بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ada sahabat bertanya "ayat apa ni..?" dalam salah satu komen ku baru-baru ini.
Since dah ada yang tanya jadi aku nak share lah sedikit kat sini suatu amalan yang amat baik untuk di amalkan dalam kehidupan kita seharian.
Doa ni di gelar "Doa Abu Darda"
Doa ni diamalkan dua kali sehari, kira-kira macam ada expiry date lah.. sekali pagi iaitu selepas Subuh (perlindungan dari waktu Subuh hingga ke Maghrib) dan sekali lagi selepas Maghrib (perlindungan dari waktu Maghrib hingga ke waktu Subuh berikutnya). Walaubagaimanapun, sebaik-baiknya doa ini dibaca setiap kali selepas solat.
Cara mengamalkan nya seperti yang diajarkan oleh guru ku ialah dengan membacakan Surah Al Fatihah 7 kali (amalan ini hendaklah di asingkan daripada wirid & doa selepas sembahyang) dan di hadiahkan AlFatihah kepada:
- Nabi Muhammad S.A.W
- Malaikat yang Empat iaitu, Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail
- Para sahabat-sahabat baginda, para Anbiya, Ulama, Syuhada..
- Guru-guru kita
- Kedua ibu bapa
- Muslimin dan muslimat (yang hidup atau mati)
- Diri kita
Selepas baca doa, kita tarik nafas dan tahan nafas sambil berdoa (doa lah jenis perlindungan yang kita harapkan, contoh; diri sendiri, keluarga, rumah, hartabenda...) kemudian hembuskan nafas ke kedua tapak tangan kita dalam bulatan mengikut arah lawan jam (seperti arah pusingan di Kaabah) dan kita sapukan ke muka dan keseluruh tubuh kita kecuali tapak kaki..
Link bawah ni aku petik dari salah satu sesawang yang telah menulis tentang doa tersebut iaitu http://www.aishaardini.com/2012/03/artikel-teladan-doa-abu-darda-ra-untuk.html
Inilah doanya:-
Semoga apa yang dikongsi disini membawa manfaat kepada kita semua, Insyaallah..
Sekian,
No comments:
Post a Comment