بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pesakit meminta agar suaminya di scan. Aku pun menggunakan kaedah gelombang yang baru beberapa hari kupelajari. Nampak tangan kirinya jatuh kedepan.
Aku menghentikan scanning dan minta si isteri (pesakit) supaya melakukan TKR.
Sewaktu TKR, pesakit meminta agar suaminya datang kedepannya. Pesakit beritahu yang ditubuh suaminya ada rangka tengkorak melekat dibelakang badan dari kepala hingga ke tulang punggung. Di bahagian dada ada terpacak keris keemasan dan terdapat banyak ulat berenga. Di bahagian pinggang ada terdapat tangkal dan ada seluar dalam tiga lapis berlainan warna. Pesakit mencabut dengan sendiri keris dan tulang kerangka manakala seluar dalam tersebut ku potong dan tarik. Aku tak mahu masa berlanjutan kerana bimbang akan keselamatan rawan pesakit, jadi aku bantu dengan kaedah buang aura bisa dari hujung kaki suami pesakit. Hal yang sedemikian juga berlaku kepada anak pesakit yang mana juga terdapat tulang rangka yang melekat dibadannya.
Setelah si suami dan anak selesai, aku minta pesakit supaya pergi ke luar rumah. Pada mulanya pesakit tidak nampak apa-apa. Aku minta pesakit supaya berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah swt. Pesakit kemudiannya memberitahu yang dia sampai ke kawasan paya dan belukar yang ada berdekatan dengan nya ada pohon rumbia. Lokasi tersebut seperti di kampungnya sewaktu kecik dahulu. Pesakit menyatakan tiada apa-apa yang aneh disana. Aku memberikan bom peletup ketangan pesakit dan memintanya supaya meletupkan kawasan tersebut. Akhirnya dalangnya muncul.. Ianya merupakan lembaga..
Aku suruh pesakit supaya menanyakan apa mahunya. Rupa-rupanya jin ini telah mendekati pesakit sejak dari umur lebih kurang sebelas atau dua belas tahun ketika itu, dan sekarang pesakit sudah berumur 45 tahun. Kes nya ialah sipesakit ketika itu membawa lembu ternakan makan ke kawasan yang diduduki oleh jin. Jin telah marah dan telah menggangunya. Jin menyatakan bahawa si pesakit memang boleh nampak jin sedangkan pesakit sendiri tidak menyedarinya. Jin telah mendekati si pesakit sejak itu dengan alasan ingin menjaga pesakit. Aku suruh pesakit menyuruh jin tersebut meninggalkannya dan jangan mengganggu semula. Nampaknya jin berdegil dan mula memasuki tubuh pesakit. Pesakit sempat memberikan amaran kepada ku.
Sewaktu jin memasuki tubuh pesakit, dengan segera aku ikat dengan rantai makrifat Yaasin. Aku dakwah jin supaya memeluk islam dan menyesali perbuatannya. Namun jin ternyata berdegil bahkan sanggup bergadai nyawa mahu mempertahankan hubungannya dengan pesakit.
Setelah amaran kuberikan, aku rentap jin dan bawa masuk ke bantal dan ku balun sepuas hatiku. Dalam hati ku mantapkan dengan zikrullah. Bertalu-talu serangan yang ku lakukan tanpa memberi peluang kepada jin. Setelah lama bertahan ku lihat jin semakin lemah dan tubuh pesakit turun perlahan-lahan sehingga ke lantai. Aku kemudiannya berdiri dengan tapak tangan ku halakan ke wajah pesakit sambil menguatkan lagi zikir.
Akhirnya jin mengalah dan menyatakan ingin keluar. Jin kusuruh berikrar agar tidak akan mengganggu pesakit, darah daging serta rakan sekelilingnya, yang mana sekiranya jin ingkar, dia akan mendapat azab serta-merta dari Allah swt. Jin menurut dan kemudiannya aku tarik keluar dengan kaedah serban. Jin keluar dengan mudah dan seketika kemudian pesakit sedar dan mengucap dua kalimah syahadah. Alhamdulilah.. Begitulah kehidupan kita sebagai manusia yang sentiasa di ancam gangguan daripada makhluk halus ini. Supaya kita sentiasa lebih berhati-hati dan mendapatkan pemeriksaan daripada perawat islam sekali - sekala. Insyaallah..
Hasbunallah wani'mal wakil..
Salam...pengalaman 17 january xde ke?nk juga dgr ulasan@pendapat tuan hamba..leh juga tambah pengalaman..
ReplyDeleteHehehehe.. Sekarang update lagging sikit. Admin busy. Tapi insyaallah, akan diusahakan..
ReplyDelete