Saturday 12 October 2013

ISTERINYA BIDAN KAMPUNG

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aku telah dipanggil merawat seorang tua yang keadaan kesihatannya sangatlah daif. Aku pergi selepas solat maghrib di tempat kerja bersama dengan dua orang rakan.

Sampai dirumah pesakit, aku tengok ramai jugak yang menziarah tetapi semuanya kaum keluarga pesakit. Aku tanya macamana keaadaan makan pesakit dsb. Mereka beritahu yang pesakit dah dua hari tak boleh bercakap. Hari itu jugak mereka beritahu dah ada dua orang yang 'pandai' datang buat air penawar kat pesakit tu. tanyakan ahli keluarganya yang pesakit boleh minum ke air penawar tu? Mereka beritahu yang hanya boleh sapu air di bibir pesakit kerana mulut pesakit seolah-olah terkunci. Ai, berat nampaknya masalah ni. Aku pun tak tahu sangat nak buat apa lalu bacalah surah Alfatihah berulang kali sambil mencari ilham apa nak buat.

Aku tak sentuh pun pesakit tu. Kemudian aku dapat tahu pulak yang isteri si pesakit ni adalah bidan kampung. Sudah!! aku beristighfar dalam hati untuk menenangkan diri disamping muhasabah diri yang aku ni sesungguhnya tidak punya apa-apa kuasa dan kekuatan, semuanya hak Allah!! Hanya kepada Allah aku memohon dan meminta pertolongan.

Setelah minta izin dari isteri pesakit aku mulakan dengan membaca Doa Seribu Guna dan buat beberapa set pernafasan. Dapat lihat reaksi tangan kiri pesakit mula bergerak-gerak walhal pesakit kurang bergerak sebelumnya. Aku minta semua yang ada disitu supaya berzikir La Ilaha Illallah.. 

Secara mendadak hujan turun dengan lebatnya.

Aku niatkan untuk memutuskan ikatan sebarang makhluk halus dengan pesakit dan doakan agar makhluk yang mengganggu menjadi lemah dan kecil. Aku dapat ilham untuk menolak sebarang gangguan dengan kaedah TANAH keluar dari tubuh pesakit.. sedang aku memesatkan zikir aku terdengar salah seorang dari hadirin terbatuk-batuk yang agak luar biasa. Aku toleh lihat dan selepas mengenal pasti aku pasung orang yang batuk tersebut. Apabila set Ayatul Kursi yang kubacakan habis, aku bangun dari tempat duduk menuju ke orang yang batuk tadi. Melalui pengalaman aku tahu yang dia sedang kerasukkan.

Dengan taawuz aku memegang kepalanya dan mulakan pertanyaan kepada orang yang terasuk tersebut. Tak banyak percakapan darinya tetapi lebih kepada menunjuk kepada isteri si pesakit- iaitu bidan kampung itu tadi. Aku tawarkan dia masuk islam namun jin tak mahu lalu aku tarik keluar. Kemudian ada satu lagi, keadaan hampir sama tetapi islam. Aku tanyakan padanya apa yang dia nampak ada pada pesakit, samada ada terdapat makhluk yang mengganggu. Jin mengangguk dan dari komunikasi tersebut aku dapat tahu yang makhluk mengganggu tersebut terikat dengan pesakit. Sekali lagi aku doakan pemutus sambil baca potongan ayat alquran dan melakukan beberapa jurus. Aku tanyakan kepada jin tadi samada masih terikat dan suruh dia tarik buang makhluk tersebut. Jin tersebut tarik dan bawa ke lantai didepannya lalu aku sambut dan buang ke Gunung Kaf. Jin tadi beritahu yang dah tak ada gangguan pada pesakit.

Kini aku tanyakan jin yang merasuk itu dimana lagi ada gangguan. Jin menunjukkan kepada si isteri pesakit. Aku memanggil si isteri tersebut agar duduk hampir dan dia dengan senang hati datang hampir. Aku tanyakan jin pada orang yang kerasukkan tadi samada dia boleh tarik. Namun jin ini kelihatan takut-takut. "hang boleh tarik dia keluar tak?" tanyaku. Jin tersebut menggelengkan kepalanya. Kemudian aku tanya padanya, kalau aku tambah tenaga kau, boleh tarik tak? Jin itu terus menganggukkan kepalanya. Aku pun berdoa dan baca Selawat Tafrijiyyah dan aku salurkan tenaga ku kepadanya. Dengan segera nampak jin tadi kelihatan kuat dan bersemangat dan sudah tidak takut lagi kepada gangguan pada si mak bidan itu tadi. Boleh tarik sekarang? tanyaku kepada jin tadi dan tanpa lengah dia anggukkan kepala dan terus tarik. Sambil jin tu buat kerjanya, aku pun terus mengalirkan tenagaku kepadanya sehinggalah gangguan dapat dibuang.

Jin kemudiannya memberitahu yang sudah tidak ada apa-apa lagi gangguan didalam rumah tersebut. Sekarang aku nak kau keluar dan tinggalkan tubuh ini! kataku. Aku suruh dia bertenang dan ikut lalu aku tarik jin tersebut keluar melalui belakang badan. Orang tersebut lantas sedarkan diri.

Aku beralih semula kepada si pesakit dan sambung semula bacaan "laqod jaa akum.. " tujuh kali sehingga habis dan tolak aura negatif dari tubuh pesakit sambil menahan nafas. Ku buang ke Gunung Kaf seperti selalu dan aku pagarkan si pesakit dengan yaasin.

Hujan yang lebat tadi beransur-ansur reda.

Bagi mengakhiri rawatan ku pada si pesakit aku mengajak semua yang ada di situ supaya sama-sama berdoa. Aku doakan supaya pesakit diberikan yang terbaik dari Allah swt. Agak panjang doaku kali ini maklumlah doa **syifa'..

Ku serahkan air kepada ahli keluarga pesakit dan ajarkan mereka untuk membuka mulut pesakit yang terkatup dengan kaedah yaasin. Alhamdulillah, nampaknya mulut pesakit dapat dibuka.



~Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah, kita hanya berdoa dan berusaha..~




No comments:

Post a Comment