بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tarikh 07.10.2012 adalah merupakan hari bersejarah buatku. Hari yang mungkin akan dilupai suatu hari nanti namun ianya adalah titik permulaan di dalam hidup ku.
Di tarikh inilah aku telah memulakan kehidupan aku sebagai seorang perawat mengikut Syariat Islam seperti mana yang telah diajarkan kepadaku oleh ketiga-tiga guru ku. (jika diizinkan, aku akan perkenalkan kepada semua siapa mereka, insyaallah..)
Dalam rawatan pertama ini aku telah merawat saudara dekat ku sendiri (sedarah sedaging) yang mana telah lama meminta aku supaya merawatnya. Hehehe.. dulu aku belajar pun sebab dia lah juga. Mana tak nya, kesian tengok beliau ke sana ke sini untuk mendapat rawatan. Duit pun dah banyak habis. Tapi.. haaaa.... (tapi lah pulokk..) ye lah bila dah belajar tu baru lah sedar yang ilmu Allah tu luas... dan rasa diri ini amat kerdil... dan selalu berasa ilmu belum sebati dengan diri untuk berdepan dengan makhluk halus..
Di pendekkan cerita, jam 10.00pm aku bertolak ke rumah saudara dekat aku tu tanpa menalipon beliau terlebih dahulu. Bila dah sampai di petronas Perana baru aku call dan nyatakan hajat aku. Beliau kata ok. Sesampainya di rumah beliau, aku memulakan operasi scanning anak saudara aku.. tak dapat apa - apa. Hati goyang jugak sikit tapi aku kuatkan semangat dan berserah kepada Allah S.W.T dan berdoa kepadaNya.
Kini turn beliau pulak. Selepas minum air ruqyah dan duduk dalam posisi rawatan aku mulakan dengan Kunci Amalan dan terus dengan Zikir Inti Nur Kalimah 1 set. Selepas seketika ada nampak 'goyang-goyang' sikit tapi aku teruskan bacaan ZINK sampai habis, baru aku bagi salam..
Assalamualaikum..
(tak de jawapan..)
Aku dah lah letih baca ZINK tak habis lagi jin tu nak buat lorat pulak. Aku pun dah malas nak pikir aku pun sedut energy Pedang Nurunniyah.. bila dah terasa pedang di tangan aku tanya sekali lagi. Panas gak hati aku bila dia buat dekk aja apa lagi aku pun zasss leher dia. Terkulai sekejap.. tup tup kepala saudara aku tegak balik, rupa-rupanya ada jin lain yang ganti...masuk pulak satu lagi........ haduhh...
Jin yang kedua ni sopan sikit dan jin islam. Bila tanya jantina lelaki ke perempuan dia kata dua-dua pun boleh lah. Oooo....teringat kata Ust. Majid yang kata jin banyak yang pondan dan khunsa. Dia beritahu yang dia dah lupa jalan balik sebab dah 15 tahun duduk dalam tubuh itu dan usia pun dah 3000 tahun lebih. Dia bagitau dah ramai perawat cuba keluarkan dia tapi tak dapat sambil kata "kalau kau boleh kau keluarkan lah aku..." Adusss terasa macam kena 'pantun' lak dengan jin ni. Lagi satu dia kata kat dalam tubuh tu ada berlapis-lapis jin lagi tapi bila suruh kira dia kata banyak...(mungkin yang ni tak pandai mengira kot fikir ku, tak pun memang terlalu banyak...) Aku bacakan ayat pembuka kunci "Fath" dan potong semua belenggu pada jin tersebut.. Jin tersebut setuju untuk di hantar ke Mekah dan aku pun hantar dia ke Mekah dengan teknik serban.. gedebuk.. tubuh saudara aku jatuh terlentang ke belakang bila jin tersebut dah keluar semasa tubuh dalam keaadaan duduk..Alamak!! apasal la aku tak letak bantal kat belakang beliau...tak pe lah, dapat juga aku satu pelajaran..
Jin yang ketiga pulak masuk.. jin kafir .. offer masuk islam dia tak mahu. Katanya orang Islam pun jahat!!.. terkedu aku.. mungkin dia refer kepada si tukang sihir yang hantar dia kot, kata aku dalam hati.. Dia nak keluar dan nak balik semula ke 'Pokok"nya.. aku hantarkan dengan izin Allah..
Jin yang ke-4 pulak masuk. Dia suka dengar aku baca Al-Quran..sedapp.. katanya.. (aku pun ter'kembang'la sekejap), tapi aku cepat-cepat betulkan hati aku balik sebab mungkin jin ni nak mainkan aku je dan aku tau suara aku memang tak sedap pun... Dia ni jin perempuan dan nak masuk islam, jadi aku islamkan lah jin ini (Jin pertama yang ku Islamkan, Alhamdulillah). Ku berikan nama Siti Fatimah dan dia request nak ke Madinah. Maka aku pun perkenankan permintaannya dengan izin Allah...aku jugak doa semoga Allah menyediakan ustaz dari kalangan jin untuk mengajarkan islam kepada Siti Fatimah..
Jin yang ke-5 pulak mai.... dalam hati aku dah kata ''sudahhhh...... bila nak habis?!".. jin yang ni pun co-operate dengan baik (baik cara jin la ..) Dia tak mau masuk islam dan nak kembali ke "Pokok" nya jugak di Borneo.. nak makan ikan-ikan kegemaran katanya. Baru aku nak tarik dia dengan serban tetiba aku diilhamkan untuk tarik secara borong..(dah belajar kenapa tak guna ye tak?!!) lalu aku 'sound' semua jin dalam tubuh tu untuk keluar sekali gus. Aku tadah tangan mohon pada Allah supaya di perkenankan permintaan aku dan tarik semua sekaligus... Alhamdulillah.. keaadaan sunyi seketika dan saudara aku pun terjaga semula. Selepas beliau mengucap dua kalimah syahadah aku minumkan beliau dengan air ruqyah.
Sebelum balik (jam pun dah menunjukkan 11.40pm) aku bacakan sekali ZINK ke air (amik air paip je pun sebab yang lain tak de) untuk dibuat mandian dan minta beliau amalkan amalan men'cekik' sihir di dalam tidur. Lepas semua settle aku pun balik ah. Tapi dalam keta perut pulak lapar.. dah terbayang kat rumah cuma ada air sejuk je jadi aku pun berhentilah kat mini market sebelah Oski pdg matsirat untuk beli roti. Makan roti je lah kau malam ini hai perut... kataku...
Inilah pengalaman pertama aku dalam bidang ni.. nak kata aku nak serius..tak tau lagi. Nak kata nak low profile..nanti pengalaman kurang..hmmm... biarlah Allah yang tentukan. Semoga aku diberi perlindungan dariNya dalam meneruskan aktiviti seharian..
Innallaha a'la kulli syai'in qodiir..
wassalam..
Inilah pengalaman pertama aku dalam bidang ni.. nak kata aku nak serius..tak tau lagi. Nak kata nak low profile..nanti pengalaman kurang..hmmm... biarlah Allah yang tentukan. Semoga aku diberi perlindungan dariNya dalam meneruskan aktiviti seharian..
Innallaha a'la kulli syai'in qodiir..
wassalam..
No comments:
Post a Comment