Sunday 6 October 2013

BERLAWAN DENGAN JIN 1

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Agak sibuk kebelakangan ini dengan tugasan CAPEX dan sebagainya jadi kurang sikit lah nak update kisah-kisah rawatan. Walaubagaimanapun hari ni terdetik nak tulis juga walaupun sikit..heheh

Awal pagi tanggal 1 Oktober 2013 baru aku sedar yang lesen aku dah tamat tempoh. Terus message kat boss aku untuk masuk lambat sikit kerja hari ni untuk renewal. Syok jugak bila buat lesen kali ni sebab dapat lesen design baru, gambar sama dengan kad pengenalan. At least ada juga pembaharuan yang dibuat untuk pengguna. Dah selesai semua aku pun singgah kedai mamak untuk sarapan dulu sebelum masuk kerja.

Sampai di ofis, salah seorang clerk beritahu aku ada satu staff nak jumpa sebab ada masalah. Aku pun mula membayangkan apa bakal berlaku sebab sebelum ni staff ni dah ada masalah, tapi aku kasi ubat tidur je kat jin tu..hehehe.

Aku singgah dulu kat satu store yang mana staff kami sedang buat gotong-royong susun semula perkakasan. Dalam pada tu aku baca dulu ayat penggerak dan selawat tafrijiyyah. Mohon Allah beri alamat yang baik dan transform siap-siap. Nak jadi cerita, semua nya berjalan lancar lalu aku pun melangkah dengan yakin sambil baca "fasayakfi ka humullah..."

Jumpa je staff tu dia pun rancak terus cerita. Kisahnya malam tadi dia ada sembang skype dengan boyfriend dia di Pakistan dan dalam sembang tu boyfriend dia tanya ada siapa kat belakang dia sebab boyfriend dia nampak seorang lelaki.... jeng jejeng.. dan dia tak senang hati sampai ke saat tersebut dan sakit badan.

Aku suruh dia duduk lunjur kaki sambil berzikir dalam hati "Allah" dan buat satu set pernafasan dengan niat nak tarik tang mana yang sakit, belum buat apa-apa lagi dia dah mengerang sakit. Aku pun pasung dan terus tarik belakang lehernya. Staff tadi terus menggelupur.. Terus aku tindih jin yang meronta-ronta ni dengan 'gunung' dan ikat dengan Yasiin ... ah, aku rugi satu staff untuk buat kerja hari ni nampaknya sebab lepas rawatan staff ni dah tentu tak larat..

Aku capai walkie-talkie dan panggil seorang supervisor lelaki untuk tolong jadi saksi aku. Ye lah, staff tu perempuan dan aku ni lelaki nanti jadi fitnah apa-apa pulak. Tak lama kemudian  supervisor tu pun sampai. Aku minta dia carikan selimut untuk tutup tubuh staff aku yang dah terbaring tu.

Aku suruh jin tu keluar lalu dia menjerit-jerit suruh aku pergi.."pergi!! aku tak kacau kau dan kau orang kacau aku... pergi!!.." kata jin yang didalam tubuh tu. Dari perbualan dengan jin tu aku dapat kenal pasti yang dia memang jin yang tinggal di kawasan hotel ni. Aku malas nak berkasar jadi aku offer dia untuk pindah ke kawasan yang baru. Aku baca doa dan mohon Allah swt untuk tunjukkan tempat baru kepada jin tersebut. Namu jin ini bantah. Dia nak duduk kat rumah dia jugak. Kemudian aku tanya jantina nya dan dari pengakuan jin ini dia kata dia lelaki / jantan. Maka aku mohon Allah swt untuk bawakan jin yang cantik-cantik dari Gunung Raya supaya jin ni dapat pasangan hidup, malah aku bawakan dengan izin Allah jin yang cantik dari kawasan luar dari Langkawi. Walaubagaimanapun jin ni tak mahu langsung dengan jin perempuan yang dibawakan. Tolak tuah jin ni!! dengus aku dalam hati.

Aku tukar strategi jadi bengis sikit, lagi pun awal-awal aku dah transform jadi lebih bengis dari jin tu.. Aku beri amaran kepadanya supaya keluar dari tubuh staff aku tu dan buat beberapa tetakan. Kemudian aku percikkan dengan air ruqyah yang aku bawa. Jelas jin kesakitan dan baru nak berlembut. Aku dakwah untuk masuk islam namun jin ni tak mahu. Namun dia cuba nak berdolak-dalik. Ada dia kata dia akan keluar tapi dia suka dengan staff ni. Mana boleh!! kau dunia halus dan staff ni dunia kasar memang tak boleh kataku. Terus aku compress dan tarik secara borong semua jin dalam tubuh staff ini. Tak lama kemudian staff aku tersedar.

Baru je selesai supervisor yang ikut aku tadi bagitau yang ada sorang lagi kerasukkan di pejabat. Punggah!! aku tak terburu-buru pergi. Sembang sekejap dengan staff ini dan minta dia rehat dan mandi dulu dengan air ruqyah sebab badan nya sakit-sakit. Aku minta dia agar perbanyakkan berzikir..












No comments:

Post a Comment