بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ada sahabat datang berbulan madu kesini baru-baru ini dan dikesempatan ini beliau minta agar scan isterinya. Yang kelakarnya aku boleh tak tau location hotel yang mana. Setahu aku ada satu je hotel nama Bella Vista di Langkawi, alih-alih ada sebuah lagi di Jln Kuala Muda.. haru betul dari Kuah patah balik ke Kuala Muda.. aku malu sendiri. Padahal aku selalu ulang alik dari Sheraton ke Four Point buat kerja.
Sampai kat hotel sahabat tu dah tunggu kat lobby. Aku diperkenalkan kepada isterinya dan jemput aku naik ke bilik. Selesa juga bilik hotel ni dan cantik. Basically semua furniture yang ada dalam bilik nampak baru. Carpet pun nampak bersih. Yang penting bilik tak berbau.
Setelah borak lebih kurang aku yang tak berapa pandai ni pun scan la isteri sahabatku ini dengan teknik scan gelombang mudah. Jelas tangan kiri jatuh kedepan sedikit. Aku tak meneruskan apa-apa rawatan dan since sahabat ni pernah menyatakan niatnya nak experience Teknik Kembara Rawat (TKR), jadi aku ajak dia lihat apa gangguan yang ada pada isterinya. Aku minta sahabat ini ambil wuduk dan selepas itu proses bermula.. je jeng..
Aku mulakan dengan doa buka mata hati, doa perlindungan dan doa mata batin.. setelah sequence ni selesai sahabat ku masih belum keluar lalu aku bacakan Surah AdDhuha.. kemudian satu simptom baru yang belum pernah ku tengok berlaku.. sahabat ini seolah meronta.. Sah! gangguan telah masuk ke dalam.. aku tanpa berlengah berdoa agar rawan sahabatku selamat dalam jagaan Allah s.w.t. Aku berubah kedudukan dengan duduk di katil berhadapan dengannya.
Aku: Assalamualaikum
Jin: .....(tiada jawapan)..
Aku: Siapakah kau yang mengganggu tubuh ini? Adakah kau islam?
Jin: Aku nak sesatkan budak ini. Keras sangaattt...
Aku: Apa dosa yang tuan tubuh ni dah buat pada kau..? aku nak kau keluar dari tubuh ini dengan nama Allah..
Jin : Ahh!.. aku tak akan keluar. Aku nak tengok kehebatan yang kau ada..
Ah sudah.. kata ku dalam hati. Jin ni nampak ganas jadi dengan cepat aku ikat dengan rantai makrifat Yaasin dan ku pagar dengan Alim Lam Mim. Saspen jugak kot nak kena bersilat pulak malam ni. Dah la aku pakai jubah labuh tentu nak buat kuda-kuda pun tak lepas..koyak aku kang..
Aku: Adakah kau mempunyai anak dan isteri?
Jin: Tidak, aku sendirian dalam hidup ku..
Aku: Baiklah, sekiranya engkau berdegil tidak mahu meninggalkan tubuh ini, dengan nama Allah engkau akan ku azabkan kerana mengganggu manusia..
Jin: Siapakah kau orang muda?
Aku: Aku hanyalah hamba Allah..
Aku menawarkan islam kepada jin ini dan kubacakan ayat-ayat dakwah serta memberikan kepadanya gambaran kehidupan islam, namun jin mengejek dengan mengatakan bahawa aku terlalu muda untuk berhadapan dengannya.. masih banyak lagi yang perlu ku pelajari katanya. Memandangkan jin sudah berkeras dan tidak mahu berdiplomasi aku menukar strategi.
Aku bulatkan penggantungan ku hanya kepada Allah lantas ku berdoa ke hadrat ilahi agar jin yang mengganggu ditembak dengan panah berapi dari segenap sudut.. ku bacakan ayat "lanar jumannakum walamassannakum..." berulang-ulang kali. Aku nampak jin kesakitan. Aku di ilhamkan untuk tidak berhenti dan terus-terusan mengazab jin. Kemudian sayup-sayup ditelingaku kedengaran jin mengucapkan syahadah dan ayat penggantungan kepada Allah. Aku sedarkan hal ini namun aku abaikan kerana pada ku mungkin ini permainan syaitan. Akhirnya..
Jin: Assalamualaikum..
Aku: (selepas meletakkan penggantungan kepada Allah s.w.t) Waalaikumsalam..
Jin: Niatku hanya untuk menolong. Budak ini adalah cucuku..
Aku: Mana mungkin manusia ini menjadi cucu mu?.. (aku sebenarnya agak marah kerana dia mengaku menjadi "datuk" kepada sahabatku).. teringat aku akan kata-kata Ismail Kamus dalam ceramahnya..
Jin: Aku cuma ingin membantu..
Kemudian jin yang mula-mula tadi masuk berkata-kata semula dan aku terus-terusan mengazabkan nya. Aku kemudiannya menggunakan kaedah rentap dan tarik ke bantal lalu bantal ku balun bertalu-talu dengan menggunakan tasbih.. Aku pun transform jadi lebih besar di alam jin dan membalunnya bertalu-talu. Ada kalanya sahabat ku ini dapat berkata-kata semula dengan memberitahuku bahawa jin tersebut sebenarnya dalam jumlah yang ramai.
Perlahan-lahan aku kaut jin yang di luar dan pasung ke dalam bantal sedikit demi sedikit. Proses mendera dan mengazab jin berlanjutan. Beberapa kaedah makrifat ku gunakan seperti tembakan pancaran kursi dan pedang kursi. Ku niatkan juga supaya sahabatku mempunyai senjata yang cukup untuk melawan dari dalam. Adakalanya jin kelihatan menanggung kesakitan adakalanya dia buat muka eksen.. meluat aku!!. kemudian jin yang memberi salam kepadaku tadi muncul kembali dengan keaadaan kesakitan. Antara perbualan kami seperti berikut.
Jin: Tidak kah kau nampak aku ini wahai orang muda?..
Aku: Aku tak punya kebolehan untuk melihatmu..
Jin: Masih jauh perjalanan mu orang muda.. berguru lah lagi..
Aku: Insyaallah
Jin: Aku hanya ingin membantu..
Aku: Aku mengharapkan bantuan dari Allah..
Jin: Baiklah, aku akan pergi. Kau uruskan lah masalah ini dan aku tidak akan mengganggu kau. Carilah jalan agar kau dapat membuka pancaindera mu yang ke enam. Assalamualaikum..
Aku menjawab salamnya. Sebenarnya aku sedikit kehairanan bagaimana dia boleh terkena serangan ku sedangkan aku telah qasadkan hanya untuk makhluk yang mengganggu sahaja.. dalam pada itu aku terdengar jin berkata "sudah lama ku tunggu saat ini..." aku tak berapa faham maksudnya..adakah dia bercakap dengan aku atau bercakap dengan tuan punya tubuh.
Serangan kuteruskan dengan zikir Nur Hikmah.. Isteri sahabatku yang dari tadi membatukan diri di sudut bilik ku minta supaya terus berzikir didalam hati. Sahabatku yang pastinya juga sedang berjuang didalam tubuhnya sendiri ku suruh berzikir..
Setelah seketika ku lihat proses rawatan masih tidak menunjukkan tanda-tanda berpenghujung. Aku berdoa kepada Allah agar diberikan ilham. Alhamdulillah, aku di ilhamkan untuk berdoa kepada Allah agar menggerakkan sekelian bala tentera islam di alam jin supaya membelasah jin yang mengganggu. Aku bangun dan berdoa. Aku arahkan tapak tangan ku ke arah pesakit dan berzikir sambil terus berdoa..
Kini aku bergerak kebelakang tubuh sahabat ku. Jin ku lihat mengaduh kesakitan sambil tangan seperti tertarik kebelakang oleh sesuatu. Aku minta jin supaya meninggalkan tubuh sahabat ku dan berjanji untuk tidak mengganggu lagi dan aku ancam untuk membunuhnya tetapi jin enggan. Aku tahu itu semua berlaku atas izin Allah. Aku tarik semangat pedang nurunniyah dengan tertib sambil hati berdoa agar jin mengalah dan keluar sendiri tetapi tidak berlaku. Apabila terasa pedang sudah ditangan ku beri amaran sekali lagi dan apabila jin membantah jin pun kusembelih dengan nama Allah. Rontaan dari tubuh sahabatku hilang. Terima kasih Allah kerana telah menggerakkan askar islam alam jin untuk membantu.... Alhamdulillah kerana memudahkan segala urusan.
Setelah semuanya selesai kami pun keluar makan dan berbual. Antara perbualan kami ialah mengenai 'karomah' yang mana aku tidak mempunyai ilmu tentangnya.
Sahabatku bercerita yang rawatan tadi yang dia telah sampai disuatu kawasan ladang getah. Tetapi belumpun lama tiba-tiba dia ditarik semula ke badan dan badannya telah pun kerasukkan. Habis anak panahnya digunakan melawan jin-jin yang menyerang. Dia juga menceritakan yang mana apabila 'orang tua' atau jin islam (yang memberi salam) tadi keluar, syaitan jahat tadi telah besorak keseronokan kerana tidak lagi diganggu. Namun keseronokkan syaitan tersebut tidak lama kerana telah dibelasah oleh tentera islam yang telah lama menunggu peluang. Tentera inilah yang telah menarik tangan kebelakang itu tadi.. ada ramai dok tunggu bro.. katanya.
Antara lainnya, sahabat ini juga telah memberitahuku bahawa terdapat banyak "kehidupan" di alam jin di sini. Mungkin sebab tanah langkawi ini tanah bersejarah kot.... Tahulah aku bahawa rupa-rupanya mata hatinya telah lama terbuka. Sahabat ini memaklumkan bahawa kehidupan disini lebih banyak dari tempat-tempat lain di tanah besar. Antara yang disebut ialah "Merah" dan "Putih". Aku sememangnya tidak punya pengetahuan tentang kehidupan di alam tersebut namun yang pasti ianya terjadi dengan izin Allah. Mungkin suatu hari nanti aku diberi peluang untuk melihat semua itu. Bak kata guru-guru, semua itu adalah rezeki Allah ada yang dapat dan ada juga yang tidak..
Luasnya ilmu Allah.. sesungguhnya pengetahuan yang ada padaku adalah amat sedikit.. Ya Allah, kau jauhkan lah diriku dari cubaan dan kerosakkan hati. Sesungguhnya semua amalanku hanyalah kerana mu..
Aku telah refer hal ini kepada Guru ku. Kata tok guru.. Wallahua'lam.. Pendapatnya makhluk tersebut ialah jin islam. Sekiranya hadir dalam rawatan dan ingin membantu, kenalah berikan tugas contohnya minta dia ambilkan barang sihir kerana dia ada keterbatasan dalam ilmunya. Sebaiknya kena guide bagi memudahkan process rawatan. Pesan tok Guru, jangan harapkan kehadirannya ketika proses rawatan tetapi sekiranya hadir, manfaatkan sebaiknya. Wallahua'lam..
Aku telah refer hal ini kepada Guru ku. Kata tok guru.. Wallahua'lam.. Pendapatnya makhluk tersebut ialah jin islam. Sekiranya hadir dalam rawatan dan ingin membantu, kenalah berikan tugas contohnya minta dia ambilkan barang sihir kerana dia ada keterbatasan dalam ilmunya. Sebaiknya kena guide bagi memudahkan process rawatan. Pesan tok Guru, jangan harapkan kehadirannya ketika proses rawatan tetapi sekiranya hadir, manfaatkan sebaiknya. Wallahua'lam..
p/s buat sahabat:
Walaupun kamu di uji dengan ujian yang berat, berterima-kasih dan bersyukurlah kerana sesungguhnya Allah amat menyayangi kamu. Anggaplah semua sakit dan gangguan ini sebagai hadiah dari Allah supaya kamu sentiasa berusaha mengingati dan mendekati-Nya.. Terima kasih juga kerana memberikan aku sebuah pengalaman baru yang tak ternilai harganya..
..Hasbunallahu wa ni'mal wakil..
No comments:
Post a Comment