بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tempat kerja aku boleh tahan jugak lah dengan kehidupan halusnya. Sebelum aku masuk hari tu, dah ada kes dua-tiga orang kena histeria. Baru-baru ni pun jadi jugak..
Aku ada jugak la bantu sikit-sikit, ala-ala beri rawatan first aid gitu. Selainnya diorang dah panggil pawang, jadi aku tak pergi la tengok.. biarlah orang 'lama' buat kerja. Aku berharap kaedah yang digunakan ialah kaedah yang dibenarkan syarak.
Yang aku nak tulis kat sini sebenarnya bukan pasal histeria ni, tapi pasal benda yang dok suka menempel kat badan aku. Setiap hari aku rasa buah betis ku cekang.. padahal aku tak buat apa-apa aktiviti sport pun. Aku cuma pusing satu hotel je bantu yang mana patut, samada berjalan kaki atau pun naik basikal. Selalu lah aku rasa badan tersangat letih dan sakit tetapi fikiran aku tetap fresh dan bertenaga. Biasanya lepas solat aku tarik jugak sikit-sikit dan buang.. selalunya aku akan menguap setiap kali aku tarik di badan aku sendiri.
Baru-baru ni aku pun ada rawat kakak aku, jadi lepas rawatan aku buka hijab dia untuk tengok apa benda yang ada pada aku ni. Baru tahu yang benda yang dok lekat kat badan aku ialah benda yang macam siput sedut tu.. jadi tahulah aku macamana bendanya dan senang lah sikit aku nak menanganinya nanti. Benda ni pun dapat dari kawasan tempat kerja aku tu lah..
Benda ni pulak macam degil je, hari-hari melekat yang baru.. aku taulah sebab mana yang aku dah tarik dah aku sumbatkan ke "penjara Bukit Kaf".. confirm tak boleh keluar lagi punya..
Suatu hari sedang aku menanggung kesakitan, aku disapa oleh seseorang yang terganggu tempohari. Katanya "tu lah, tolong orang sangat.. kan diri sendiri dah sakit.." aku termanggu juga dengan sapaan tersebut. Kashaf ke orang ini?, tanyaku dalam hati tapi aku biarkan aje teguran itu dengan senyuman..
Kebetulan aku pun dah nak ke surau untuk solat fardu Asar, jadi aku pun pergi dan solat. Dalam solat tu tetiba aku mendapat ilham untuk buang aura bisa di badanku. Setelah habis aku berwirid dan doa selepas solat, aku pun terus wiridkan Hizib intikam sambil niatkan ada api yang besar disetiap inci tubuhku dan membakar semua makhluk yang mengganggu aku dan tidak ada satu pun dari makhluk tersebut yang dapat melarikan diri selagi tidak berniat untuk berhenti mengganggu ku. Sewaktu dalam wirid aku dapat rasakan kesakitan ku keluar mengewap ke kepala ku. Segera aku tolak aura bisa / kesakitan secara makrifat dari bawah tubuh ke atas, dan ku tarik keluar dari kepala. Macam biasalah, ku hantarkan aura tersebut beserta jin yang tersangkut di dalamnya ke "penjara Bukit Kaf" . Ku tutup wirid dengan Hizib Sakron atau Doa Para Wali.. Badan ku terus bereaksi, beransur-ansur pulih dan lebih selesa dan sakit di kepala ku hilang begitu sahaja..
Alhamdulillah, sakit dan lenguh-lenguh diseluruh kaki dan badan beransur-ansur hilang dengan kadar yang segera.Aku bersyukur dengan nikmat ilham yang dikurniakan Allah kepadaku di saat aku amat memerlukan bantuan. Amalan ini akan terus ku amalkan kerana aku tahu agak susah juga untuk mendinding diri dari makhluk halus ini. Ada berbagai helah untuk mereka terus mengganggu kita supaya kita alpa.. Sekian..
Hasbunallahu wa nikmal wakill...
No comments:
Post a Comment