بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Baru-baru
ni ditempat kerja ada diadakan jamuan perpisahan bagi seorang supervisor yang
akan bersara. Jamuan akan diadakan seawal 9.30pagi. Dalam masa bersiap-siap tu
salah seorang staff datang bagitau katanya seorang staff iaitu M sedang
menangis dalam bilik locker wanita.
Aku
pun mengikut staff yang memberitahu tersebut. Apabila sampai aku Nampak M
sedang menangis sambil memeluk salah seorang staff dengan mengatakan yang dia
sangat takut. Memandangkan locker wanita tersebut bersambung dengan tandas maka
aku minta mereka yang ada di situ supaya membawa M ke dalam Surau. Baru lah
boleh nak ruqyah ke apa.. dalam toilet mana boleh kan ..
Bila
dah masuk Surau aku minta seorang staff perempuan lain supaya menemani M dan
aku. Yang lain aku suruh keluar, tinggal sorang lagi aku minta bantu aku iaitu
R yang kerja di Human Resource. Dia ni pun ada pengetahuan jugak bab-bab ni
jadi boleh jugak dia bantu-bantu aku..
Sedang
aku berkira-kira apa nak buat aku terdengar seorang lagi staff aku dah mula nak
dirasuk .. wah! Ini sudah set combo ni..
Dengan
jin di badan M aku suruh dia bertenang, dan aku minta dia keluar secara
sukarela melalui kaki kiri. Aku tarik dari badan dengan doa penunduk tolak ke
kaki dan tarik keluar.. M kemudian menjerit kata ada sesuatu yang menggigit
dikakinya. Aku suruh jin tu lepaskan kaki sambil bagi peluang untuk dia keluar
dalam kiraan lima ..
1, 2, 3, 4,….. aku makrifatkan ditangan aku ada pedang samurai dan…zassss…
terdengar jeritan keluar dari mulut M..
Dalam
pada tu salah seorang supervisor lelaki datang kepada aku sambil mengisyaratkan
supaya aku ke ofis.. majlis perpisahan dah nak mula kot, nak kena baca doa ni,
kataku dalam hati.. aku isyaratkan OK. Sat lagi aku sampai.. aku terus tarik
jin yang ada dalam badam M dan M pun semakin reda dan dah mula sedar. M dah
boleh mengucap dan kuminta dia berzikir dalam hati dan beristighfar. Aku bagi
tau R aku nak keluar dari Surau sekejap.. ok katanya.. steady lah R.
Aku
tinggalkan mereka disurau, dalam perjalanan aku ke ofis aku diberitahu staff
seorang lagi iaitu L dah kerasukkan. Aku pun baca selawat tafrijiyyah, niatkan
semoga diri aku menjadi besar, garang, serta suara seperti guruh.. lalu aku
duduk depan L. Terus L meminta aku supaya pergi… “ustaz saya tak mau.. ustaz
saya tak mau..” katanya berkali-kali. Aku katakan kepadanya, “kalau tak mahu
aku aku pun tak mahu kat hang.. la ni orang lain pun tak mau hang.. hang nampak
tak pintu tu.”. kataku sambil menunjukkan pintu laundry yang terbuka luas.. Aku
suruh dia keluar dengan cara baik. Jin dalam badan L tidak keluar tetapi
sebaliknya terus menyebut nama paksu iaitu waris nya.. since paksu L ni dah
sampai maka aku minta supaya mereka membawanya balik.
Aku
kemudiannya meninggalkan tempat tersebut menuju ke ofis. Sampai je aku, kakak
kat linen tu terus minta aku tengok seorang lagi.. aku mohon petunjuk dari
Allah dan aku lihat wajah staff tersebut iaitu W. Dalam pertembungan mata kami,
hatiku mengatakan yang dia ni okay ni, boleh bawak bincang. Jadi aku pun
katakan kat dia supaya duduk diam-diam kat situ. Kami ada majlis yang nak
dilangsungkan dan W pun tersenyum. Aku berpindah duduk kebelakang nya dan
membacakan selawat tafrijiyyahh dan doa arkik supaya jin dalam badan W ni akan
bertenang dan tidur.. W kelihatan menarik keluar dari jari-jari kakinya.
Sesungguhnya W memang steady dan jin dalam badannya tak kepochi nak buat
huru-hara… Alhamdulillah, syukur kupanjatkan kepada Allah s.w.t.
Aku
pun memulakan majlis perpisahan dengan bacaan doa selamat. Walaupun keaadaan
sedikit kelam-kabut. Staff yang sedang berkumpul kulihat sedikit khuatir akan
apa yang bakal berlaku. Aku buat-buat selamba sambil membaca doa sambil tu aku
kerling tengok jugak jika W ada buat apa-apa pergerakkan yang mencurigakan,
namun W memang steady.. habis doa, ucapan dan diikuti sessi makan.. dalam masa
makan inilah staff yang menemani M tadi panggil aku sebab dalam Surau dah
kecoh. Aku tertanya jugak apa ke he.. nyer yeop…!! Aku pun berlari kearah Surau.
Sampai
je aku tengok si L pun dah ada dalam Surau dan si M sedang dok berteriak. Laaaa!!!
Macam mana pulak si L ni boleh ada kat sini? Tanya ku kepada orang yang
memanggilku. Dia datang sendiri bos, katanya. Kelihatan M sedang
mendongoi-dongoi memarahi si L dengan menuduh L sebagai setan besar. Jin dalam
badan M juga mengatakan yang jin dalam badan L dah banyak buat kekecohan dalam
alam jin mereka di tempat kerja. Sementara si L pulak asyik nak bersentuhan
dengan M samaada tangan atau kaki, yang
mana M asyik menepis, dan melarikan diri dari L sambil menendang-nendang.
Aku
syorkan kepada semua yang ada disitu supaya memisahkan mereka berdua. Tak boleh
duduk setempat. Aku mengarahkan hadirin disitu supaya mengangkat si M yang
sedang meracau pergi ke laundry. Sewaktu diangkat, M bertindak agresif yang
mana dia telah menumbuk dan menendang orang yang memegangnya.
Walaubagaimanapun, M dapat dipindahkan secara kekerasan. Sebelum meninggalkan
L, aku suruh supaya orang tidak meninggalkan dia keseorangan disitu.
Aku
mengikuti M ke laundry. Sampai nya di sana
aku lihat ramai pulak orang yang jadi penonton. Maka dengan hormatnya aku minta
supaya sesiapa yang tidak berkenaan disitu supaya meninggalkan tempat tersebut
dan yang mana mahu tunggu disitu supaya memantapkan zikir dalam diri. Baca lah
apa-pun dalam hati korang asalkan jangan korang yang kerasukkan sat lagi …sudah..
M
terus-terusan mengongoi dan meracau sambil memarahi aku kerana tak Nampak setan
besar didalam Surau itu tadi. Aku jawab balik dgn jin M, “ala apa nak kecoh
sangat… kalau kau nak gaduh ke apa ke dengan setan besar tu, pergi lah gaduh
dalam alam engkau.. yang nak buat kecoh dalam alam manusia ni buat apa?”..
kataku memarahinya.. Jin dalam badan M senyap.. aku mendapat ilham supaya
ditidurkan sahaja jin tersebut. Lalu aku bacakan selawat tafrijiyyah lalu
perintahkan jin dalam M supaya tidur… script yang kukatakan padanya lebih
kurang begini..”Tidur…tidur…tidur… dengan izin Allah swt. seluruh tubuh menjadi
lemah dan mata jadi mengantuk yang teramat sangat…tidur…tidur… tidur…. Tidur untuk
tempoh yang panjang. Keluar ketika pesakit kebilik air… tidur… tidur… tidur….Tidurlah
sehingga hari kiamat, atau sepanjang mana ketentuan Allah….” M kelihatan
tersengguk-sengguk dan melapikkan tangan ke kepalanya seolah-olah hendak tidur.
Dan sememangnya M kemudiannya tidur… aku selimutkan M dan minta supaya hadirin
yang ada disitu supaya tidak mengganggunya.. namun tak lama, akhirnya M
tergegas berjaga dan kelihatan kebingungan. Ternyata jin di dalam badannya
sudah tertidur... M bingung kerana tadi berada dalam Surau manakala sekarang di
laundry..”macamana saya ada kat sini bos?, bukan saya duduk di Surau tadi..?” Tanya
M. Tiada jawapan dari kami manakala aku menyuruhnya supaya berehat.
Aku
jengah semula ke Surau dan mendapati yang L sudah tiada disitu. Aku diberitahu
yang L sudah dibawa keluar dari hotel. Alhamdulillah.. selamat …
Apa
yang dapat ku ketahui hari ini ialah jin yang ada dalam kawasan tempat kerja ku
ini sedang mencuba-cuba supaya ada orang yang akan “memberinya makan” seperti
darah kambing, kerbau dsb.
Manakala
jin yang satu lagi tu terlalu rajin sangat nak menunjukkan kebolehan nya untuk
mengubat… hai..macam-macam lah perangai jin.. tak panggil suruh mengubatkan pun
boleh datang.
Apa
yang berlaku pada hari tersebut merupakan pengalaman asing bagi ku. Tak pernah
lagi aku menghadapi situasi seperti ini dan dalam keaadaan serentak. Alhamdulillah,
Allah telah mengurniakan aku satu pengalaman yang berharga dan keaadaan pun
terkawal.
Kesemua
staf yang kerasukkan pada hari tersebut sememangnya tidak aku rawat. Apa yang
aku lakukan ialah menghentikan gangguan dengan menarik jin, berdiplomasi dan
menidurkan jin sahaja. Kalau nak rawat ke…hmm…teruk lah aku sorang-sorang kena
lawan 3..
Hasbunallahu
wani’mal wakill..
No comments:
Post a Comment