Friday 15 February 2013

Pindahkan Jin Sekampung


بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kedua-dua anak ku menghidapi kudis yang tak kunjung sembuh. Si adik selalu menghidap gatal-gatal di kedua belah tangan dengan bengkak yang mengandungi air bisa, manakala si abang pula menghidap kudis buta. Si abang tinggal di asrama dan terpaksa ku bawa pulang dan tinggal dirumah supaya penyakit kudisnya dapat dibendung. Selalu lah pakaian mereka ni di rebus bagi membunuh kuman yang dibawa mereka. Maka berpantanglah kedua beradik ni untuk jangkamasa yang lama. Klinik usah cakaplah, memang selalu..

Bila dah lama sangat aku mula syak sesuatu..

Aku scan si abang dan nampak tangan kiri jatuh ke depan. Sebelum ni pun sama jugak tapi bila aku gelombangkan atau ruqyah cuma ada sedikit kesan panas atau sejuk dirasainya.

Kami ke rumah seseorang yang pernah melalui pengalaman TKR bersama ku. Setelah menyatakan hajat dia bersetuju untuk membantu. Macam biasalah, dia tak boleh keluar sendiri jadi aku lah yang kena guide.

Setelah dapat keluar dia menantikan arahan dariku. Aku arahkan supaya tengok kaki dan tangan kedua-anak anak ku yang sememangnya ada disebelah. Dia pun mulakan pengembaraan mencari punca permasalahan yang dihadapi. Kembara itu membawanya ke rumahku.. di mana disitu lah punca nya..

Dia memberitahuku yang ada makhluk hitam yang menunggu di kawasan tepi rumahku. Aku bacakan sesuatu supaya dia dapat transform lebih kuat dari makhluk tersebut sebagai persediaan sekiranya makhluk tersebut menyerang. Aku suruh dia menanyakan makhluk tersebut apa maunya dengan mengganggu aku. Dia beritahu yang makhluk itu mahu berkomunikasi dengan ku dan mula datang menerusi tubuhnya..

Ku berikan salam namum tidak dijawab. Ku tanyakan apa maunya dengan mengganggu kedua anak ku, malah termasuk mak mertua aku sekali yang terkena. Makhluk itu kata kami mengganggu dan merosakkan tanamannya. Kawasan rumah ku termasuk dalam kawasan kampungnya dan anak-anak ku telah pun merosakkan tanaman penduduk kampungnya. Kunyatakan yang kampung mereka adalah alam halus iaitu alam jin manakala manusia di alam yang nyata. Manalah kami nampak mereka dan kampung serta tanaman mereka.

Aku offer supaya mereka berpindah.. suka-suka kau saja nak kami pindah, kami dan beribu-ribu tahun berkampung di situ tau! bentak makhluk tersebut. Jemm.. Aku kemudian mendapat ilham. Kubacakan sesuatu ke tapak tangan ku dan kemudiannya aku tunjukkan ke arah jin.. ku tanya samada dia nampak dan mahu pindah ke kawasan yang ku tunjukkan. Sebenarnya aku mohon kepada Allah swt supaya menunjukkan di tapak tanganku satu kawasan yang disukai oleh bangsa makhluk itu. Dalam hati aku juga memohon agar Allah lembutkan hati makhluk ini. Setelah agak lama makhluk itu diam (berfikir panjang nampaknya..) makhluk itu memberitahuku yang dia sukakan tempat tu. Ku minta supaya makhluk ini berbincang dengan orang kampungnya yang lain dan kebetulan makhluk yang ku lawan bercakap adalah merupakan ketua di kampung tersebut..

Sewaktu kutanyakan apa jenisnya makhluk ini, dia memberitahuku bahawa mereka adalah jin dari jenis binatang. Namun orang yang mengembara memberitahuku masyarakat jin ini adalah dari zaman batu dan melakukan aktiviti bertani sebagai cara hidup. Mereka bukan islam dan adalah seperti orang kerdil dengan rambut mengerbang serta muka yang comot... ala-ala orang kerdil dalam cerita mat saleh tu..

Jin kemudian memberitahuku bahawa masyarakat kampungnya tidak begitu yakin dengan ku iaitu untuk memindahkan mereka ke tempat tersebut.. mereka memerlukan bukti. Aku mendapat ilham supaya minta izin dari mereka dan memindahkan rumah, tanaman dan set up kampungnya ke tempat yang baru.. sama setup nya seperti kampung mereka sekarang. Setelah ku beritahu apa yang aku mahu lakukan, jin ketua kampung tersebut bersetuju lalu kubacakan Alfatihah dan selawat sambil ku makrifatkan semua yang terdapat dikampung itu dipindahkan ke tempat baru dengan kuasa Allah swt.. "kun fayakun..", cuma tinggal penduduknya sahaja disitu. Setelah yakin kerja pemindahan selesai, kutanyakan kepada jin tersebut dan jin mengiyakannya. Kini persoalan dari jin penduduk telah pun terjawab dan mereka sekarang telah sebulat suara dan bersedia untuk pergi. 

Aku berikan arahan kepada jin ketua tersebut supaya membuang semua penyakit yang mereka lakukan keatas anak-anak serta mak mertua ku sebelum ku hantar kan mereka ke tempat baru. Selepas diam seketika, jin berkata yang semua penyakit tersebut akan mengikut mereka apabila mereka dipindahkan. Berpuas hati dengan kata-kata jin tersebut, aku pun mohon kepada Allah swt supaya mereka dipindahkan ke tempat baru dengan selamat dan kuhantarkan mereka dengan kaedah rentap.. orang yang melakukan kembara pun rebah..

Selesai rawatan kali ini dengan di permudahkan Allah swt. Aku amat bersyukur kerana masalah yang memeningkan kami sekeluarga kini terjawab dan aku berdoa semoga kudis dan gatal yang dihadapi oleh kedua anak ku akan segera kering dan sembuh.

Hasbunallah wa ni'mal wakil..






No comments:

Post a Comment