بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sila lah ke YouTube channel PERAWAT MUDA LANGKAWI untuk tonton video rawatan. Maaf masih banyak yang perlu diperbaiki.
https://www.youtube.com/watch?v=Qgr_tj-UTME&t=57s
Jangan lupa untuk tekan butang Subscribe dan Share. Terima Kasih.
Insya-Allah.
Perawat Muda Langkawi
Aku adalah pelajar Rawatan Islam bagi permasalahan gangguan makhluk halus. Blog ini lebih kepada pengalaman ku sebagai perawat. Walaubagaimanapun, sekiranya ada warga Langkawi yang memerlukan rawatan boleh juga hubungiku agar dapat aku ikhtiarkan disamping menambah pengalaman dan juga dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dari guru-guru ku. Insyaallah..
Monday, 29 July 2019
Saturday, 10 December 2016
Sunday, 19 October 2014
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan.
Maaf lama tak update blog.
Masih tercari-cari masa
InshaAllah, suatu hari nanti
Mesti akan ada kisah yang bakal di tulis.
Kepada warga Langkawi
Jangan malu-malu nak call bertanya
InshaAllah call anda akan di layan
Walaupun saya tak ada pusat rawatan
Kerana merawat adalah kerja sambilan
Jangan kata tak percaya
Selalu saya dengar orang kata 'tak kan kot..'
Tapi itulah dia cubaan
Ujian yang Allah datangkan kepada insan..
Bagi yang memahami akan ada kesedaran..
Sampai berjumpa lagi di masa depan..InshaAllah.
Hasbunallah wani'mal wakil..
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan.
Maaf lama tak update blog.
Masih tercari-cari masa
InshaAllah, suatu hari nanti
Mesti akan ada kisah yang bakal di tulis.
Kepada warga Langkawi
Jangan malu-malu nak call bertanya
InshaAllah call anda akan di layan
Walaupun saya tak ada pusat rawatan
Kerana merawat adalah kerja sambilan
Jangan kata tak percaya
Selalu saya dengar orang kata 'tak kan kot..'
Tapi itulah dia cubaan
Ujian yang Allah datangkan kepada insan..
Bagi yang memahami akan ada kesedaran..
Sampai berjumpa lagi di masa depan..InshaAllah.
Hasbunallah wani'mal wakil..
Sunday, 2 March 2014
Sihir Rumah Tangga
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Seorang pesakit tidak dapat masuk ke dalam untuk rawatan,
Entah kenapa dia hanya dapat berdiri tegak di hadapan pintu dan kelihatan seolah-olah terkunci segala sendi.. Rawatan ku berikan dan Alhamdulillah, dia dapat bergerak semula dan kemudian menceritakan tentang permasalahan yang dihadapinya..
Itu kisah rawatan minggu lepas. Dan minggu ini pesakit ini datang semula untuk rawatan ulangan. Sepatutnya aku tak rawat dia tapi rakan ku minta tukar supaya aku yang ambil alih pesakit tersebut setelah melihat namaku pada kad rawatannya..
Setelah didudukkan dalam kedudukan merawat, aku minta pesakit ni untuk istighfar - ikhlaskan diri untuk mendapat kesembuhan dari Allah swt. Kemudian aku minta dia supaya berselawat 3 kali dan aku minta dia supaya memaafkan setiap orang yang telah menyakitinya.. pesakit tersenyum sinis.. namun aku ulangkan semula supaya dia lakukan. Kataku, kita nak mohon kesembuhan dari Allah swt, jadi jangan ada yang menghalang keihklasan kita berdoa kepada Allah swt.. pesakit akhirnya akur dan melafaskan maaf kepada semua yang pernah menyakitinya... Alhamdulillah.
Aku mulakan dengan zikir nafas.. dan kuteruskan dengan Alfatihah sehingga ayat pemecah.. dalam hati ku niatkan agar hijap pesakit terbuka dan dapat melihat permasalahan yang menimpa dirinya. Aku juga niatkan untuk mengenakan azab kepada segala makhluk yang mengganggunya samada dari dalam ataupun luar tubuhnya.
Ku ulangi beberapa kali potongan ayat pemecah dan mengarahkan makhluk yang mengganggu agar meninggalkan pesakit. Pesakit kelihatan seolah-olah melihat sesuatu yang lain dan jelas kedengaran zikir Allah yang ku minta dizikirkan dari awal rawatan kadangkala tinggi dan adakalanya rendah. Aku ikhlaskan hati memohon agar Allah swt membantunya. Aku selesaikan ruqyah tiga dan tarik beberapa kali dari bahagian kepala hingga ke pinggang terus ke kaki.. Akhirnya aku beri salam kepada pesakit agar membuka matanya.
Ku berikan minum air ruqyah dan minta pesakit agar mengucap dua kalimah syahadah.Ingin benar hatiku untuk melakukan TKR kepada pesakit namun tak bolehlah kan kerana aku merawat dengan kumpulan..
Pesakit kemudian menceritakan yang sewaktu diruqyah, bahu kanannya berasa amat sakit kemudian rasa sakit itu hilang begitu sahaja seperti ditarik keluar. Kemudian pesakit ternampak bayangan makhluk gemuk yang dimarahi oleh seorang nenek yang berpakaian kuning sambil diperhatikan oleh seorang lagi wanita. Namun, kedua-duannya tidak dikenali oleh pesakit. Pesakit juga nampak yang suaminya dalam keaadan terbaring dan tidak boleh bergerak seperti terikat..
Dalam pada pesakit menceritakan apa yang "dilihatnya".. aku tarik makhluk gemuk tersebut dan ku hantarkan ke penjara gunung Kaf. sambil ku niatkan agar diputuskan segala hubungannya dengan tukang sihir. Aku juga mendoakan agar si tukang sihir itu tidak akan dapat memanggilnya kembali..
Kemudian secara diam-diam aku gunakan kaedah copy paste tarik suaminya yang terikat itu ke dalam kad rawatan. Kemudian aku hancurkan segala belenggu yang ada padanya. Insyallah, dengan kuasa Allah swt suaminya tidak akan terikat lagi.. mungkin buat masa ini.
Aku kemudiannya menenangkan pesakit dengan mengatakan yang Allah swt mendengar doanya dan memberikan gambaran apa yang berlaku kepadanya. Aku sarankan agar dia meneruskan dengan pembacaan yasin dan berdoa agar Allah menghancurkan segala gangguan yang ada padanya.
Pesakit, memaklumkan yang selepas dirawat pada minggu sebelumnya, gatal-gatal dibadannya sudah hilang namun masih belum dapat tidur lagi. Aku doakan sambil memberi perangsang kepadanya yang usaha kita sudah menampakkan hasil sedikit demi sedikit dan insyaallah, Allah akan membawanya keluar dari kemelut permasalahannya ..
Aku ingin sekali menggunakan kaedah yang lebih tinggi seperti ZINK dan IKKAK namun ku pendamkan niatku kerana aku tak mahu ada sebarang knflik dengan rakan perawat yang lain.
Hasbunallahu wa ni'mal wakill..
Sunday, 19 January 2014
Lama Tak Update
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Atas sebab-sebab tertentu ana tidak dapat update kisah -kisah rawatan ana. Mohon maaf andai ada yang menyukai penulisan tentang pengalaman ana dan mengharapkan kisah rawatan terbaru.
Insyaallah, apabila sebab musabab tersebut dapat ana atasi ana akan update semula.
Hasbunallahu wa ni'mal wakill..
Monday, 28 October 2013
KANTOI JIN NI NAK MEMBOHONG..
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pesakit berdiri dibawah aircond kerana katanya badan nya berasa sangat gatal.
Aku minta dia duduk dilantai dan minum air yang telah diruqyah. Baru beberapa teguk dia minum terus dia terbatuk-batuk dan muntah selepas aku buat satu set pernafasan.
Aku sembur muka dan tangan nya dengan aromatherapy AKRINE. Pesakit buka mata dan aku suruh dia minum lagi. Dia minum dan tak lama kemudian dia menjerit..makkkk!!... dan pengsan.
Aku tak pedulikan dia kali ni tapi aku beralih tempat dan ruqyah dengan ruqyah **syifa. Sampai ke ruQyah ke-2 bila baca Afahasibtum.. pesakit bangun dan marah. "baca apa sangat-sangat ni?!!".. katanya. Aku senyum je kali ni dah ulang berulang kali Afahasibtum dan lau anzalna..
Kemudian aku mula ajak dia berbicara. Eksen sikit jin ni. Dia cakap sikit lepas tu buat pesakit macam patung, cakap sikit lepas tu diam dan biarkan tangan pesakit tergantung macam patung. Aku terus tarik dan pesakit rebah lagi.
Sekali lagi aku sembur aromatherapy AKRINE. Pesakit buka mata. Aku tanya dia dia bau apa-apa tak? Wangi!.. katanya. Aku suruh dia baca taawuz.. pesakit kemudian pandang kiri-kanan dan tanya dia di mana. Aku suruh sekali lagi dan dia kata tunggula.. nampak macam nak melengah-lengahkan keaadaan. Aku tau yang bercakap ni sebenarnya bukan pesakit tapi jin.Kemudian baru dia baca taawuz dan basmallah. Aku pasti yang jin ini islam.
Bila aku tanya pesakit dia kata dia teringat kat mak dia. Aku tanya kawan aku samada mak dia ada lagi ke tak? ada lagi kata kawanku. Aku pun strike perbualan; tanya kampung dia di mana, no rumah, nama kampung apa... semua soalan aku tak dapat jawapan yang setepatnya. Dia asyik ulang "dekat rumah lah, dekat kampung lah".. aku tau yang jin ni tak tau nama kampung dan alamat rumah pesakit.. heheh..
Lama dia main-main. Aku pun dah malas nak layan dia lalu aku ZINK kan dia. Niat semoga Allah turunkan azab padanya. Mula-mula dia buat tak tahu. Tak lama kemudian meleleh air mata.. namun masih bertahan. Apabila sampai ke ayat Kaaf Ha Ain Sodd.. pesakit macam nak melompat tetapi aku tahan. Disebabkan tak dapat lepas lari pesakit (jin) tu merayu-rayu supaya tidak dibacakan ZINK keatasnya.."aku ikut.... aku ikut.." katanya berulang kali. Aku hentikan bacaan dan suruh dia berjanji supaya keluar dan tidak mengganggu lagi pesakit. Jin masih nak main-main lagi. Aku geram!! aku sambung semula bacaan dan ku ulang berkali-kali.. Jin menjerit-jerit sambil menangis dan janji akan keluar..
Aku suruh dia berikrar supaya tidak mengganggu lagi. Dengan tangisan dan berulang kali memanggil mak akhirnya dia ikut juga ikrar supaya keluar dan tidak lagi mengganggu pesakit. Jin ikut ikrar yang aku katakan."Sekiranya kau masuk semula dan mengganggu, maka Allah akan mengazab dan menghancurkan kau".. kata ku. Jin anggukkan kepala dengan tangisan dan kesedihan.
Sebelum keluar aku suruh jin ambil semua sakit yang dikenakannya keatas pesakit. "Ambil semua benda sihir dan penyakit yang ada di kaki, tangan, kepala dan seluruh tubuh pesakit dan letakkan ditangan kanan aku"..kataku memberi arahan.
Jin dalam tangisannya menurut arahan dan aku bukakan tangan. Dah habis? tanya ku padanya apabila dia meletakkan sesuatu ke dalam tangan ku dan dia mengangguk.. Aku baca ayat penggerak dan buat isyarat melempar. Dengan benda sihir, dengan jin tu sekali... terus pesakit tadi rebah..
Tak lama kemudian pesakit sedar semula namun dia tak berapa pasti apa yang telah berlaku...
Hasbunallahu wa ni'mal wakill..
Saturday, 12 October 2013
ISTERINYA BIDAN KAMPUNG
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Aku telah dipanggil merawat seorang tua yang keadaan kesihatannya sangatlah daif. Aku pergi selepas solat maghrib di tempat kerja bersama dengan dua orang rakan.
Sampai dirumah pesakit, aku tengok ramai jugak yang menziarah tetapi semuanya kaum keluarga pesakit. Aku tanya macamana keaadaan makan pesakit dsb. Mereka beritahu yang pesakit dah dua hari tak boleh bercakap. Hari itu jugak mereka beritahu dah ada dua orang yang 'pandai' datang buat air penawar kat pesakit tu. tanyakan ahli keluarganya yang pesakit boleh minum ke air penawar tu? Mereka beritahu yang hanya boleh sapu air di bibir pesakit kerana mulut pesakit seolah-olah terkunci. Ai, berat nampaknya masalah ni. Aku pun tak tahu sangat nak buat apa lalu bacalah surah Alfatihah berulang kali sambil mencari ilham apa nak buat.
Aku tak sentuh pun pesakit tu. Kemudian aku dapat tahu pulak yang isteri si pesakit ni adalah bidan kampung. Sudah!! aku beristighfar dalam hati untuk menenangkan diri disamping muhasabah diri yang aku ni sesungguhnya tidak punya apa-apa kuasa dan kekuatan, semuanya hak Allah!! Hanya kepada Allah aku memohon dan meminta pertolongan.
Setelah minta izin dari isteri pesakit aku mulakan dengan membaca Doa Seribu Guna dan buat beberapa set pernafasan. Dapat lihat reaksi tangan kiri pesakit mula bergerak-gerak walhal pesakit kurang bergerak sebelumnya. Aku minta semua yang ada disitu supaya berzikir La Ilaha Illallah..
Secara mendadak hujan turun dengan lebatnya.
Aku niatkan untuk memutuskan ikatan sebarang makhluk halus dengan pesakit dan doakan agar makhluk yang mengganggu menjadi lemah dan kecil. Aku dapat ilham untuk menolak sebarang gangguan dengan kaedah TANAH keluar dari tubuh pesakit.. sedang aku memesatkan zikir aku terdengar salah seorang dari hadirin terbatuk-batuk yang agak luar biasa. Aku toleh lihat dan selepas mengenal pasti aku pasung orang yang batuk tersebut. Apabila set Ayatul Kursi yang kubacakan habis, aku bangun dari tempat duduk menuju ke orang yang batuk tadi. Melalui pengalaman aku tahu yang dia sedang kerasukkan.
Dengan taawuz aku memegang kepalanya dan mulakan pertanyaan kepada orang yang terasuk tersebut. Tak banyak percakapan darinya tetapi lebih kepada menunjuk kepada isteri si pesakit- iaitu bidan kampung itu tadi. Aku tawarkan dia masuk islam namun jin tak mahu lalu aku tarik keluar. Kemudian ada satu lagi, keadaan hampir sama tetapi islam. Aku tanyakan padanya apa yang dia nampak ada pada pesakit, samada ada terdapat makhluk yang mengganggu. Jin mengangguk dan dari komunikasi tersebut aku dapat tahu yang makhluk mengganggu tersebut terikat dengan pesakit. Sekali lagi aku doakan pemutus sambil baca potongan ayat alquran dan melakukan beberapa jurus. Aku tanyakan kepada jin tadi samada masih terikat dan suruh dia tarik buang makhluk tersebut. Jin tersebut tarik dan bawa ke lantai didepannya lalu aku sambut dan buang ke Gunung Kaf. Jin tadi beritahu yang dah tak ada gangguan pada pesakit.
Kini aku tanyakan jin yang merasuk itu dimana lagi ada gangguan. Jin menunjukkan kepada si isteri pesakit. Aku memanggil si isteri tersebut agar duduk hampir dan dia dengan senang hati datang hampir. Aku tanyakan jin pada orang yang kerasukkan tadi samada dia boleh tarik. Namun jin ini kelihatan takut-takut. "hang boleh tarik dia keluar tak?" tanyaku. Jin tersebut menggelengkan kepalanya. Kemudian aku tanya padanya, kalau aku tambah tenaga kau, boleh tarik tak? Jin itu terus menganggukkan kepalanya. Aku pun berdoa dan baca Selawat Tafrijiyyah dan aku salurkan tenaga ku kepadanya. Dengan segera nampak jin tadi kelihatan kuat dan bersemangat dan sudah tidak takut lagi kepada gangguan pada si mak bidan itu tadi. Boleh tarik sekarang? tanyaku kepada jin tadi dan tanpa lengah dia anggukkan kepala dan terus tarik. Sambil jin tu buat kerjanya, aku pun terus mengalirkan tenagaku kepadanya sehinggalah gangguan dapat dibuang.
Jin kemudiannya memberitahu yang sudah tidak ada apa-apa lagi gangguan didalam rumah tersebut. Sekarang aku nak kau keluar dan tinggalkan tubuh ini! kataku. Aku suruh dia bertenang dan ikut lalu aku tarik jin tersebut keluar melalui belakang badan. Orang tersebut lantas sedarkan diri.
Aku beralih semula kepada si pesakit dan sambung semula bacaan "laqod jaa akum.. " tujuh kali sehingga habis dan tolak aura negatif dari tubuh pesakit sambil menahan nafas. Ku buang ke Gunung Kaf seperti selalu dan aku pagarkan si pesakit dengan yaasin.
Hujan yang lebat tadi beransur-ansur reda.
Bagi mengakhiri rawatan ku pada si pesakit aku mengajak semua yang ada di situ supaya sama-sama berdoa. Aku doakan supaya pesakit diberikan yang terbaik dari Allah swt. Agak panjang doaku kali ini maklumlah doa **syifa'..
Ku serahkan air kepada ahli keluarga pesakit dan ajarkan mereka untuk membuka mulut pesakit yang terkatup dengan kaedah yaasin. Alhamdulillah, nampaknya mulut pesakit dapat dibuka.
~Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah, kita hanya berdoa dan berusaha..~
~Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah, kita hanya berdoa dan berusaha..~
Friday, 11 October 2013
BERLAWAN DENGAN JIN 2..
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sampai je aku kat bilik kerja tu, aku tengok dah ada ramai yang duduk berdiri terjengok-jengok ke dalam untuk melihat apa yang staff seorang lagi tu yang tengah dalam keadaan terasuk.
Aku bagi salam dan masuk, terus aku marah jin tu sebab pandai-pandai bikin ribut kat tempat kerja. Aku baca ayat** dan jadikan jin tersebut kecil dan lemah sehinggakan tak boleh nak buat apa. Jin tu pun menangis. Aku suruh dia keluar balik cari ketiak mak dia..hehehe. jin degil lagi.
Aku yang memang sentiasa dalam mood yang cool* pun ambil kesempatan untuk dakwah jin ni masuk islam. Aku tayangkan padanya azab siksaan neraka dan kenikmatan syurga silih berganti dengan izin Allah.
Aku tanyakan juga jantina dan status kahwinnya. Aku dapat tahu yang jin ni jantan lalu aku offer dia untuk dikahwinkan dengan jin yang cantik. Terus dia bagitau yang dia dah ada bini!! dok kat sebelah dia lak tu... hehehe.. terfikir jugak aku - takut bini ke jin ni, hehehe..
Aku soal selidik dapatlah tahu yang mereka ni belum ada anak. Lalu aku offer untuk mengislamkan mereka. Mulanya tak mahu namun akhirnya apabila aku suruh dia tanya bininya, akhirnya mereka mahu memeluk islam. Alhamdulillah..dapat ku islamkan dengan izin Allah.
Setelah diislamkan, aku suruh jin ni periksa samada ada barang sihir pada tubuh pesakit. Mulanya jin kata tak ada tapi aku suruh jugak dia cari satu persatu bermula dari kaki, naik ke lutut..hingga ke kepala. Sampai kat dada ada sesuatu dan aku suruh dia tarik dan letakkan ke tangan aku. Jin pun dengan susah payah dia tarik dan letak kat tangan aku. Dengan ayat penggerak aku tarik buang barang sihir kat tapak tangan kiri ku ke gunung kaf. Kemudian aku suruh dia check belakang pesakit sebab sebelum tu dok bising kata sakit belakang (sewaktu mula-mula kerasukkan).
Jin tu pun tarik namun dia kelihatan dalam kesusahan dan tak berdaya, tambah lagi tangannya tersilang kebelakang. Ni kena kunci dengan jin lain lah ni getus ku dalam hati. Ku tanyakan padanya samada tanggapan ku itu betul. Dia kata ada jin besar yang ikat dia dan dia tak mampu melepaskan diri. Menyedari keaadaan jin itu kelam kabut, aku pun buat beberapa jurus menjauhkan jin yang mengganggu dan caj sedikit tenaga kepada jin tadi untuk teruskan menarik barang sihir yang ada dibelakang pesakit. Alhamdulillah, berjaya.
Time tu jugaklah boss aku datang menjenguk, terus jin dalam badan pesakit ni panggil duduk depan dia. Aku tak kisah sebab jin ni nak mengubat pulak. Aku berikan kebenaran dan suruh dia tarik sendiri apa yang ada kat belakang kepala boss aku. Jin ni pun tarik lah dengan kederat dia dan kelihatannya sungguh susah. Kemudian aku tanya dia kat mana yang nak kena tarik, dia tunjuk.. ada dua tiga tempat yang ditunjuk, terus aku tarik dan niat hantar ke gunung kaf jugak. Selesai, aku tanya balik kat jin tu ada lagi tak? dia kata dah settle.. aku suruh boss aku bangun.
Aku beritahu kat jin tu supaya beri kerja-sama sebab aku nak tarik mereka keluar dengan kaedah borong. Jin bersetuju untuk ku hantarkan ke Madinah. Aku memohon kepada Allah swt supaya menghantarkannya ke tempat yang sesuai dan disediakan guru yang mursyid agar jin suami isteri ini boleh mendalami islam. Ku tarik dan dengan izin Allah, semua selesai..
Hasbunallahu wanikmal wakiil...
Sunday, 6 October 2013
BERLAWAN DENGAN JIN 1
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Agak sibuk kebelakangan ini dengan tugasan CAPEX dan sebagainya jadi kurang sikit lah nak update kisah-kisah rawatan. Walaubagaimanapun hari ni terdetik nak tulis juga walaupun sikit..heheh
Awal pagi tanggal 1 Oktober 2013 baru aku sedar yang lesen aku dah tamat tempoh. Terus message kat boss aku untuk masuk lambat sikit kerja hari ni untuk renewal. Syok jugak bila buat lesen kali ni sebab dapat lesen design baru, gambar sama dengan kad pengenalan. At least ada juga pembaharuan yang dibuat untuk pengguna. Dah selesai semua aku pun singgah kedai mamak untuk sarapan dulu sebelum masuk kerja.
Sampai di ofis, salah seorang clerk beritahu aku ada satu staff nak jumpa sebab ada masalah. Aku pun mula membayangkan apa bakal berlaku sebab sebelum ni staff ni dah ada masalah, tapi aku kasi ubat tidur je kat jin tu..hehehe.
Aku singgah dulu kat satu store yang mana staff kami sedang buat gotong-royong susun semula perkakasan. Dalam pada tu aku baca dulu ayat penggerak dan selawat tafrijiyyah. Mohon Allah beri alamat yang baik dan transform siap-siap. Nak jadi cerita, semua nya berjalan lancar lalu aku pun melangkah dengan yakin sambil baca "fasayakfi ka humullah..."
Jumpa je staff tu dia pun rancak terus cerita. Kisahnya malam tadi dia ada sembang skype dengan boyfriend dia di Pakistan dan dalam sembang tu boyfriend dia tanya ada siapa kat belakang dia sebab boyfriend dia nampak seorang lelaki.... jeng jejeng.. dan dia tak senang hati sampai ke saat tersebut dan sakit badan.
Aku suruh dia duduk lunjur kaki sambil berzikir dalam hati "Allah" dan buat satu set pernafasan dengan niat nak tarik tang mana yang sakit, belum buat apa-apa lagi dia dah mengerang sakit. Aku pun pasung dan terus tarik belakang lehernya. Staff tadi terus menggelupur.. Terus aku tindih jin yang meronta-ronta ni dengan 'gunung' dan ikat dengan Yasiin ... ah, aku rugi satu staff untuk buat kerja hari ni nampaknya sebab lepas rawatan staff ni dah tentu tak larat..
Aku capai walkie-talkie dan panggil seorang supervisor lelaki untuk tolong jadi saksi aku. Ye lah, staff tu perempuan dan aku ni lelaki nanti jadi fitnah apa-apa pulak. Tak lama kemudian supervisor tu pun sampai. Aku minta dia carikan selimut untuk tutup tubuh staff aku yang dah terbaring tu.
Aku suruh jin tu keluar lalu dia menjerit-jerit suruh aku pergi.."pergi!! aku tak kacau kau dan kau orang kacau aku... pergi!!.." kata jin yang didalam tubuh tu. Dari perbualan dengan jin tu aku dapat kenal pasti yang dia memang jin yang tinggal di kawasan hotel ni. Aku malas nak berkasar jadi aku offer dia untuk pindah ke kawasan yang baru. Aku baca doa dan mohon Allah swt untuk tunjukkan tempat baru kepada jin tersebut. Namu jin ini bantah. Dia nak duduk kat rumah dia jugak. Kemudian aku tanya jantina nya dan dari pengakuan jin ini dia kata dia lelaki / jantan. Maka aku mohon Allah swt untuk bawakan jin yang cantik-cantik dari Gunung Raya supaya jin ni dapat pasangan hidup, malah aku bawakan dengan izin Allah jin yang cantik dari kawasan luar dari Langkawi. Walaubagaimanapun jin ni tak mahu langsung dengan jin perempuan yang dibawakan. Tolak tuah jin ni!! dengus aku dalam hati.
Aku tukar strategi jadi bengis sikit, lagi pun awal-awal aku dah transform jadi lebih bengis dari jin tu.. Aku beri amaran kepadanya supaya keluar dari tubuh staff aku tu dan buat beberapa tetakan. Kemudian aku percikkan dengan air ruqyah yang aku bawa. Jelas jin kesakitan dan baru nak berlembut. Aku dakwah untuk masuk islam namun jin ni tak mahu. Namun dia cuba nak berdolak-dalik. Ada dia kata dia akan keluar tapi dia suka dengan staff ni. Mana boleh!! kau dunia halus dan staff ni dunia kasar memang tak boleh kataku. Terus aku compress dan tarik secara borong semua jin dalam tubuh staff ini. Tak lama kemudian staff aku tersedar.
Baru je selesai supervisor yang ikut aku tadi bagitau yang ada sorang lagi kerasukkan di pejabat. Punggah!! aku tak terburu-buru pergi. Sembang sekejap dengan staff ini dan minta dia rehat dan mandi dulu dengan air ruqyah sebab badan nya sakit-sakit. Aku minta dia agar perbanyakkan berzikir..
Friday, 13 September 2013
Kesal 1..
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Berikutan kisah yang lepas, si suami telah menalifon ku dan menetapkan hari untuk rawatan. Aku pergi bersama dengan anak bujang ku. Biasalah, kalau dia ada dirumah hujung minggu dan ada pula rawatan memang aku selalu bawa dia bersama.
Sesampai dirumah kami dijamu dengan air, agak lain sedikit aku rasa sebab selalunya dijamu selepas habis rawatan. Tak apa lah, rezeki. hehehe...
Sebelum rawatan dimulakan aku dapat tahu yang si isteri selalu bermimpi ular yang besar. Aku minta dia fahami yang rawatan ini kita berharap terus dengan Allah taala. Si pesakit dan suami setuju dan faham.
Aku mulakan dengan scan tangan dan zikir nafas. Nampak tangan kirinya turun dengan laju dan kemudiannya diikuti dengan tangan kanan - saka. Aku tak berhenti disitu sebaliknya meneruskan zikir nafas dan menghantar gelombang ke tubuh pesakit. Kurang lebih 2-3 minit si pesakit jatuh terbaring kebelakang, sebelum itu aku minta suaminya ambil bantal namun sewaktu si suami dalam perjalan sipesakit dah rebah dan disambut dari belakan oleh anak ku.
Ku lihat tubuh pesakit bergetar-getar seperti terkena elektrik. Sekejap-sekejap bergetar sehingga seluruh badan dan getaran tersebut hilang, kemudian getaran tersebut datang balik. Aku tanyakan si suami adakah biasa isterinya jadi begini. Si suami mengatakan inilah pertama kali berlaku pada isterinya dan pengalaman pertamanya. Aku mengajak makhluk di dalam badan untuk berdialog namun makhluk itu sombong dan mendiamkan diri. Aku mendapat ilham untuk membacakan ZINK diikuti dengan teknik toreh tapak kaki. Akhirnya jin mengalah dan mula beristighfar sewaktu ditoreh.. ohhh!! jin islam rupanya..
Aku suruh jin tersebut keluar, dia keberatan dengan mengatakan yang dia sayangkan si pesakit dan ingin menjaganya. Jin itu juga mengatakan bahawa si pesakit tersebut dalam kesusahan. Aku suruh juga dia tinggalkan pesakit dan jin telah meninggalkan pesanan kepada si suami supaya menjaga isterinya bersungguh-sungguh dan tidak membiarkan isterinya kesunyian. Jin tersebut keluar dengan berat hati menuju ke Madinah.
Pesakit terjaga dan mengatakan badannya terasa 'besar'. Aku dakyahkan mereka supaya tidak meninggalkan suruhan Allah - tiang agama dan membentengi diri dengan zikrullah. Di saat ini si pesakit asyik mahu menceritakan yang dia ada mendapat ayat-ayat dari mimpi yang mana tak berapa ingat ayat selanjutnya. Aku mukadimmah kepada mereka suami isteri supaya tidak mengambil dan mengamalkan apa-apa ayat yang diterima atau diijazahkan melalui mimpi kerana kita tidak tahu 'siapa' sebenarnya yang mengijazahkan ayat tersebut. Aku tegaskan bahawa yang kita bukan nabi yang dapat menerima wahyu dsb. Kalau dapat doa waima ayat kursi sekalipun janganlah kita beramal dengannya sebaliknya mintalah ijazah ayat kursi yang sama daripada mana-mana ustaz atau imam-imam kerana itu lebih baik dan kita tahu siapa guru kita. Aku mengijazahkan kepada pasangan suami isteri ini beberapa zikir yang boleh diamalkan..
Dalam mereka menyalin zikir-zikir yang ku berikan ini, si pesakit sekali lagi mahu menceritakan yang dia ada mendapat ayat melalui mimpi dan menegaskan yang ayat-ayat tersebut adalah ayat alquran. Aku ulangi apa yang aku sampaikan sebelumnya namun...
Si isteri dengan tiba-tiba mengatakan yang dia tidak suka padaku..."saya nak marahlah ustaz... saya marahkan ustaz,.... saya benci ustaz, saya tak suka lah semua ni!!... katanya sambil merenung kedalam mataku... aku agak terkejut dengan kata- kata si pesakit yang sebelum ini bersikap lemah lembut, kini telah berani mengatakan yang dia tidak suka aku dengan tegas! si suami yang terperanjat dengan perubahan isterinya telah menegur perbuatan isterinya.
Kau siapa..?! kata si isteri kepadanya. Ah sudah....kata ku. Aku dapat rasakan bukan si isteri lagi yang sedang bercakap tu tetapi dia telah dikuasai. Dan jin tersebut sememang nya marahkan aku kerana aku telah membongkar penipuannya yang memberikan ayat-ayat kepada si isteri dan marah kerana aku melarang mereka menerima apa-apa ayat dari mimpi. Lalu aku tanyakan kepada jin tentang apa yang dia suka. Katanya dia sukakan tempat-tempat kotor, hiburan-hiburan dan sebagainya... tahulah aku yang ini sebenarnya ini jin yang jahat. Aku suruh jin keluar secara baik tetapi dia tidak mahu. Menyedari yana aku sudah dapat mengenalpasti dirinya, jin lantas menceritakan yang di rumah datuk si pesakit juga ada terdapat banyak jin, jin silat dan sebagainya yang memakai pakaian hitam. Jin itu juga mengatakan yang sipesakit dalam kesusahan dan kesedihan seperti yang diceritakan oleh jin yang pertama tadi. Semakin ku suruh keluar semakin dia bermain-main. Aku tak mahu layan sangat sebab tahu yang jin ini sengaja nak menimbulkan porak peranda..
Memandangkan malam sudah lewat dan aku juga kena kerja keesokan paginya, aku lantas menggunakan kaedah menidurkan jin bagi menghentikan rawatan dan pesakit pun tertidur dan tersedar semula tidak lama kemudian.
Sewaktu meminta diri untuk pulang aku isyaratkan si suami agar mengikutku dan aku beri pesanan kepadanya supaya terus berusaha merawat isterinya dan boleh juga mencari perawat lain. Banyakkan bersabar kerana syaitan itu banyak tipu helahnya.. Aku pesankan kepada si suami agar sentiasa menunaikan solat dan memperbanyakkan zikrullah bagi mendekatkan diri dengan Allah dan membentengi diri dari gangguan syaitan..
Sewaktu dalam perjalanan pulang anakku memberitahu sewaktu rawatan ada terdapat banyak jin di dalam rumah duduk bersila mengelilingi kami seperti majlis kenduri...samada jin tersebut jin islam atau kafir.. wallahua'lam..
Hasbunallahu wani'mal wakiil....
Subscribe to:
Posts (Atom)