بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pesakit mengatakan bahawa badannya terasa seperti ada sesuatu. Selalunya tapak kakinya akan berasa sejuk walaupun diwaktu tengahari. Kadang-kadang sampai kena pakai stoking. Kata pesakit dia dah cuba block dengan amalan zikir tetapi masih terasa bebanan didalam badan.
Selepas pesakit duduk melunjur aku niatkan nak tarik gangguan ke kaki pesakit dan qasadkan yang tangan ku sebagai medan magnet yang besar utk tarik jin. Kubacakan beberapa potongan ayat al-quran dan berselawat. Dapat kurasakan renjatan-renjatan kecil di tangan ku dan pesakit juga dapat rasa. Aku beri amaran kepada jin dalam badan (akhir-akhir ni selalu dapat message dari tok guru supaya buat ini dahulu) agar keluar dan insaf dari mengganggu pesakit. Aku seru supaya masuk islam dan juga ancam akan menyakitinya dengan izin Allah sekiranya berdegil.
Setelah beberapa minit aku pun tukar strategy kepada serangan. Aku mulakan dengan 1 set ZINK sehingga habis dan melakukan beberapa teknik azab dalam masa lebih kurang 20 minit. Badan pesakit memang mempunyai reaksi terhadap azab yang aku lakukan tetapi jin tersebut tetap bertahan. Akhirnya aku hantarkan anak panah berapi dari segenap sudut secara bertalu-talu dengan membacakan "lanar jumannakum.." dari surah Yaasin. Aku juga sempat mencuba kaedah Torehan spt yang diterangkan oleh Ust. Khairul (Riteq Utara)..
Aku kemudian nya memohon ilham. Alhamdulillah aku di ilhamkan yang jin di tubuh pesakit ini bukan dari jenis bercakap. Lagipun pesakit menunjukkan pergerakan ala-ala "ular" semasa dikenakan teknik azab. Aku pun hairan semenjak dua menjak ni selalu pulak aku jumpa jin jenis ini..
Lalu aku tanyakan jin dengan lafaz Bismillah.. jin menganggukkan kepala menandakan dia adalah jenis bukan bercakap. Biasanya kalau jenis jin yang tak boleh bercakap ni aku akan tarik keluar tapi kali ini aku berdialog secara angguk-geleng dengannya. Aku dapat tahu yang dia dihantar oleh tukang sihir dan terikat. Setelah kutanyakan dimana bahagian yang terikat maka aku pun mohon dari Allah s.w.t supaya semua belenggu dipotong dan aku tarik / buang. Jin tersebut mengakui yang semua belenggu tadi telah tiada. Kini ku dakwah kan jin tersebut utk memeluk islam. Alhamdulillah.. agak lama juga nak dakwah jin ni tapi memang berbaloi dan jin ini memeluk islam. Aku tanyakan samada dia hendak ke Mekah atau Madinah tapi kedua-duanya jin gelengkan kepala. Lalu aku tanyakan samada dia mahu ke mana-mana sekolah agama, jin mengangguk. Sebelum ku tarik dengan teknik serban, aku memohon kepada Allah s.w.t semoga disediakan ustaz atau ustazah (mengikut jantina jin ini) supaya dapat mengajar tentang islam di lokasi baru nanti. Tarikan dapat ku lakukan dengan mudah dan pesakit mula sedarkan diri tak lama selepas itu.
Setelah pesakit mengucap dua kalimah syahadah pesakit memberitahu yang rupa jin tersebut adalah seperti ular sawa yang besar dan mungkin sudah agak tua dimana dibahagian hujung ekornya ada buruk sedikit. Pesakit menyatakan pendapat bahawa jin tersebut mungkin baru dihantar oleh tukang sihir. Aku setuju atas sebab-sebab tertentu.
Rawatan kali ini aku teruskan dengan kaedah "telur" dan melakukan kaedah pagar rumah secara makrifat keatas rumah pesakit. Di harapkan pesakit tidak lagi mendapat gangguan selepas ini. Insyaallah.
Hasbunallahu wani'mal wakiiiil...
Seram pela saya baca sebab saya selalu rasa sejuk di tapak kaki..
ReplyDeletekalau saudari noor syatirah mohd isa ada simptom gangguan ketika jaga atau ketika tidur baik buat pemeriksaan dari perawat islam.
DeleteCuba check di hospital atau klinik dulu. Kadang2 ada salur darah yg bermasalah,macam saya dulu masa kecik2 kaki sejuk juga walau cuaca panas. Makan ubat klinik terus ok biiznillah...
DeleteSalam Tuan, sekarang ni saya mengalami masalah yg serupa. kaki & tangan sejuk even waktu pagi/tengahhari/petang. Tttp kkdg ok. Dlm pkl 11pm smpla pagi kaki & tangan sejuk & tak boleh tidur lena setiap 2jam terjaga smpla azan subuh. Slps azan subuh kaki & tangan panas semula. Lepas solat barula terasa nak tidur.
ReplyDeleteSy tidk begitu memahani akn cerita disebalik simtom yg dialami peaakit berkaitn dgn gangguan yg dialaminya, cuma terlints dibenak sy utk mengajukan keadaan yg sering dialami oleh Sy sendri dan ingin mengetahui samada adkah ia sesuatu yg normal..
ReplyDeleteSy sllu mengalami rsa sejuk dikaki disamping bdn terasa lemah n lesu.
Sy juga sering mengalami mimpi2 dikelilingi sekumpulan pelbagai jenis Dan size ular...
Assalammualaikum..sya tengah alami nya sekarang..bermula jam 11 am hingga nk terbenam matahri msuk waktu magrib akn rsa sejuk tapak kaki dan tangan..sejuk berpeluh..belakang bdn pulak kdg rsa sejuk kdg rasa panas..bila solat kdg x khusuk,jd was2,lupa pada rakaat dan yg paling teruk selalu sangkut pada niat waktu nak solat..sebelm kena mcm ni pelbagai mimpi yg dtg pd saya.antaranya,mimpi ular hitam keluar dari dalam kasut saya,mimpi mcm puteri2 mandi kn saya dengan bunga warna putih yg di campur kan dengan daun bidara,mimpi rumah pusaka nenek,mimpi mkn dan mimpi arwah keluarga yg bertahun2 yg da meninggal dunia..ustaz bole bantu sya x??
ReplyDelete