Monday 29 July 2013

MENTERA UNTUK KESIHATAN KONON..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baru-baru ni pergi merawat seorang kenalan dirumahnya
suka lihat keadaan rumah yang tidak dipenuhi dengan perabut, nampak luas dan tenang
tidak berserabut. Dinding rumah juga dilengkapi dengan kalimah-kalimah suci, Allah dan Muhammad..

Pesakit terus kerasukan lalu menangis walaupun baru kunci amalan yang dibacakan
jin tersebut menangis mendayu-dayu lagaknya untuk menarik simpati..lame
Aku tanyakan nama, jantina, ada berapa jin dalam tubuh, berapa lama duduk di tubuh pesakit dan bahagian mana?
jin menjawab dengan isyarat tangan.. jin jantan, ada dua, sudah empat tahun, satu duduk dikemaluan dan satu lagi di bahagian dada..

Rakan perawatku tidak mahu berlengah lagi lalu mengenakan tekanan tangan dibahagian pinggang pesakit dan pesakit terus menggelupur sambil mengaduh sakit
pesakit beberapa kali bergerak disekitar rumah secara mengengsot ataupun merangkak.

Jin mengaku yang kehadirannya disebabkan pesakit membacakan mantera memanggilnya
kini pesakit dah lama tak membacakan mantera tersebut disebabkan 'handset' nya hilang. Ini kerana pesakit tidak menghafal mantera tersebut dan hanya save dalam handsetnya. Akibatnya, jin ini mula mengenakan penyakit keatas pesakit.

Kedua-dua jin dapat diislamkan dan dihantar ke Serambi Madinah.
Namun selepas kedua-duanya keluar, masih terdapat getaran pada tubuh pesakit terutama kaki kirinya
mungkin bekas sihirnya..

Setelah tamat rawatan pesakit memberitahu yang dia mengambil mantera tersebut kerana ingin mendapatkan kesihatan yang baik.. Nauzubillahi min zaalik..
Alhamdulillah kerana pesakit telah menyesali perbuatannya..
Jin dalam tubuh juga dapat dikeluarkan, yang mana perawat sebelum ini telah gagal.. Alhamdulillah, Allah telah membantu di malam Ramadhan yang Kareem ini.

Selepas rawatan kepada pesakit, adik dan ibunya pula meminta dirawat
dan kami rawat dengan kaedah rentap dan rugyah..
Semoga semua beroleh kesembuhan dari Allah..

Hasbunallahu wani'mal wakiiil..



APA ITU SAKA?

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


<<<Dari coretan sahabat perawat>>>

APA ITU SAKA?

Saka ialah sejenis jin yang mendampingi manusia akibat kontrak yang berlaku di antara nenek moyang(munusia) dengan jin untuk mendapatkan kecantikan atau perlindungan atau pertolongan atau kekuatan dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

Tanda-Tanda Orang Yang Mewarisi Saka:

1.Sering bermimpi menyusukan bayi(mendukung atau melihat juga petanda yang sama)

2.Sering mimpi rumah lama

3.Mimpi dikelilingi kanak-kanak

4.Mimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia

5.Boleh melihat makhluk halus

6.Boleh mengurut\bidan secara tradisional tanpa perlu belajar(salasilah keturunan ada yang pandai mengurut)

7.Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang

8.Sering ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur

9.Rumah tangga sering bermasalah(berbalah dalam perkara yang kecil\anak-anak terlalu degil)

10.Berdebar-debar tanpa sebab

11.Sakit-sakit pada sendi,pinggang dan buku lali

12.Pengsan bila menziarahi orang meninggal dunia

13.Mendakwa tahu sesuatu perkara yang belum terjadi

14.Sering Sakit(bila jumpa Doktor, Doktor kata anda tidak sakit apa-apa)Biasanya dalam kes begini kalau tidak kerana saka..bermakna anda telah disihir

15.Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi

16.Selalu bermimpi berada di awangan

17.Sering mimpi dikejar binatang atau dipatuk ular(kemungkinan juga disihir)

Saka Boleh Berpindah Dari Tuannya Kepada Orang Lain Dengan Cara:

1.Anak atau cucu yang rapat dengan Tuan saka

2.Menyimpan\memiliki barang-barang lama seperti keris dan cincin milik Tuan saka yang telah meninggal dunia

3.Menerima ilmu dari Tuan saka dengan dperturunkan jampi-jampi tertentu yang perlu diamalkan oleh si penerima ilmu..Bisanya untuk kekuatan atau kecantikan..Bila si penerima ilmu mula mengamalkan jampi-jampi tersebut maka saka telah pun berpindah Tuan sama ada dia tahu atau tidak tahu..suka atau tidak suka Saka telah pun mendampinginya..

Kesan Saka:

1.Mendapat Penyakit Fizikal

2.Menyebabkan terkena sakit mental

3.Menyebabkan pergaduhan suami isteri

4.Menyebabkan manusia tidak bekerja

5.Menyebabkan manusia melakukan aktiviti-aktiviti yang bercanggah
dengan Islam..

6.Mengganggu ketika sakaratul maut

7.Mengganggu anak-anak dan keturunan

8.Anak-anak jadi degil

9.Seorang yang baik\lembut\penyabar jadi panas baran

Jika Anda Telah Mewarisi Saka..Apa yang anda perlu lakukan?

-Anda perlu segera berjumpa dengan pengamal-pengamal perubatan Islam yang bertauliah

P\S:Jangan sesekali berjumpa Bomoh\Dukun\Pawang

-Dekatkan diri dengan Allah dengan melaksanakan ibadat-ibadat wajib dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat tahajjud,membaca al-Quran dan berzikir

-Amalkan doa-doa berikut selepas solat subuh dan maghrib(sebaiknya setiap waktu solat):-

1.Doa Nabi Yunus

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHOOLIMIIN.”
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau.Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”(surah al anbiya’ ayat 87)

Amalkan 5\7 kali selepas solat

2.Isti’azah

ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ

“A’uzubillahi minasy syaitonir rajiim”

Amalkan 100 kali selepas solat

3.al Mukminun ayat 115-118

-Sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda jangan berputus asa..Teruskan berusaha,berdoa dan bertawakal kepada Allah..

Hasbunallahu Wani'mal Wakiiiil..


Tuesday 23 July 2013

Wahai Pesakit..


بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ramai yang bermasalah dan ramai yang nak minta bantuan
Tak mau minta dari Allah, tetapi mengharapkan kesembuhan dari perawat.. Nauzubillahi min zaalik..

Kerja-kerja merawat perawatan islam sebenarnya adalah salah satu cabang dakwah. 
Pesakit akan diminta supaya lebih mendekati Allah
Sekiranya pesakit itu dibukakan hatinya oleh Allah swt maka bertambahkuat lah keislaman seseorang itu

Sewaktu rawatan, perawat akan menegur ahli keluarga tentang suasana islamiah didalam rumah sebelum rawatan dimulakan..
keluarga akan ditegur supaya tidak mempamerkan sebarang gambar benda bernyawa di dalam rumah..
minta supaya ditutup kan TV..
ahli keluarga yang perempuan akan ditegur supaya menutup aurat kerana kami adalah  lelaki bukan mahram..
Ahli keluarga diminta supaya tidak merokok, berbual kosong dan bergelak ketawa.. tetapi akan diminta supaya memperkuat kan zikir didalam hati..
Maafkan kami andainya anda terasa hati, atau sekurang-kurangnya terganggu kerana itu adalah kebiasaan anda..
sesungguhnya kami menjalankan kerja dakwah kami.. fahamilah..

Paling penting ialah pesakit mengikut rukun Islam yang lima.. 
dan paling ramai yang saya jumpa ialah susah nak buat rukun yang ke-2.. 
mungkin merasakan diri mereka masih muda
atau kerana merasakan kehidupan sekarang agak sibuk..
nak tunggu bila dah tak sibuk nanti..
Jangan lah kamu berlengah sementara kamu masih punya kesempatan..

Wahai pesakit,
betulkan lah i'tiqad mu
kesembuhan bukan datang dari kepakaran dan kehandalan seseorang perawat
kesembuhan itu milik Allah, jadi mohonlah daripada Nya

dan janganlah kamu mendewa2kan kehebatan seseorang perawat..
maka akan jatuh syiriklah kamu nanti
sebaliknya bersaksilah kamu bahawa hanya Allah sahaja yang menyembuhkan.. 
perawat hanya berdoa..
Tiada yang lebih hebat selain Nya..

Masih  belum terlambat..
Dirikanlah sembahyang mu..
Perkuatkan lah zikir mu..
Berdoalah kamu.. sesungguhnya doa itu adalah senjata mukmin yang paling hebat..
Berserahlah kamu kepada Allah..

Hasbunallahu wani'mal wakill...





Wednesday 10 July 2013

KEJADIAN DI TEMPAT KERJA

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Baru-baru ni ditempat kerja ada diadakan jamuan perpisahan bagi seorang supervisor yang akan bersara. Jamuan akan diadakan seawal 9.30pagi. Dalam masa bersiap-siap tu salah seorang staff datang bagitau katanya seorang staff iaitu M sedang menangis dalam bilik locker wanita.

Aku pun mengikut staff yang memberitahu tersebut. Apabila sampai aku Nampak M sedang menangis sambil memeluk salah seorang staff dengan mengatakan yang dia sangat takut. Memandangkan locker wanita tersebut bersambung dengan tandas maka aku minta mereka yang ada di situ supaya membawa M ke dalam Surau. Baru lah boleh nak ruqyah ke apa.. dalam toilet mana boleh kan..

Bila dah masuk Surau aku minta seorang staff perempuan lain supaya menemani M dan aku. Yang lain aku suruh keluar, tinggal sorang lagi aku minta bantu aku iaitu R yang kerja di Human Resource. Dia ni pun ada pengetahuan jugak bab-bab ni jadi boleh jugak dia bantu-bantu aku..

Sedang aku berkira-kira apa nak buat aku terdengar seorang lagi staff aku dah mula nak dirasuk .. wah! Ini sudah set combo ni..

Dengan jin di badan M aku suruh dia bertenang, dan aku minta dia keluar secara sukarela melalui kaki kiri. Aku tarik dari badan dengan doa penunduk tolak ke kaki dan tarik keluar.. M kemudian menjerit kata ada sesuatu yang menggigit dikakinya. Aku suruh jin tu lepaskan kaki sambil bagi peluang untuk dia keluar dalam kiraan lima.. 1, 2, 3, 4,….. aku makrifatkan ditangan aku ada pedang samurai dan…zassss… terdengar jeritan keluar dari mulut M..

Dalam pada tu salah seorang supervisor lelaki datang kepada aku sambil mengisyaratkan supaya aku ke ofis.. majlis perpisahan dah nak mula kot, nak kena baca doa ni, kataku dalam hati.. aku isyaratkan OK. Sat lagi aku sampai.. aku terus tarik jin yang ada dalam badam M dan M pun semakin reda dan dah mula sedar. M dah boleh mengucap dan kuminta dia berzikir dalam hati dan beristighfar. Aku bagi tau R aku nak keluar dari Surau sekejap.. ok katanya.. steady lah R.

Aku tinggalkan mereka disurau, dalam perjalanan aku ke ofis aku diberitahu staff seorang lagi iaitu L dah kerasukkan. Aku pun baca selawat tafrijiyyah, niatkan semoga diri aku menjadi besar, garang, serta suara seperti guruh.. lalu aku duduk depan L. Terus L meminta aku supaya pergi… “ustaz saya tak mau.. ustaz saya tak mau..” katanya berkali-kali. Aku katakan kepadanya, “kalau tak mahu aku aku pun tak mahu kat hang.. la ni orang lain pun tak mau hang.. hang nampak tak pintu tu.”. kataku sambil menunjukkan pintu laundry yang terbuka luas.. Aku suruh dia keluar dengan cara baik. Jin dalam badan L tidak keluar tetapi sebaliknya terus menyebut nama paksu iaitu waris nya.. since paksu L ni dah sampai maka aku minta supaya mereka membawanya balik.

Aku kemudiannya meninggalkan tempat tersebut menuju ke ofis. Sampai je aku, kakak kat linen tu terus minta aku tengok seorang lagi.. aku mohon petunjuk dari Allah dan aku lihat wajah staff tersebut iaitu W. Dalam pertembungan mata kami, hatiku mengatakan yang dia ni okay ni, boleh bawak bincang. Jadi aku pun katakan kat dia supaya duduk diam-diam kat situ. Kami ada majlis yang nak dilangsungkan dan W pun tersenyum. Aku berpindah duduk kebelakang nya dan membacakan selawat tafrijiyyahh dan doa arkik supaya jin dalam badan W ni akan bertenang dan tidur.. W kelihatan menarik keluar dari jari-jari kakinya. Sesungguhnya W memang steady dan jin dalam badannya tak kepochi nak buat huru-hara… Alhamdulillah, syukur kupanjatkan kepada Allah s.w.t.

Aku pun memulakan majlis perpisahan dengan bacaan doa selamat. Walaupun keaadaan sedikit kelam-kabut. Staff yang sedang berkumpul kulihat sedikit khuatir akan apa yang bakal berlaku. Aku buat-buat selamba sambil membaca doa sambil tu aku kerling tengok jugak jika W ada buat apa-apa pergerakkan yang mencurigakan, namun W memang steady.. habis doa, ucapan dan diikuti sessi makan.. dalam masa makan inilah staff yang menemani M tadi panggil aku sebab dalam Surau dah kecoh. Aku tertanya jugak apa ke he.. nyer yeop…!! Aku pun berlari kearah Surau.

Sampai je aku tengok si L pun dah ada dalam Surau dan si M sedang dok berteriak. Laaaa!!! Macam mana pulak si L ni boleh ada kat sini? Tanya ku kepada orang yang memanggilku. Dia datang sendiri bos, katanya. Kelihatan M sedang mendongoi-dongoi memarahi si L dengan menuduh L sebagai setan besar. Jin dalam badan M juga mengatakan yang jin dalam badan L dah banyak buat kekecohan dalam alam jin mereka di tempat kerja. Sementara si L pulak asyik nak bersentuhan dengan M samaada tangan  atau kaki, yang mana M asyik menepis, dan melarikan diri dari L sambil menendang-nendang.

Aku syorkan kepada semua yang ada disitu supaya memisahkan mereka berdua. Tak boleh duduk setempat. Aku mengarahkan hadirin disitu supaya mengangkat si M yang sedang meracau pergi ke laundry. Sewaktu diangkat, M bertindak agresif yang mana dia telah menumbuk dan menendang orang yang memegangnya. Walaubagaimanapun, M dapat dipindahkan secara kekerasan. Sebelum meninggalkan L, aku suruh supaya orang tidak meninggalkan dia keseorangan disitu.

Aku mengikuti M ke laundry. Sampai nya di sana aku lihat ramai pulak orang yang jadi penonton. Maka dengan hormatnya aku minta supaya sesiapa yang tidak berkenaan disitu supaya meninggalkan tempat tersebut dan yang mana mahu tunggu disitu supaya memantapkan zikir dalam diri. Baca lah apa-pun dalam hati korang asalkan jangan korang yang kerasukkan sat lagi …sudah..

M terus-terusan mengongoi dan meracau sambil memarahi aku kerana tak Nampak setan besar didalam Surau itu tadi. Aku jawab balik dgn jin M, “ala apa nak kecoh sangat… kalau kau nak gaduh ke apa ke dengan setan besar tu, pergi lah gaduh dalam alam engkau.. yang nak buat kecoh dalam alam manusia ni buat apa?”.. kataku memarahinya.. Jin dalam badan M senyap.. aku mendapat ilham supaya ditidurkan sahaja jin tersebut. Lalu aku bacakan selawat tafrijiyyah lalu perintahkan jin dalam M supaya tidur… script yang kukatakan padanya lebih kurang begini..”Tidur…tidur…tidur… dengan izin Allah swt. seluruh tubuh menjadi lemah dan mata jadi mengantuk yang teramat sangat…tidur…tidur… tidur…. Tidur untuk tempoh yang panjang. Keluar ketika pesakit kebilik air… tidur… tidur… tidur….Tidurlah sehingga hari kiamat, atau sepanjang mana ketentuan Allah….” M kelihatan tersengguk-sengguk dan melapikkan tangan ke kepalanya seolah-olah hendak tidur. Dan sememangnya M kemudiannya tidur… aku selimutkan M dan minta supaya hadirin yang ada disitu supaya tidak mengganggunya.. namun tak lama, akhirnya M tergegas berjaga dan kelihatan kebingungan. Ternyata jin di dalam badannya sudah tertidur... M bingung kerana tadi berada dalam Surau manakala sekarang di laundry..”macamana saya ada kat sini bos?, bukan saya duduk di Surau tadi..?” Tanya M. Tiada jawapan dari kami manakala aku menyuruhnya supaya berehat.

Aku jengah semula ke Surau dan mendapati yang L sudah tiada disitu. Aku diberitahu yang L sudah dibawa keluar dari hotel. Alhamdulillah.. selamat …

Apa yang dapat ku ketahui hari ini ialah jin yang ada dalam kawasan tempat kerja ku ini sedang mencuba-cuba supaya ada orang yang akan “memberinya makan” seperti darah kambing, kerbau dsb.
Manakala jin yang satu lagi tu terlalu rajin sangat nak menunjukkan kebolehan nya untuk mengubat… hai..macam-macam lah perangai jin.. tak panggil suruh mengubatkan pun boleh datang.

Apa yang berlaku pada hari tersebut merupakan pengalaman asing bagi ku. Tak pernah lagi aku menghadapi situasi seperti ini dan dalam keaadaan serentak. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan aku satu pengalaman yang berharga dan keaadaan pun terkawal.

Kesemua staf yang kerasukkan pada hari tersebut sememangnya tidak aku rawat. Apa yang aku lakukan ialah menghentikan gangguan dengan menarik jin, berdiplomasi dan menidurkan jin sahaja. Kalau nak rawat ke…hmm…teruk lah aku sorang-sorang kena lawan 3..


Hasbunallahu wani’mal wakill..