Salah satu gambar Tuan Guru yang mengajarkan ku TKR, Ust Majid |
بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Rawatan kali ni berlainan sedikit. Pesakit memberitahu yang anaknya sering mendapat suara hati yang mengutuk islam. (anak ini baru balik dari summer camp anjuran sekolah tahfiz di penang) Selalunya anak tersebut terpaksa melawan suara hati itu dengan menguatkan semula iktiqad nya. Nasib baik si anak ini tidak merahsiakan hal ini dari emaknya.
Dari pengajian aku, orang lelaki jika diruqyah memang jarang sekali kerasukkan dan melalui pengalaman ku sendiri memang belum ada lagi. Aku di ilhamkan untuk melakukan teknik kembara rawat (TKR ) untuk rawatan kali ini. Yang akan di TKRkan bukannya si anak tapi emaknya.
Mata si emak ditutup dengan serban yang dibawa. Setelah doa dibaca aku minta si emak (pesakit) memberitahu apa yang dia nampak melalui mata dalam dan mata hatinya. Pada mulanya hanya gelap gelita yang dilapurkan. Setelah aku bekalkan dengan lampu torchlight ditangan pesakit dan aku bacakan beberapa potongan ayat suci, pesakit memberitahu yang dia kini berada di bahagian luar rumah.
Aku suruh dia tengok sekeling rumah untuk lihat sekiranya ada gangguan yang kelihatan. Dia mengatakan ada terdapat aura bisa yang kuat dari bahagian belakang rumah yang menyakitkannya. Aku bekalkan dia dengan pakaian kalis aura bisa tersebut yang mana membolehkan pesakit menahan bisa aura. Dia tak mahu meneruskankan dibelakang rumah, tak tahan katanya. Aku suruh dia cari pintu masuk ke rumah dan masuk. Dah masuk katanya.
Di dalam rumah aku suruh pesakit lihat dan cari apa-apa yang ada di dalam rumah. Pesakit masuk ke bilik anaknya dan beritahu yang dia ternampak jin hitam yang besar di sudut bilik. Aku bekalkan senjata di tangannya dan suruh dia serang jin tersebut. Setelah diserang jin tersebut bertukar menjadi wasap dan naik ke ceiling bilik. Aku berikan pesakit ribut kecil supaya semua asap tersebut dapat dihisap keluar. Pesakit kemudian bergerak keluar dari bilik anaknya.
Sampai ke ruang tamu rumah dimana anaknya sedang duduk, pesakit segera menunjukkan kearah dinding dengan tangannya dan mengatakan ada terdapat jin hitam yang besar di situ. Bentuk tubuh jin tersebut seperti jin dalam cerita kartun Aladdin yang mana dari pinggang ke kakinya adalah seperti asap, cuma bezanya jin ini sangat hitam. Hujung ekornya kelihatan bersambung dengan hati anak pesakit. Oh! Inilah jin yang memberikan bisikan benci islam kepada budak ni, kataku. Aku membuat pasung Alif Lam Mim dan pagar Yasin pada jin tersebut supaya tidak dapat lari. Kemudian aku bekalkan pada pesakit jala elektrik untuk menangkap dan merenjat jin. Aku pun tak tahu kenapa mesti bagi jala .hehehe.. Pesakitpun melemparkan jala kearah jin itu dan merenjatkan nya. Aku dialam nyata melakukan berberapa tetakan kearah jin tersebut dengan tujuan memutuskan hujung ekor jin tersebut dari hari si anak. Sewaktu pesakit menarik dan merenjatkan elektrik dari jala kepada jin, si pesakit mengatakan bahawa tenaga jin tersebut adalah sangat kuat dan pesakit tidak dapat menguasainya. Aku yang mendengarpun berusaha untuk menguatkan si pesakit yang masih dalam kembaranya dengan membacakan ayatul kursi sambil makrifatkan untuk memberi tenaga tambahan kepada pesakit. Sedang aku membaca si pesakit memberitahu yang kembaranya telah berakhir dengan tiba-tiba dan dia kini sudahpun kembali ke jasadnya..
Aku bukakan simpulan serban yang menutupi mata pesakit dan baca doa menutup semula mata batin dan mata hati si pesakit dan membacakan selawat syifa kepadanya. Aku sempat bertanya tentang mengapa dia boleh balik ke jasadnya dengan tiba-tiba? Jin tu kuat sangat kata.. tak apalah kataku. Sekurang-kurangnya sudah dapat tahu memang ada jin yang terikat di hati anaknya.
Aku biarkan si emak berehat dan aku rawat pula si anak dengan rawatan membuang sihir / aura negatif dari badannya. Semuanya berjalan lancar dan sewaktu proses merawat si anak ini memberitahu yang dadanya berdebar kuat dan sekarang dah kembali biasa.. selesai rawatan ku ke atas si anak ini.
Aku beralih kepada si emak pula. Sambung rawatan ulangan.
Aku tidak menggunakan rentap kali ini tetapi mengenakan sentuhan terus kebahagian belakang pesakit. Masuk zikir kali kedua aku dah nampak tindak balas dari pesakit. Aku habiskan bacaan zikir kedua sehingga habis dan aku berikan salam kepada pesakit.. (aku dapati kesan tindakbalas kaedah sentuhan dengan kaedah rentap, kaedah sentuhan lebih cepat tindakbalasnya)
Ayat apa yang kau baca ni? habis sakit-sakit telinga aku!! kata si jin. Nampak gayanya bukan jin islam. Aku pun macam biasa la maintain dengan keramahan dan budi bahasa bila berbual dengan jin ni. Ajak dia peluk islam. Agama? apa tu, tak pernah dengarpun..?! kata si jin. Aku teruskan soal jawab dengan jin untuk korek lebih lanjut. Katanya dia baru saja masuk ke tubuh pesakit. Sebelum ni duduk kat Sheraton, katanya Masuk ke tubuh pesakit kerana pesakit telah mengambil pokok yang jatuh ke tanah yang mana merupakan rumah "mereka" (jin membahasakan 'kami'). Kami?! ulangku meminta kepastian. Maksudnya bukan kau sajalah yang masuk ni.. sekampung ke? tanya ku. Jin tersenyum.. tak de lah sekampung tapi adalah dalam sepuluh 'orang'..katanya. Aik?! jin pun sepuluh 'orang', bukan sepuluh jin?! kataku berseloroh.. syok jugak kengkadang bergurau-gurau dengan jin ni. Sebab depa ni pun bila kita cakap baik-baik dia akan layan kita dengan baik jugak... tapi itu bergantung dengan sikap jin tersebut jugaklah.. Dah tu kau nak buat apa dengan tubuh ni, kau nak sakitkan dia ke? tanya ku. Taklah, kami cuma tumpang je kat sini katanya. Since jin ni bukan nya jenis yang agresif dan bukan nya datang secara sihir, jadi aku pun terus sahaja mendakwah kan 'mereka'. Aku mohon Allah s.w.t untuk memberikan hidayah kepadanya. Aku bacakan potongan ayat Nur dari surah Yusuf sambil memakrifatkan supaya Allah membawakan jin islam lain yang sebangsa dengan nya untuk menunjukkan dan menerangkan suasana dan cara hidup islam di alam jin. Sambil aku ulang-ulangkan ayat nur sentiasa didalam hati ku mendoakan agar jin ini akan dibukakan hatinya untuk memeluk islam. Setelah beberapa kali aku dakwah dan tanzir, akhirnya jin ini bersetuju untuk meneruskan. Aku teringat yang jin ni ada geng jadi aku suruh jin yang berkata-kata ni supaya bertanyakan jin yang lain adakah mereka juga ingin memeluk islam. Kalau semua mahu kita boleh buat sekali. Di samping itu aku menawarkan penempatan baru yang lebih baik kepada mereka dengan izin Allah. Jin itu kemudian memberitahu yang kawan-kawan jin nya yang lain itu semua bersetuju untuk memeluk islam. Aku mengajarkan nya syahadah dan meminta jin-jin yang lebih kurang sepuluh 'jin' itu pun turut sama bersyahadah. Mereka pun bersyahadah dengan lancarnya.. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t kerana memudahkan urusan ku dan bertambah saudara seislam dialam jin. Aku sempat menanyakan dari manakah jin yang berkomunikasi dengan mereka sewaktu aku mendakwahkan mereka tadi. Dari Palestin kata jin tersebut. Kalau macam tu aku hantar kau ke Palestin lah, boleh jugak kau pergi berperang dan berjihat.. kataku. Tak mau lah, kata si jin. Kalau nak perang pun kena lah berlatih dulu katanya... :-D aku tersenyum mendengar celoteh jin ini. Jadi nak kemana? Mekah ke Madinah? tanyaku. Jin mengatakan yang di Mekah sudah terlalu penuh sekarang, jadi dia memilih hendak ke Madinah. Aku menyatakan bersetuju disamping itu aku mohon kepada Allah supaya disediakan penempatan yang baik kepada jin-jin ini dan disediakan ustaz dan ustazah dari kalangan mereka, Insyaallah. Aku minta mereka keluar sendiri tapi jin tidak mahu. Kau keluarkan lah..katanya dengan sopan. Aku pun tarik dengan teknik tarik serban sambil mengarahkan semua geng jin yang baru ku islamkan tadi supaya bersedia. Kutarik dengan bacaan Alfatihah dan selawat tafrijiyyah..... jin pun keluar..
Jin yang kedua muncul.. jin ku dakwahkan supaya memeluk islam. Dah islam dah... kata si jin.. aku suruh dia jawab salam baru lah salam aku tadi dijawabnya. Katanya dia dihantar oleh tukang sihir dan dijanjikan upah yang lumayan iaitu berupa makanan. Berapa kali dah kau terima upah? tanya ku. Baru sekali..! kata si jin. Kau ni dah kena tipu ni.. duduk dalam tubuh ni dah 20 tahun tapi baru sekali terima upah?!.. kataku untuk psycho jin ini. Dia senyap tak terkata apa. Aku tanya beberapa soalan. Jin menjawab dengan lancar dan memberitahu yang dirinya di belenggu dan mahu keluar. Jin juga memberitahu yang dirinya bertubuh gemuk apabila aku suruh dia tanya jin yang dilapisan bawahnya samada mereka juga nak keluar. Jadi dia tak dapat nak tengok katanya. Aku dapat idea. Kau nak cantik tak? tanyaku. Jin angguk... aku pun senyum je.. sapa tak nak cantik kan? hehehe.. aku baik hati hari ni jadi aku doa dan mohon pada Allah s.w.t agar menjadikan jin ini cantik. Setelah aku berdoa aku tanyakan kepastian dari jin, hmmm... dah cantik dah? jin mengangguk.. Dengan izin Allah aku putuskan semua rantai yang membelenggunya dan aku putuskan semua perjanjian nya dengan tukang sihir. Apa nama kau dan bila keluar hendak dihantar ke mana? tanyaku.. Namaku Siti Fatimah dan mintak hantar aku ke Masjid Ulu Melaka lah.. katanya. Baiklah, ke masjid Ulu Melaka.. tapi kau nak buat apa sorang-sorang kat situ? pancingku.. apa pulak sorang, ramai lagi kat situ........... kata Siti Fatimah.. dia aku keluarkan dengan izin Allah tanpa sebarang masalah..
Satu lagi jin muncul... aku beri salam dan salam ku di jawab lambat. Jin ini merupakan jin islam tetapi telah ditangkap dan dirantai didalam tubuh pesakit oleh tukang sihir dibahagian kepala. Jin ini sangat blur sebab telah disihir untuk tidur sahaja didalam tubuh pesakit. Jin ini pun tidak agresif dan mahu keluar. Sudah 20 tahun tinggal sini katanya. Aku putuskan semua perjanjian nya dengan tukang sihir dan aku doakan supaya dikembalikan semua ingatannya dan hilangkan penyakit mengantuknya. Jin kembali cergas dan mahu bersembang selepas seketika. Aku pun ambil peluang bersembang dan korek-korek sikit rahsia alam jin. Aku tanyakan pada nya apa jadi dengan jin hitam yang ada pada anak pesakit tadi. Dia pun scan.. katanya jin tadi dah tak ada dibadan tapi ada di luar... aik?! bukan tadi aku dah campak dia ke laut yang paling jauh, camana dia ada kat sini pulak?.. kataku supaya dapat korek lagi rahsia. Jin tu jenis asap, kau genggam dia boleh lari... apasal kau tak masukkan ke dalam botol?!! kata jin tu menjawab soalan ku... adesss... kataku. (Kaedah ku membuang aura negatif memang sepatutnya guna botol tapi aku yang selalu short-cut.. padan muka aku, namun dapat jugak aku pengetahuan malam ni..) Selepas tanya dua tiga perkara lain aku pun tarik jin ni keluar..
Pesakit tersedar semula dari kerasukkan. Setelah mengucapkan dua kalimah syahadah aku pun sembang-sembang dengannya mengenai pengalamannya tadi. Kami ketawa mengenai menangkap jin guna jala elektrik sewaktu kembara tadi... ada pulak tangkap jin guna jala katanya...hehehe... nak buat camana minta ilham tapi tak datang waktu tu.. cuma terfikir kan jala je, apalagi.... kataku. Kesimpulannya, pengalaman malam ini pastinya akan membolehkan aku guide kembara dengan lebih baik di masa hadapan dan jangan lupa bawak botol atau standby botol dalam kereta.. botol oh botol....
Sekian..
No comments:
Post a Comment