia tinggalkan pesakit dan jin telah meninggalkan pesanan kepada si suami supaya menjaga isterinya bersungguh-sungguh dan tidak membiarkan isterinya kesunyian. Jin tersebut keluar dengan berat hati menuju ke Madinah.

Pesakit terjaga dan mengatakan badannya terasa 'besar'. Aku dakyahkan mereka supaya tidak meninggalkan suruhan Allah - tiang agama dan membentengi diri dengan zikrullah. Di saat ini si pesakit asyik mahu menceritakan yang dia ada mendapat ayat-ayat dari mimpi yang mana tak berapa ingat ayat selanjutnya. Aku mukadimmah kepada mereka suami isteri supaya tidak mengambil dan mengamalkan apa-apa ayat yang diterima atau diijazahkan melalui mimpi kerana kita tidak tahu 'siapa' sebenarnya yang mengijazahkan ayat tersebut. Aku tegaskan bahawa yang kita bukan nabi yang dapat menerima wahyu dsb. Kalau dapat doa waima ayat kursi sekalipun janganlah kita beramal dengannya sebaliknya mintalah ijazah ayat kursi yang sama daripada mana-mana ustaz atau imam-imam kerana itu lebih baik dan kita tahu siapa guru kita. Aku mengijazahkan kepada pasangan suami isteri ini beberapa zikir yang boleh diamalkan..

Dalam mereka menyalin zikir-zikir yang ku berikan ini, si pesakit sekali lagi mahu menceritakan yang dia ada mendapat ayat melalui mimpi dan menegaskan yang ayat-ayat tersebut adalah ayat alquran. Aku ulangi apa yang aku sampaikan sebelumnya namun...

Si isteri dengan tiba-tiba mengatakan yang dia tidak suka padaku..."saya nak marahlah ustaz... saya marahkan ustaz,.... saya benci ustaz, saya tak suka lah semua ni!!... katanya sambil merenung kedalam mataku... aku agak terkejut dengan kata- kata si pesakit yang sebelum ini bersikap lemah lembut, kini telah berani mengatakan yang dia tidak suka aku dengan tegas! si suami yang terperanjat dengan perubahan isterinya telah menegur perbuatan isterinya.

Kau siapa..?! kata si isteri kepadanya. Ah sudah....kata ku. Aku dapat rasakan bukan si isteri lagi yang sedang bercakap tu tetapi dia telah dikuasai. Dan jin tersebut sememang nya marahkan aku kerana aku telah membongkar penipuannya yang memberikan ayat-ayat kepada si isteri dan marah kerana aku melarang mereka menerima apa-apa ayat dari mimpi. Lalu aku tanyakan kepada jin tentang apa yang dia suka. Katanya dia sukakan tempat-tempat kotor, hiburan-hiburan dan sebagainya... tahulah aku yang ini sebenarnya ini jin yang jahat. Aku suruh jin keluar secara baik tetapi dia tidak mahu. Menyedari yana aku sudah dapat mengenalpasti dirinya, jin lantas menceritakan yang di rumah datuk si pesakit juga ada terdapat banyak jin, jin silat dan sebagainya yang memakai pakaian hitam. Jin itu juga mengatakan yang sipesakit dalam kesusahan dan kesedihan seperti yang diceritakan oleh jin yang pertama tadi. Semakin ku suruh keluar semakin dia bermain-main. Aku tak mahu layan sangat sebab tahu yang jin ini sengaja nak menimbulkan porak peranda..

Memandangkan malam sudah lewat dan aku juga kena kerja keesokan paginya, aku lantas menggunakan kaedah menidurkan jin bagi menghentikan rawatan dan pesakit pun tertidur dan tersedar semula tidak lama kemudian.

Sewaktu meminta diri untuk pulang aku isyaratkan si suami agar mengikutku dan aku beri pesanan kepadanya supaya terus berusaha merawat isterinya dan boleh juga mencari perawat lain. Banyakkan bersabar kerana syaitan itu banyak tipu helahnya.. Aku pesankan kepada si suami agar sentiasa menunaikan solat dan memperbanyakkan zikrullah bagi mendekatkan diri dengan Allah dan membentengi diri dari gangguan syaitan..

Sewaktu dalam perjalanan pulang anakku memberitahu sewaktu rawatan ada terdapat banyak jin di dalam rumah duduk bersila mengelilingi kami seperti majlis kenduri...samada jin tersebut jin islam atau kafir.. wallahua'lam..

Hasbunallahu wani'mal wakiil....







1 comment: