بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari ni pergi melawat salah seorang staff yang kemalangan baru-baru ini
nampak teruk jugaklah kesan luka terutama di kaki sebelah kiri
Dalam pada itu kawan yang bawa aku kerumah staff tu tadi ada bagitau
yang staff tersebut tak dapat tidur malam
kabarnya staff tersebut berasa ada sesuatu yang bergerak-gerak di kakinya
sampai kena berjaga sampai pagi
Bila sampai kerumah staff tersebut, khabarnya malam tadi dah boleh tidur tanpa berasa ada gangguan
sebab semalamnya dah ada tukang urut yang pandai..
takpelah,
since niat memang nak tolong jugak staff tu jadi aku pun tanya samada nak check ke tidak, dia setuju
aku guna kaedah 18-81, nampak ada sedikit getaran dikaki kanan
kemudian aku guna gelombang dan pernafasan, jelas tangan jatuh kedepan
aku pagar dengan alif lam makrifat dan pasung Nun kemudian tarik
gelombang sekali lagi dah tak nampak gangguan, Alhamdulillah..
Staff ni kemalangan di waktu hujan sewaktu melalui suatu jalan yang dia sendiri jarang lalu
namun aku berasakan rasa benda bergerak dikaki waktu malam tu ada kaitan dengan jin dari tempat kemalangan tu..
mungkin staff ini telah terlanggar jin tersebut..wallahua'lam..
Allahu Rabbi..
Hasbunallahu wani'mal wakil....
Aku adalah pelajar Rawatan Islam bagi permasalahan gangguan makhluk halus. Blog ini lebih kepada pengalaman ku sebagai perawat. Walaubagaimanapun, sekiranya ada warga Langkawi yang memerlukan rawatan boleh juga hubungiku agar dapat aku ikhtiarkan disamping menambah pengalaman dan juga dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dari guru-guru ku. Insyaallah..
Saturday, 13 April 2013
Tuesday, 9 April 2013
Teruklah Mcm Ni!!...
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dah agak lama jugak tak update blog ni
Nampaknya kerjaku ditempat baru ni boleh tahan seboknya
Jin dalam kawasan tu pun boleh tahan jugak..
Baru-baru ni ada buat rawatan susulan keatas seorang pesakit
First time jumpa cuma seekor jin je ada dalam badan
selalunya ada banyak, paling koman pun 5 jin..
Dalam masa yang sama badan aku pun berasa sakit-sakit
sejak start kerja ditempat baru selalu kaki kiri aku ada masalah
selalu meletup-letup bila nak qiyam atau nak sujud waktu sembahyang
kalau duduk dalam masjid dengar khatib baca khutbah jangan cakaplah dia punya ngilu
jadi kali ni aku ambil kesempatan untuk check..
jeng jejeng..
didalam alam jin rupa-rupanya badanku dari kaki ke leher rupa dah macam banir pokok getah mati
siap bercendawan lagi.. adeh.. apa punya dugaan ni..
bila aku tarik dgn makrifat, dengan segera pula kulit macam kulit pokok getah tu naik semula..
namun ianya hilang jugak selepas beberapa kali tarik..
Cadang untuk tarik lebih kerap, kalau boleh setiap waktu selepas solat..
Ku cuba mencari punca nya..
MasyaAllah!!.. Dari tempat kerja rupanya..
Rupanya ada juga makhluk Allah yang mengamalkan sesuatu seperti penunduk dsb..(tekaan aku lah)
namun apa yang terlihat dari alam jin ialah timbunan miang buluh yang bertaburan..
gamaknya bukan aku sorang je yang berasa sakit..
pasti ada ramai lagi yang kena..huallahu a'lam..
Aku cuma cuci diri aku je setakat ni
Aku masih terfikir-fikir lagi apa nak buat dengan miang buluh tu
samada nak kaut dan buang..
Ataupun kaut dan hantar balik ke orang yang hantar.. hehe
Pada aku, sekalipun nak buat apa-apa..
Jangan lah minta kepada selain Allah..
Kerana percentage untuk kau disesatkan amatlah tinggi
Kot rugi je buat amal ibadat, tapi pahalanya kena bagi ke orang lain..
Meniaga kalau buat rugi ja buat apa ye tak?..
Bak kata makcik-makcik dan kakak-kakak di tempat kerja.. "teruklah macam ni!!...."
Ya Allah, kau tunjukkanlah kami jalan yang lurusss....
Hasbunallahu wani'mal wakil....
Sunday, 10 March 2013
MARTABAT NAFSU
MARTABAT NAFSU: Bila bercakap tentang nafsu, ramai di antara kita mengatakan atau menganggap ia sebagai suatu kelakuan jahat yang terbit dari perlakuan s...
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Friday, 8 March 2013
Ilham - Buang Aura Bisa
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tempat kerja aku boleh tahan jugak lah dengan kehidupan halusnya. Sebelum aku masuk hari tu, dah ada kes dua-tiga orang kena histeria. Baru-baru ni pun jadi jugak..
Aku ada jugak la bantu sikit-sikit, ala-ala beri rawatan first aid gitu. Selainnya diorang dah panggil pawang, jadi aku tak pergi la tengok.. biarlah orang 'lama' buat kerja. Aku berharap kaedah yang digunakan ialah kaedah yang dibenarkan syarak.
Yang aku nak tulis kat sini sebenarnya bukan pasal histeria ni, tapi pasal benda yang dok suka menempel kat badan aku. Setiap hari aku rasa buah betis ku cekang.. padahal aku tak buat apa-apa aktiviti sport pun. Aku cuma pusing satu hotel je bantu yang mana patut, samada berjalan kaki atau pun naik basikal. Selalu lah aku rasa badan tersangat letih dan sakit tetapi fikiran aku tetap fresh dan bertenaga. Biasanya lepas solat aku tarik jugak sikit-sikit dan buang.. selalunya aku akan menguap setiap kali aku tarik di badan aku sendiri.
Baru-baru ni aku pun ada rawat kakak aku, jadi lepas rawatan aku buka hijab dia untuk tengok apa benda yang ada pada aku ni. Baru tahu yang benda yang dok lekat kat badan aku ialah benda yang macam siput sedut tu.. jadi tahulah aku macamana bendanya dan senang lah sikit aku nak menanganinya nanti. Benda ni pun dapat dari kawasan tempat kerja aku tu lah..
Benda ni pulak macam degil je, hari-hari melekat yang baru.. aku taulah sebab mana yang aku dah tarik dah aku sumbatkan ke "penjara Bukit Kaf".. confirm tak boleh keluar lagi punya..
Suatu hari sedang aku menanggung kesakitan, aku disapa oleh seseorang yang terganggu tempohari. Katanya "tu lah, tolong orang sangat.. kan diri sendiri dah sakit.." aku termanggu juga dengan sapaan tersebut. Kashaf ke orang ini?, tanyaku dalam hati tapi aku biarkan aje teguran itu dengan senyuman..
Kebetulan aku pun dah nak ke surau untuk solat fardu Asar, jadi aku pun pergi dan solat. Dalam solat tu tetiba aku mendapat ilham untuk buang aura bisa di badanku. Setelah habis aku berwirid dan doa selepas solat, aku pun terus wiridkan Hizib intikam sambil niatkan ada api yang besar disetiap inci tubuhku dan membakar semua makhluk yang mengganggu aku dan tidak ada satu pun dari makhluk tersebut yang dapat melarikan diri selagi tidak berniat untuk berhenti mengganggu ku. Sewaktu dalam wirid aku dapat rasakan kesakitan ku keluar mengewap ke kepala ku. Segera aku tolak aura bisa / kesakitan secara makrifat dari bawah tubuh ke atas, dan ku tarik keluar dari kepala. Macam biasalah, ku hantarkan aura tersebut beserta jin yang tersangkut di dalamnya ke "penjara Bukit Kaf" . Ku tutup wirid dengan Hizib Sakron atau Doa Para Wali.. Badan ku terus bereaksi, beransur-ansur pulih dan lebih selesa dan sakit di kepala ku hilang begitu sahaja..
Alhamdulillah, sakit dan lenguh-lenguh diseluruh kaki dan badan beransur-ansur hilang dengan kadar yang segera.Aku bersyukur dengan nikmat ilham yang dikurniakan Allah kepadaku di saat aku amat memerlukan bantuan. Amalan ini akan terus ku amalkan kerana aku tahu agak susah juga untuk mendinding diri dari makhluk halus ini. Ada berbagai helah untuk mereka terus mengganggu kita supaya kita alpa.. Sekian..
Hasbunallahu wa nikmal wakill...
Monday, 25 February 2013
Kompilasi Kaedah Cabut Cubit (dari blog rakan)
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CUBIT CABUT (1)...Cara
'Cabut'....
Katakan seekor kutu kucing
sedang menggigit kulit
anda...menimbulkan keadaan sangat gatal...
Untuk membuangnya...guna ibu jari
dan jari telunjuk...
Mula-mula...tekan hujung jari ke
kulit kemudian picit kutu tadi...dan apabila terasa picitan anda sudah cukup
kuat... tarik atau cabut dengan cepat kutu tadi...
Ini kaedahnya cubit cabut...
Wallohu a'lam
CUBIT CABUT (2)...Pernafasan...
Tarik nafas perlahan-lahan
sambil tekan hujung jari ke kulit...
Dalam keadaan menarik nafas
perlahan-lahan itu...cubit kutu tadi...perlahan kemudian semakin kuat...
Setelah anda merasa semakin habis
nafas ditarik...cabut kutu tadi dengan cepat sambil hentakkan nafas ke dalam
dada dengan cepat dan pendek...
Hentak nafas ke dalam dada
bermaksud rapatkan bibir dan usahakan
lepas nafas cepat ke dalam dada...
Wallohu a'lam
CUBIT CABUT (3)...Syaratnya ?
Saya amal
rukyah.....zikir serta ilmu pernafasan......maka saya
kurang pasti samada cubit
cabut ini boleh digunakan oleh
perawat rukyah semata-mata atau
ahli ilmu pernafasan semata-mata...
...tapi saya izinkan kalau anda
mahu mencubanya...( akan saya terangkan lebih lanjut
mengenainya...InsyaAllah...)
Wallohu a'lam
CUBIT CABUT (4)...Tenaga Ke
Hujung Jari...
Iaitu anda
alirkan tenaga ke hujung jari telunjuk juga ibu jari agar ia
dapat memicit ( menyentuh ) jin dan bukan sekadar kutu kucing dan sebagainya...
Ia bermaksud...apabila anda
sedang menarik nafas perlahan-lahan melalui hidung...bayangkan nafas yang anda
tarik tadi masuk melalui hidung dan terus 'mengalir' ke lengan hingga ke-hujung
dua jari tersebut...
Cara uji mudah samada anda
menguasainya.....setelah menahan nafas seberapa lama...lepas nafas
perlahan-lahan melalui hidung sambil bayangkan nafas itu mengalir ke lengan
hingga ke jari-jari tangan...( sambil pejam mata agar anda lebih dapat
menghayati aliran nafas atau tenaga )
Jari yang di isi tenaga akan
terasa agak kebas...agak berat...atau sekurang-kurangnya anda akan dapat
merasakan adanya jari-jari ini akan lebih terasa daripada biasa...
Wallohu a'lam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CUBIT CABUT (5)...' Cabut Jin
'...
Setakat ini saya mungkin menulis
lebih kepada cabut kutu kucing...
...tapi bagaimana dengan
jin....makhluk ini bukan macam kutu kucing...
Kerana itulah perlu adanya aliran
tenaga ke hujung jari...kerana tenaga itu guna-nya agar anda dapat mencabut
atau menyentuh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala ini...
Kemudian persoalannya
lagi...itu kalau semut-semutnya ( jin )
merayap di atas kulit....tapi bagaimana kalau ianya bergerak di bawah kulit ?
Jangkauan setiap cubitan ini
bukannya bergantung kepada setakat mana dapat disentuh oleh hujung jari....
.....sebaliknya ia
bergantung kepada tenaga juga
sejauh mana anda dapat bayangkan jangkauannya...
Contohnya...anda tekan
perlahan-lahan hujung jari ke kulit...tapi dalam masa yang sama...anda
bayangkan hujung jari itu masuk menembusi kulit lalu mencubit jin di bawah
kulit..lalu mencabut-nya keluar...
Pada peringkat awal biasanya saya
akan menutup mata agar lebih mudah membayangkan gerakan hujung jari tadi...
Wallohu a'lam
CUBIT CABUT (6)...Apa Boleh
Dicabut ?
Iaitu apa
yang boleh dicabut dari badan pesakit...
1.Jin yang dirasa pesakit
berbentuk semut-semut...cacing-cacing...ulat...kumbang...ular dan sebagainya...
2.Angin bisa jin yang dirasa
pesakit sebagai angin bergerak..angin diam...rasa berat...rasa panas...rasa
sejuk...rasa seperti di sentuh atau dipegang...rasa sakit dan sebagai-nya...
3.'Alat-alat sihir' pada badan
yang dipasang melalui jarak jauh...seperti rasa dicucuk jarum atau besi...di
ikat...dan sebagainya...
...dan lain-lain lagi...
Wallohu a'lam
CUBIT CABUT (7)...Tempat Cabut...
Iaitu cubit cabut boleh dibuat...
1. Atas kulit...
2. Atas lapis kain pakaian...
3. Atas lapis kain tebal seperti
sapu tangan...
4. Atas lapis kain sendiri...dan
bayangkan anda mencubit atas bahagian yang dimaksudkan...
5. Atas tapak tangan atau kulit
sendiri ...dan bayangkan seperti di atas...
6. Atas wakil...seperti suami
sebagai ganti atau wakil isterinya...
...dan sebagainya...terpulang
pada kreativiti serta latihan anda sendiri...
Wallohu a'lam
CUBIT CABUT (8)...Jin Dalam
Dada...
Seorang rakan tiba-tiba saja
merasa sebak dan pilu apabila mendengar sebuah lagu nasyid...
Jauh di dalam lubuk
hatinya...rakan itu terbayang seorang perempuan muda berambut panjang
berpakaian serba putih sedang menangis sayu kerana mendengar lagu tersebut...
Oleh sebab saya syak ianya
gangguan maka saya buat cubit cabut pada bahagian belakangnya yang bertentangan
dengan jantung...
Sekali cabut...rakan itu merasa
kepalanya mengembang dan ada angin keluar dari kepalanya...
Dan ketika itu juga...rasa sebak
itu hilang serta merta...
Saya rasa pelik..jin pun tahu
rasa sebak dengar lagu nasyid ?
Wallohu a'lam
Friday, 15 February 2013
Pindahkan Jin Sekampung
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kedua-dua anak ku menghidapi kudis yang tak kunjung sembuh. Si adik selalu menghidap gatal-gatal di kedua belah tangan dengan bengkak yang mengandungi air bisa, manakala si abang pula menghidap kudis buta. Si abang tinggal di asrama dan terpaksa ku bawa pulang dan tinggal dirumah supaya penyakit kudisnya dapat dibendung. Selalu lah pakaian mereka ni di rebus bagi membunuh kuman yang dibawa mereka. Maka berpantanglah kedua beradik ni untuk jangkamasa yang lama. Klinik usah cakaplah, memang selalu..
Bila dah lama sangat aku mula syak sesuatu..
Aku scan si abang dan nampak tangan kiri jatuh ke depan. Sebelum ni pun sama jugak tapi bila aku gelombangkan atau ruqyah cuma ada sedikit kesan panas atau sejuk dirasainya.
Kami ke rumah seseorang yang pernah melalui pengalaman TKR bersama ku. Setelah menyatakan hajat dia bersetuju untuk membantu. Macam biasalah, dia tak boleh keluar sendiri jadi aku lah yang kena guide.
Setelah dapat keluar dia menantikan arahan dariku. Aku arahkan supaya tengok kaki dan tangan kedua-anak anak ku yang sememangnya ada disebelah. Dia pun mulakan pengembaraan mencari punca permasalahan yang dihadapi. Kembara itu membawanya ke rumahku.. di mana disitu lah punca nya..
Dia memberitahuku yang ada makhluk hitam yang menunggu di kawasan tepi rumahku. Aku bacakan sesuatu supaya dia dapat transform lebih kuat dari makhluk tersebut sebagai persediaan sekiranya makhluk tersebut menyerang. Aku suruh dia menanyakan makhluk tersebut apa maunya dengan mengganggu aku. Dia beritahu yang makhluk itu mahu berkomunikasi dengan ku dan mula datang menerusi tubuhnya..
Ku berikan salam namum tidak dijawab. Ku tanyakan apa maunya dengan mengganggu kedua anak ku, malah termasuk mak mertua aku sekali yang terkena. Makhluk itu kata kami mengganggu dan merosakkan tanamannya. Kawasan rumah ku termasuk dalam kawasan kampungnya dan anak-anak ku telah pun merosakkan tanaman penduduk kampungnya. Kunyatakan yang kampung mereka adalah alam halus iaitu alam jin manakala manusia di alam yang nyata. Manalah kami nampak mereka dan kampung serta tanaman mereka.
Aku offer supaya mereka berpindah.. suka-suka kau saja nak kami pindah, kami dan beribu-ribu tahun berkampung di situ tau! bentak makhluk tersebut. Jemm.. Aku kemudian mendapat ilham. Kubacakan sesuatu ke tapak tangan ku dan kemudiannya aku tunjukkan ke arah jin.. ku tanya samada dia nampak dan mahu pindah ke kawasan yang ku tunjukkan. Sebenarnya aku mohon kepada Allah swt supaya menunjukkan di tapak tanganku satu kawasan yang disukai oleh bangsa makhluk itu. Dalam hati aku juga memohon agar Allah lembutkan hati makhluk ini. Setelah agak lama makhluk itu diam (berfikir panjang nampaknya..) makhluk itu memberitahuku yang dia sukakan tempat tu. Ku minta supaya makhluk ini berbincang dengan orang kampungnya yang lain dan kebetulan makhluk yang ku lawan bercakap adalah merupakan ketua di kampung tersebut..
Sewaktu kutanyakan apa jenisnya makhluk ini, dia memberitahuku bahawa mereka adalah jin dari jenis binatang. Namun orang yang mengembara memberitahuku masyarakat jin ini adalah dari zaman batu dan melakukan aktiviti bertani sebagai cara hidup. Mereka bukan islam dan adalah seperti orang kerdil dengan rambut mengerbang serta muka yang comot... ala-ala orang kerdil dalam cerita mat saleh tu..
Jin kemudian memberitahuku bahawa masyarakat kampungnya tidak begitu yakin dengan ku iaitu untuk memindahkan mereka ke tempat tersebut.. mereka memerlukan bukti. Aku mendapat ilham supaya minta izin dari mereka dan memindahkan rumah, tanaman dan set up kampungnya ke tempat yang baru.. sama setup nya seperti kampung mereka sekarang. Setelah ku beritahu apa yang aku mahu lakukan, jin ketua kampung tersebut bersetuju lalu kubacakan Alfatihah dan selawat sambil ku makrifatkan semua yang terdapat dikampung itu dipindahkan ke tempat baru dengan kuasa Allah swt.. "kun fayakun..", cuma tinggal penduduknya sahaja disitu. Setelah yakin kerja pemindahan selesai, kutanyakan kepada jin tersebut dan jin mengiyakannya. Kini persoalan dari jin penduduk telah pun terjawab dan mereka sekarang telah sebulat suara dan bersedia untuk pergi.
Aku berikan arahan kepada jin ketua tersebut supaya membuang semua penyakit yang mereka lakukan keatas anak-anak serta mak mertua ku sebelum ku hantar kan mereka ke tempat baru. Selepas diam seketika, jin berkata yang semua penyakit tersebut akan mengikut mereka apabila mereka dipindahkan. Berpuas hati dengan kata-kata jin tersebut, aku pun mohon kepada Allah swt supaya mereka dipindahkan ke tempat baru dengan selamat dan kuhantarkan mereka dengan kaedah rentap.. orang yang melakukan kembara pun rebah..
Selesai rawatan kali ini dengan di permudahkan Allah swt. Aku amat bersyukur kerana masalah yang memeningkan kami sekeluarga kini terjawab dan aku berdoa semoga kudis dan gatal yang dihadapi oleh kedua anak ku akan segera kering dan sembuh.
Hasbunallah wa ni'mal wakil..
Rawatan Islam TERAPI QOLBU (RITEQ): Pertemuan Iblis Laknatullah Dengan Rasulullah S.A....
Rawatan Islam TERAPI QOLBU (RITEQ): Pertemuan Iblis Laknatullah Dengan Rasulullah S.A....: سم الله الرحمن الرحيم Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله...
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tuesday, 5 February 2013
nampak hati: DUNIA MISTERI (13)...Api Ayat Kursi. . .
nampak hati: DUNIA MISTERI (13)...Api Ayat Kursi. . .: Seseorang yang berdamping dengan 'orang halus' memberitahu saya agar selalu membaca ayat Kursi... Beberapa hari kemudian...ia memberitahu s...
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
nampak hati: DUNIA MISTERI (21)...Aura Letup...
Catatan menarik rakan aliran seperguruan..
nampak hati: DUNIA MISTERI (21)...Aura Letup...: Pekan Ranau...Restoran India...petang itu bersama dua orang anak buah... Baru beberapa minggu selepas mengambil ijazah tenaga dalam denga...
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
nampak hati: DUNIA MISTERI (21)...Aura Letup...: Pekan Ranau...Restoran India...petang itu bersama dua orang anak buah... Baru beberapa minggu selepas mengambil ijazah tenaga dalam denga...
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Thursday, 31 January 2013
Mengambil Barang Sihir
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ini merupakan rawatan ulangan kepada pesakit. Pesakit beritahu yang kepalanya begitu berat. Selepas bersedia akupun memulakan rawatan.
Aku memulakan dengan menghantar gelombang melalui zikir dan mendapati ada gangguan di anggota sebelah kanan tubuh. Kini aku teruskan dengan amalan ZINK dan akhirnya jin muncul berkata-kata melalui lidah pesakit.
Jin merupakan jin sihir dan apabila diperiksa terdapat belenggu pada dirinya. Jin ini ku dakwahkan kepada Islam. Ku bacakan beberapa ayat dakwah dan akhirnya jin terbuka hati untuk memeluk islam. Setelah diajarkan mengucap maka sah lah dia menjadi muslim. Ku ambil kesempatan ini untuk bertanyakan jumlah jin yang lain yang ada di dalam tubuh pesakit. Ada 5 katanya. Aku minta jin yang telah ku islamkan ini supaya memanggil ketua semua jin yang ada di tubuh pesakit.
Ketua jin bersuara dengan suaranya yang garau, "kau nak apa?".. Tanyanya kepada ku. Jin ini juga ku seru supaya memeluk islam. Dia mahu memeluk islam selepas ku berikan gambaran syurga dan neraka dengan izin Allah kepadanya. Nampak berkerut-kerut dahinya bila di tunjukkan bayangan neraka. Akhirnya dia memeluk islam. Aku minta dia menanyakan jin-jin yang lain supaya turut serta bersyahadah. Semua yang lain menyatakan bersetuju dan dengan sekali lafaz syahadah, maka telah islam lah semua jin-jin tersebut dengan izin Allah.. Alhamdulilah.
Kali ini aku menggunakan pendekatan yang lain sikit. Aku minta ketua jin yang kini telah islam supaya membantu mengeluarkan barang sihir dari tubuh pesakit sekiranya ada. Ku pujuk jin tersebut dengan mengatakan bahawa kini menjadi kewajibannya untuk membantu sesama islam. Jin bersetuju. Aku minta jin menghulurkan kedua tangannya lalu ku isikan dengan kekuatan dan peralatan untuk mencari melalui doa dan tangannya ku hembus. Teknik ini biasanya kena guide..
Aku minta jin cari barang sihir yang ada dibadan pesakit dengan dengan tangan kanan dan apabila jin sudah dapat barang sihir tersebut aku suruh jin letakkan ke dalam tangan kiri. Aku suruh jin teruskan mencari dari tangan ke kaki dan hingga ke kepala. Beberapa barang sihir (aku tak nampak apa bendanya) telah di letakkan ditangan kiri. Setelah ku rasakan banyak, aku suruh jin tersebut supaya membakar benda -benda ditangan kirinya dengan menggunakan hembusan nafas. Jin buat seperti yang di arahkan. Kemudian ku ulang semula arahan tadi supaya jin mencari lagi. Apabila tangan sampai ke belakang badan, aku lihat jin mengalami kesukaran untuk mencabut sesuatu. Ku tanyakan pada jin apa barang tersebut agar dapat ku bantu.. Ada keris katanya. Aku pun maarifatkan yang terdapat sebatang keris terpacak di belakang tubuh pesakit dan ku niatkan yang keris tersebut masuk ke dalam genggaman dan keris ku cabut. Alhamdulilah dapat ku cabut lalu ku buangkan ke gunung Kaf. Ada beberapa benda lagi yang di ambil oleh jin di kawasan dada, kepala, perut, lutut dan kaki pesakit. Jin berhenti dan beritahu semua barang sihir yang di ketahuinya telah habis. Kali ini aku yang hancurkan barang sihir ditangan kiri tersebut.
Aku ucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan jin dalam mencari barang- barang sihir tersebut. Kini tibalah masanya untuk jin dikeluarkan. Aku ambil kesempatan untuk tanzir kesemua jin di badan pesakit supaya terus-terusan mengaji hal ehwal islam dialam jin. Aju syorkan jin ke sekolah pondok supaya dapat belajar dengan masyarakatnya disana setelah jin menolak untuk dihantar ke mekah ataupun madinah. Jin ku keluarkan dengan kaedah borong dengan serban.
Pesakit terus tersedar sebaik jin dapat dikeluarkan. Alhamdulilah badannya bertambah ringan dan sakit dikepala hilang katanya. Pesakit memberitahuku yang sewaktu rawatan dia ada ternampak kelibat seorang lelaki yang bersongkok beberapa kali. Pesakit mengesyaki itulah si tukang sihir (TS) yang selalu mengulangi sihirnya ke atas pesakit. Apabila ditanya pesakit mengatakan yang dia tidak kenal si TS tersebut. Dalam hatiku berkata yang mungkin TS tersebut datang untuk mengendap siapakah yang mengganggu tugasnya di dalam menyihir pesakit.
Aku cuba scan semua 'cctv' TS yang mungkin ada di dalam rumah pesakit. Aku tak berapa pasti tapi hatiku mengatakan memang ada. Lalu ku makrifat semua cctv tersebut dapat ku kaut dengan tangan dan ku letupan. Insyaallah rosak semua cctv TS tersebut.
Buat masa ini pesakit telah pun berasa lebih baik tapi tak tahu bila pula serangan berikutnya akan datang. Lebih baik berhati-hati dan aku mengingatkannya supaya sentiasa berzikir.
Hal ini membuatkan aku terfikir, sampai bila perawat harus terus mengambil tindakan membiarkan TS berleluasa dengan kesyirikkan nya. Aku tertanya-tanya adakah patut aku mula mengambil langkah kehadapan dengan membelasah tukang sihir dengan izin Allah.. ataupun ku bungkus sukmanya ke dalam objek supaya hilang kehebatannya?.. Wallahu a'lam.. yang nyatanya aku masih lagi bersabar. Aku berdoa kepada Allah agar TS ini menginsafi perbuatan syiriknya dan kembali bertaubat kepada Allah swt.. Amiiiin..
Hasbunallah wanikmal wakil....
Subscribe to:
Posts (Atom)