Monday, 29 July 2013

MENTERA UNTUK KESIHATAN KONON..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baru-baru ni pergi merawat seorang kenalan dirumahnya
suka lihat keadaan rumah yang tidak dipenuhi dengan perabut, nampak luas dan tenang
tidak berserabut. Dinding rumah juga dilengkapi dengan kalimah-kalimah suci, Allah dan Muhammad..

Pesakit terus kerasukan lalu menangis walaupun baru kunci amalan yang dibacakan
jin tersebut menangis mendayu-dayu lagaknya untuk menarik simpati..lame
Aku tanyakan nama, jantina, ada berapa jin dalam tubuh, berapa lama duduk di tubuh pesakit dan bahagian mana?
jin menjawab dengan isyarat tangan.. jin jantan, ada dua, sudah empat tahun, satu duduk dikemaluan dan satu lagi di bahagian dada..

Rakan perawatku tidak mahu berlengah lagi lalu mengenakan tekanan tangan dibahagian pinggang pesakit dan pesakit terus menggelupur sambil mengaduh sakit
pesakit beberapa kali bergerak disekitar rumah secara mengengsot ataupun merangkak.

Jin mengaku yang kehadirannya disebabkan pesakit membacakan mantera memanggilnya
kini pesakit dah lama tak membacakan mantera tersebut disebabkan 'handset' nya hilang. Ini kerana pesakit tidak menghafal mantera tersebut dan hanya save dalam handsetnya. Akibatnya, jin ini mula mengenakan penyakit keatas pesakit.

Kedua-dua jin dapat diislamkan dan dihantar ke Serambi Madinah.
Namun selepas kedua-duanya keluar, masih terdapat getaran pada tubuh pesakit terutama kaki kirinya
mungkin bekas sihirnya..

Setelah tamat rawatan pesakit memberitahu yang dia mengambil mantera tersebut kerana ingin mendapatkan kesihatan yang baik.. Nauzubillahi min zaalik..
Alhamdulillah kerana pesakit telah menyesali perbuatannya..
Jin dalam tubuh juga dapat dikeluarkan, yang mana perawat sebelum ini telah gagal.. Alhamdulillah, Allah telah membantu di malam Ramadhan yang Kareem ini.

Selepas rawatan kepada pesakit, adik dan ibunya pula meminta dirawat
dan kami rawat dengan kaedah rentap dan rugyah..
Semoga semua beroleh kesembuhan dari Allah..

Hasbunallahu wani'mal wakiiil..



APA ITU SAKA?

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


<<<Dari coretan sahabat perawat>>>

APA ITU SAKA?

Saka ialah sejenis jin yang mendampingi manusia akibat kontrak yang berlaku di antara nenek moyang(munusia) dengan jin untuk mendapatkan kecantikan atau perlindungan atau pertolongan atau kekuatan dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

Tanda-Tanda Orang Yang Mewarisi Saka:

1.Sering bermimpi menyusukan bayi(mendukung atau melihat juga petanda yang sama)

2.Sering mimpi rumah lama

3.Mimpi dikelilingi kanak-kanak

4.Mimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia

5.Boleh melihat makhluk halus

6.Boleh mengurut\bidan secara tradisional tanpa perlu belajar(salasilah keturunan ada yang pandai mengurut)

7.Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang

8.Sering ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur

9.Rumah tangga sering bermasalah(berbalah dalam perkara yang kecil\anak-anak terlalu degil)

10.Berdebar-debar tanpa sebab

11.Sakit-sakit pada sendi,pinggang dan buku lali

12.Pengsan bila menziarahi orang meninggal dunia

13.Mendakwa tahu sesuatu perkara yang belum terjadi

14.Sering Sakit(bila jumpa Doktor, Doktor kata anda tidak sakit apa-apa)Biasanya dalam kes begini kalau tidak kerana saka..bermakna anda telah disihir

15.Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi

16.Selalu bermimpi berada di awangan

17.Sering mimpi dikejar binatang atau dipatuk ular(kemungkinan juga disihir)

Saka Boleh Berpindah Dari Tuannya Kepada Orang Lain Dengan Cara:

1.Anak atau cucu yang rapat dengan Tuan saka

2.Menyimpan\memiliki barang-barang lama seperti keris dan cincin milik Tuan saka yang telah meninggal dunia

3.Menerima ilmu dari Tuan saka dengan dperturunkan jampi-jampi tertentu yang perlu diamalkan oleh si penerima ilmu..Bisanya untuk kekuatan atau kecantikan..Bila si penerima ilmu mula mengamalkan jampi-jampi tersebut maka saka telah pun berpindah Tuan sama ada dia tahu atau tidak tahu..suka atau tidak suka Saka telah pun mendampinginya..

Kesan Saka:

1.Mendapat Penyakit Fizikal

2.Menyebabkan terkena sakit mental

3.Menyebabkan pergaduhan suami isteri

4.Menyebabkan manusia tidak bekerja

5.Menyebabkan manusia melakukan aktiviti-aktiviti yang bercanggah
dengan Islam..

6.Mengganggu ketika sakaratul maut

7.Mengganggu anak-anak dan keturunan

8.Anak-anak jadi degil

9.Seorang yang baik\lembut\penyabar jadi panas baran

Jika Anda Telah Mewarisi Saka..Apa yang anda perlu lakukan?

-Anda perlu segera berjumpa dengan pengamal-pengamal perubatan Islam yang bertauliah

P\S:Jangan sesekali berjumpa Bomoh\Dukun\Pawang

-Dekatkan diri dengan Allah dengan melaksanakan ibadat-ibadat wajib dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat tahajjud,membaca al-Quran dan berzikir

-Amalkan doa-doa berikut selepas solat subuh dan maghrib(sebaiknya setiap waktu solat):-

1.Doa Nabi Yunus

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHOOLIMIIN.”
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau.Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”(surah al anbiya’ ayat 87)

Amalkan 5\7 kali selepas solat

2.Isti’azah

ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ

“A’uzubillahi minasy syaitonir rajiim”

Amalkan 100 kali selepas solat

3.al Mukminun ayat 115-118

-Sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda jangan berputus asa..Teruskan berusaha,berdoa dan bertawakal kepada Allah..

Hasbunallahu Wani'mal Wakiiiil..


Tuesday, 23 July 2013

Wahai Pesakit..


بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ramai yang bermasalah dan ramai yang nak minta bantuan
Tak mau minta dari Allah, tetapi mengharapkan kesembuhan dari perawat.. Nauzubillahi min zaalik..

Kerja-kerja merawat perawatan islam sebenarnya adalah salah satu cabang dakwah. 
Pesakit akan diminta supaya lebih mendekati Allah
Sekiranya pesakit itu dibukakan hatinya oleh Allah swt maka bertambahkuat lah keislaman seseorang itu

Sewaktu rawatan, perawat akan menegur ahli keluarga tentang suasana islamiah didalam rumah sebelum rawatan dimulakan..
keluarga akan ditegur supaya tidak mempamerkan sebarang gambar benda bernyawa di dalam rumah..
minta supaya ditutup kan TV..
ahli keluarga yang perempuan akan ditegur supaya menutup aurat kerana kami adalah  lelaki bukan mahram..
Ahli keluarga diminta supaya tidak merokok, berbual kosong dan bergelak ketawa.. tetapi akan diminta supaya memperkuat kan zikir didalam hati..
Maafkan kami andainya anda terasa hati, atau sekurang-kurangnya terganggu kerana itu adalah kebiasaan anda..
sesungguhnya kami menjalankan kerja dakwah kami.. fahamilah..

Paling penting ialah pesakit mengikut rukun Islam yang lima.. 
dan paling ramai yang saya jumpa ialah susah nak buat rukun yang ke-2.. 
mungkin merasakan diri mereka masih muda
atau kerana merasakan kehidupan sekarang agak sibuk..
nak tunggu bila dah tak sibuk nanti..
Jangan lah kamu berlengah sementara kamu masih punya kesempatan..

Wahai pesakit,
betulkan lah i'tiqad mu
kesembuhan bukan datang dari kepakaran dan kehandalan seseorang perawat
kesembuhan itu milik Allah, jadi mohonlah daripada Nya

dan janganlah kamu mendewa2kan kehebatan seseorang perawat..
maka akan jatuh syiriklah kamu nanti
sebaliknya bersaksilah kamu bahawa hanya Allah sahaja yang menyembuhkan.. 
perawat hanya berdoa..
Tiada yang lebih hebat selain Nya..

Masih  belum terlambat..
Dirikanlah sembahyang mu..
Perkuatkan lah zikir mu..
Berdoalah kamu.. sesungguhnya doa itu adalah senjata mukmin yang paling hebat..
Berserahlah kamu kepada Allah..

Hasbunallahu wani'mal wakill...





Wednesday, 10 July 2013

KEJADIAN DI TEMPAT KERJA

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Baru-baru ni ditempat kerja ada diadakan jamuan perpisahan bagi seorang supervisor yang akan bersara. Jamuan akan diadakan seawal 9.30pagi. Dalam masa bersiap-siap tu salah seorang staff datang bagitau katanya seorang staff iaitu M sedang menangis dalam bilik locker wanita.

Aku pun mengikut staff yang memberitahu tersebut. Apabila sampai aku Nampak M sedang menangis sambil memeluk salah seorang staff dengan mengatakan yang dia sangat takut. Memandangkan locker wanita tersebut bersambung dengan tandas maka aku minta mereka yang ada di situ supaya membawa M ke dalam Surau. Baru lah boleh nak ruqyah ke apa.. dalam toilet mana boleh kan..

Bila dah masuk Surau aku minta seorang staff perempuan lain supaya menemani M dan aku. Yang lain aku suruh keluar, tinggal sorang lagi aku minta bantu aku iaitu R yang kerja di Human Resource. Dia ni pun ada pengetahuan jugak bab-bab ni jadi boleh jugak dia bantu-bantu aku..

Sedang aku berkira-kira apa nak buat aku terdengar seorang lagi staff aku dah mula nak dirasuk .. wah! Ini sudah set combo ni..

Dengan jin di badan M aku suruh dia bertenang, dan aku minta dia keluar secara sukarela melalui kaki kiri. Aku tarik dari badan dengan doa penunduk tolak ke kaki dan tarik keluar.. M kemudian menjerit kata ada sesuatu yang menggigit dikakinya. Aku suruh jin tu lepaskan kaki sambil bagi peluang untuk dia keluar dalam kiraan lima.. 1, 2, 3, 4,….. aku makrifatkan ditangan aku ada pedang samurai dan…zassss… terdengar jeritan keluar dari mulut M..

Dalam pada tu salah seorang supervisor lelaki datang kepada aku sambil mengisyaratkan supaya aku ke ofis.. majlis perpisahan dah nak mula kot, nak kena baca doa ni, kataku dalam hati.. aku isyaratkan OK. Sat lagi aku sampai.. aku terus tarik jin yang ada dalam badam M dan M pun semakin reda dan dah mula sedar. M dah boleh mengucap dan kuminta dia berzikir dalam hati dan beristighfar. Aku bagi tau R aku nak keluar dari Surau sekejap.. ok katanya.. steady lah R.

Aku tinggalkan mereka disurau, dalam perjalanan aku ke ofis aku diberitahu staff seorang lagi iaitu L dah kerasukkan. Aku pun baca selawat tafrijiyyah, niatkan semoga diri aku menjadi besar, garang, serta suara seperti guruh.. lalu aku duduk depan L. Terus L meminta aku supaya pergi… “ustaz saya tak mau.. ustaz saya tak mau..” katanya berkali-kali. Aku katakan kepadanya, “kalau tak mahu aku aku pun tak mahu kat hang.. la ni orang lain pun tak mau hang.. hang nampak tak pintu tu.”. kataku sambil menunjukkan pintu laundry yang terbuka luas.. Aku suruh dia keluar dengan cara baik. Jin dalam badan L tidak keluar tetapi sebaliknya terus menyebut nama paksu iaitu waris nya.. since paksu L ni dah sampai maka aku minta supaya mereka membawanya balik.

Aku kemudiannya meninggalkan tempat tersebut menuju ke ofis. Sampai je aku, kakak kat linen tu terus minta aku tengok seorang lagi.. aku mohon petunjuk dari Allah dan aku lihat wajah staff tersebut iaitu W. Dalam pertembungan mata kami, hatiku mengatakan yang dia ni okay ni, boleh bawak bincang. Jadi aku pun katakan kat dia supaya duduk diam-diam kat situ. Kami ada majlis yang nak dilangsungkan dan W pun tersenyum. Aku berpindah duduk kebelakang nya dan membacakan selawat tafrijiyyahh dan doa arkik supaya jin dalam badan W ni akan bertenang dan tidur.. W kelihatan menarik keluar dari jari-jari kakinya. Sesungguhnya W memang steady dan jin dalam badannya tak kepochi nak buat huru-hara… Alhamdulillah, syukur kupanjatkan kepada Allah s.w.t.

Aku pun memulakan majlis perpisahan dengan bacaan doa selamat. Walaupun keaadaan sedikit kelam-kabut. Staff yang sedang berkumpul kulihat sedikit khuatir akan apa yang bakal berlaku. Aku buat-buat selamba sambil membaca doa sambil tu aku kerling tengok jugak jika W ada buat apa-apa pergerakkan yang mencurigakan, namun W memang steady.. habis doa, ucapan dan diikuti sessi makan.. dalam masa makan inilah staff yang menemani M tadi panggil aku sebab dalam Surau dah kecoh. Aku tertanya jugak apa ke he.. nyer yeop…!! Aku pun berlari kearah Surau.

Sampai je aku tengok si L pun dah ada dalam Surau dan si M sedang dok berteriak. Laaaa!!! Macam mana pulak si L ni boleh ada kat sini? Tanya ku kepada orang yang memanggilku. Dia datang sendiri bos, katanya. Kelihatan M sedang mendongoi-dongoi memarahi si L dengan menuduh L sebagai setan besar. Jin dalam badan M juga mengatakan yang jin dalam badan L dah banyak buat kekecohan dalam alam jin mereka di tempat kerja. Sementara si L pulak asyik nak bersentuhan dengan M samaada tangan  atau kaki, yang mana M asyik menepis, dan melarikan diri dari L sambil menendang-nendang.

Aku syorkan kepada semua yang ada disitu supaya memisahkan mereka berdua. Tak boleh duduk setempat. Aku mengarahkan hadirin disitu supaya mengangkat si M yang sedang meracau pergi ke laundry. Sewaktu diangkat, M bertindak agresif yang mana dia telah menumbuk dan menendang orang yang memegangnya. Walaubagaimanapun, M dapat dipindahkan secara kekerasan. Sebelum meninggalkan L, aku suruh supaya orang tidak meninggalkan dia keseorangan disitu.

Aku mengikuti M ke laundry. Sampai nya di sana aku lihat ramai pulak orang yang jadi penonton. Maka dengan hormatnya aku minta supaya sesiapa yang tidak berkenaan disitu supaya meninggalkan tempat tersebut dan yang mana mahu tunggu disitu supaya memantapkan zikir dalam diri. Baca lah apa-pun dalam hati korang asalkan jangan korang yang kerasukkan sat lagi …sudah..

M terus-terusan mengongoi dan meracau sambil memarahi aku kerana tak Nampak setan besar didalam Surau itu tadi. Aku jawab balik dgn jin M, “ala apa nak kecoh sangat… kalau kau nak gaduh ke apa ke dengan setan besar tu, pergi lah gaduh dalam alam engkau.. yang nak buat kecoh dalam alam manusia ni buat apa?”.. kataku memarahinya.. Jin dalam badan M senyap.. aku mendapat ilham supaya ditidurkan sahaja jin tersebut. Lalu aku bacakan selawat tafrijiyyah lalu perintahkan jin dalam M supaya tidur… script yang kukatakan padanya lebih kurang begini..”Tidur…tidur…tidur… dengan izin Allah swt. seluruh tubuh menjadi lemah dan mata jadi mengantuk yang teramat sangat…tidur…tidur… tidur…. Tidur untuk tempoh yang panjang. Keluar ketika pesakit kebilik air… tidur… tidur… tidur….Tidurlah sehingga hari kiamat, atau sepanjang mana ketentuan Allah….” M kelihatan tersengguk-sengguk dan melapikkan tangan ke kepalanya seolah-olah hendak tidur. Dan sememangnya M kemudiannya tidur… aku selimutkan M dan minta supaya hadirin yang ada disitu supaya tidak mengganggunya.. namun tak lama, akhirnya M tergegas berjaga dan kelihatan kebingungan. Ternyata jin di dalam badannya sudah tertidur... M bingung kerana tadi berada dalam Surau manakala sekarang di laundry..”macamana saya ada kat sini bos?, bukan saya duduk di Surau tadi..?” Tanya M. Tiada jawapan dari kami manakala aku menyuruhnya supaya berehat.

Aku jengah semula ke Surau dan mendapati yang L sudah tiada disitu. Aku diberitahu yang L sudah dibawa keluar dari hotel. Alhamdulillah.. selamat …

Apa yang dapat ku ketahui hari ini ialah jin yang ada dalam kawasan tempat kerja ku ini sedang mencuba-cuba supaya ada orang yang akan “memberinya makan” seperti darah kambing, kerbau dsb.
Manakala jin yang satu lagi tu terlalu rajin sangat nak menunjukkan kebolehan nya untuk mengubat… hai..macam-macam lah perangai jin.. tak panggil suruh mengubatkan pun boleh datang.

Apa yang berlaku pada hari tersebut merupakan pengalaman asing bagi ku. Tak pernah lagi aku menghadapi situasi seperti ini dan dalam keaadaan serentak. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan aku satu pengalaman yang berharga dan keaadaan pun terkawal.

Kesemua staf yang kerasukkan pada hari tersebut sememangnya tidak aku rawat. Apa yang aku lakukan ialah menghentikan gangguan dengan menarik jin, berdiplomasi dan menidurkan jin sahaja. Kalau nak rawat ke…hmm…teruk lah aku sorang-sorang kena lawan 3..


Hasbunallahu wani’mal wakill..











Tuesday, 18 June 2013

PUNCO2 EH JIN MENGGANGGU MANUSIO (NEGRI VERSION)

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


~~~~~Ini adalah sebuah nukilan lama untuk di share..~~~~~

Saturday, 14 August 2010

Salam,

Dah lamo den tak menulih ni.. tapi kan ari ni (bulan poso @ poso ke-4) dalam duduk2 sajo tu teringat pulak maso den amik ijazah dalam rawatan islam ari tu kisah real sorang budak pompuan ni kerasukan dan menontang ayat2 alquran yang dibacokan (ruqyah) kek dio. Rupo2 eh budak ni kono sihir agak lamo yo tapi tah macamano jin yang menyihir dio tu jatuh cinta pulak dongan dio dan terus tingga dalam badan dio. Susah yo sampai nak poie sekolah pun tak buleh asyik kono hysteria jo. Walaumacamanopun akhir eh jin dalam badan dio (jin kapir) dapek di islamkan oleh tok guru den dengan izin Allah swt dan akhir eh keluar dari badan budak pompuan tu. Alhamdulillah.. (den nampak muko omak eh bukan main suko laie doh)

Bukan apo yo, den bukan nak menunjuk atau nak memandai kek sini. Tapi ghamai diantaro kito yang kato bondo2 ni sumo eh mengarut. Mano ado bondo2 ni zaman jalur lebar ni yo tak// kalau maso den duduk kek kampong dulu den selalu donga ayat ni.. “kepalo ayah eh agak eh tak do antu setan jaman skarang.. laie banyak ado lah”

Ari ni den nak cito tontang punco2 jin dan syaitan mengganggu manusio (untuk makluman den bukan belajar ilmu itam yo, den belaja baco ayat2 alquran yang amek ditakuti oleh makhluk ini sajo beseroto doa2 mustajab..). Tapi jangan la tipon den suruh den mengubek pulak pasal den tak sampai laie kek situ. Harap maklum..

Ado banyak sobab mengapo manusio dikacau dek syaitan dan jin ini; antaro eh iolah;-

1. jin tu sendiri jatuh cinto dongan manusio. Samoado jin jantan jatuh cinto ngan manusio wanita atau jin betino mencintoi lelaki (sobab tu kalau nak poie mandi kek joram2 tu yang pompuan jgn la pakai pakaian yang teselak2.. kang jin jantan ni stim dan nak ikut kau balik.. susaa.. :p

2. Manusio menyakiti jin – contoh eh kau duduk rumah ateh, lopeh tu kau siram air paneh ke bawah.. memang tak do sapo, tapi kot la ado jin kek situ alamat eh merano la kau dibuek eh

3. Jin tu sengajo yo nak menyakiti manusio. (ikut suko bapak dio.. yo) tapi kes biaso yang tjadi iolah apabilo kito berado dalam situasi kek bawah nia • Ketiko dikuasoi perasaan marah • Ketiko telalu takut • Leko dan tak beribadah • Ketiko kito tongah lalai dr mengingat Allah

4. Mensyirik kan Allah

5. suko buek mcm2 maksiat

6. ado orang hantar sihir kek kau

7. lomah pogangan agamo, tawakkal dan tauhid

8. Ada lotak gamba anjing atau gamba yang ditogah syarak dalam rumah

9. Rumah yang ado lotak loceng… he he he ini mesti kowang suko nak mempersoalkan nyo.. nabi ponah bersabdo; “ Malaikat tidak akan bersamo dongan kumpulan yang ado pado eh anjing dan loceng” (Riwayat Muslim) sendiri mau ingat la

10. masuk tompek2 jin betondang dan tak ghoti nak baco doa pelindungan; seperti tandeh, tompek pembuangan sampan dll

11. kau bia kan bebudak memain kek laman rumah waktu maghrib

12. tak melaungkan azan kek telingo anak semaso budak tu lahir

Sabdo Nabi Muhammad saw “ takdo sorang pun dari anak2 adam (manusio) itu dilahirkan melainkan akan kono ganggu oleh syaitan ketiko lahir eh, sobab itulah io menjorit menagih2 kerano gangguan syaitan itu kecuali Maryam dan anak eh (Isa) sahajo”.. (riwayat Bukhari &amp; Muslim)








Friday, 31 May 2013

Guru-guru Ku

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Mereka di atas adalah merupakan guru-guruku yang mengajarkan ku akan ilmu rawatan islam. 

Dari tak pernah berzikir, mereka mengajarkan ku supaya berzikir..
Dari tak mengenali alam jin, mereka lah yang mengajar ku tentang alam jin..
Dari mereka lah aku belajar ruqyah dan menghafal satu persatu..
Dari mereka lah aku belajar membuat penggantungan sepenuhnya kepada Allah swt..
Dari mereka lah aku belajar tentang makrifat..
Dari mereka lah aku belajar mengenai mendinding diri..
Dari mereka lah aku menyedari yang ilmu Allah itu amatlah luas..
Semakin kita belajar semakin kerdil diri ini ku rasa..

Ya Allah, Kau limpahkan lah keredhoan-Mu, kerahmatan-Mu, Kemuliaan-Mu kepada semua guru-guru ku diatas serta semua guru-guru yang pernah mengajarkan aku erti kehidupan..
Sesungguhnya aku amat berterima-kasih kepada kesemua mereka.. yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada ku ini Ya Allah... amin ya robbal a'laminn..














Kisah rawatan..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, ada juga sedikit kelapangan untuk menulis hari ini..

Rawatan dilakukan hampir seminggu yang lalu
pesakit merasakan amat berat dan payah untuk melakukan amal ibadat dan kerja seharian

setelah bersedia, rawatan dimulakan dengan memberi amaran kepada jin yang mengganggu agar keluar meninggalkan tubuh pesakit
kemudian aku bacakan hizib sakron ataupun ada juga yang memanggilnya doa para nabi..
kemudian diikuti dengan asas pernafasan.. pesakit gelisah

kali ini aku niatkan rawatan ini adalah kepada semua, iaitu jin yang mengganggu, khadam jin yang menjadi pengantara dan juga si tukang sihir..

Hari ni aku ada banyak masa.. jadi nak rawat slow-slow..

ZINK ku wiridkan .. pesakit amat gelisah (diwaktu ini aku niatkan supaya pesakit dapat melihat apa yang berlaku pada dirinya)
Diikuti dengan ayat-ayat azab..
kusudahi dengan ruqyah Yaasin..

Akhirnya aku berdialog dengan jin yang di dalam tubuh pesakit.. tak banyak soal jawabku kali ini..
pada mulanya jin tidak mengakui yang dia dihantar.. tetapi setelah diuji dan didapati dia terbelenggu.

Jin setuju untuk mengambil barangan sihir atau apa sahaja benda kotor yang ada ditubuh pesakit..
ada yang di kaki, di perut, di punggung, dada, tulang belakang, kepala.. tapi yang diperut seperti menarik ular.. semua benda yang ditarik tadi ku makrifatkan ke gunung Kaf, iaitu penjara untuk jin jahat yang membuat kekacauan ke atas manusia.

Jin kelihatan sangat letih dan bila ku suruh keluar dia menunjukkan ke leher dan belakang badan pesakit seolah-olah memberitahu yang dia terbelenggu.. aku hancurkan semua belenggu yang ada pada jin dengan izin Allah dan dia pun bebas. Namun apabila ku suruh keluar melalui kaki, jin kelihatan amat susah... setelah agak lama, aku berikan bantuan kepadanya. Ku suruh dia ikut aku dan aku makrifatkan menarik jin ini keluar melalui kaki dengan isyarat tangan dari kepala hingga ke kaki.

pesakit mula sedarkan diri.. pesakit kelihatan kebingungan..

lalu aku tanyakan apa yang berlaku..
pesakit memberitahu yang dia ternampak dirinya sendiri
tetapi di kuasai oleh makhluk seakan-akan ular, tetapi dalam masa yang sama juga seperti belut.. 
makhluk tersebut telah membelit segenap tubuhnya terutama di bahagia perut. 
pesakit cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya
namun kemudian pesakit merasakan telah mendapat bantuan..
makhluk yang membelit tubuhnya telah di sentap.. dan dirinya kini bebas, lalu pesakit pun sedar..

Aku tidak mempunyai kebolehan untuk melihat gangguan yang mengganggu pesakit, tetapi apabila pesakit yang menceritakannya.. Alhamdulillah..

Segala yang berlaku adalah ketentuan dan dengan kekuasaan Allah.

Hasbunallahu wani'mal wakill..












Tuesday, 14 May 2013

Lagi jin dan pindah sekampung..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pesakit merasakan ada sesuatu yang tak kena pada dirinya

setelah semua bersedia, tempat rawatan iaitu rumah pesakit di pagar
kali ini ku mulakan dengan memberi amaran kepada jin yang berada di tubuh pesakit
tak perlu nak scan sebab selalunya memang ada..heheh

'sekiranya di dalam tubuh ini ada sebarang jin, samada yang sengaja mengganggu atau dihantar, sila keluar sekarang.. kerana aku takut Allah swt akan menurunkan siksaan yang amat pedih apabila didoakan sebentar lagi.... keluar... keluar sekarang!!' kataku

setelah menunggu beberapa ketika, aku mulakan dengan kunci amalan,
tubuh ku transformkan menjadi lebih besar, garang dan ganas .. lebih ganas dari jin yang di dalam 
aku teruskan dengan zikir dan pernafasan..
nampak ada yang tak selesa dalam tubuh pesakit..
aku tambah dengan  ZINK dan jin dah tak senang duduk, kaki pesakit dah beberapa kali berkisar tempat.. aku yakin pesakit dah kerasukkan..

aku menghabiskan sekali ZINK dan terus tanya jin kenapa dia ganggu pesakit
tiada jawapan.. setelah beberapa kali kutanya tahulah aku yang jin ini dari jenis yang tak boleh bercakap..
aku suruh dia keluar dia mahu, tapi tak boleh keluar sendiri.. jin mengakui yang dia bukan islam..

aku memulakan dakwah ku kepadanya kerana dia tak boleh cakap..
aku mohon Allah berikan bayangan kenikmatan kehidupan seorang islam..
ku panggil juga jin yang sebangsa dengannya untuk sama-sama memberikan dakwah kepada jin ini..
lepas seketika aku mohon Allah swt untuk memberikannya bayangan neraka.. semoga jin yang didakwah dapat membuat pilihan dalam hidupnya..

jin tak menunjukkan sebarang persetujuan atau bantahan apabila ditanya..
setelah beberapa kali ditanya, aku menukar caraku..
kini kusuruh dia keluar, sekali dengan paksaan..
jin seperti terkejut
kusuruh dia keluar segera, namun akhirnya dia mengaku tak mampu nak keluar sendiri..
lagipun ada ikatan di leher dan pinggangnya.. kubukakan dan kupastikan supaya tiada lagi sebarang ikatan .. 
jin mengakui yang dirinya kini sudah terlepas.. sah lah yang jin ini bukan datang suka-suka, tetapi terpaksa..

setelah kutanyakan sekali lagi barulah jin mengangguk kepala tanda bersetuju untuk memeluk islam.. ku bacakan bismillah yang dimulakan dengan ta'awuz..kemudian kubacakan kalimah suci syahadah dan jin mengikutnya.. Alhamdulillah, hari ni dapat lagi aku jin yang bersaudara seagama dengan aku..

sebelum keluar aku minta jin ini berjanji tidak akan kembali mengganggu pesakit dan juga manusia yang lain. ku beritahu dia yang dia akan dihantar ketempat yang bersesuaian dengan dirinya dan juga dalam masyarakat jin islam dari jenis dan bangsa yang sama dengannya. Semoga dia akan mendapat didikan agama dari kaum nya sendiri..sudah tentu semuanya adalah dengan biiznillah...

setelah selesai, pesakit pun sedarkan diri..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sewaktu TKR pesakit mendapati bahawa kembaranya dibawa ke persimpangan rumah ku..
ada terdapat perkampungan baru jin disitu.. dan biasalah, bila dah ramai-ramai dalam sekampung tu mestilah ada yang nakal nak mengganggu orang

mak mertua aku beritahu yang ada suara seperti memberi salam, 
katanya suara tersebut mirip suara ku.. sudahh!!

setelah mendapati punca tersebut, tanpa persetujuan dari warga perkampungan tersebut aku memohon pada Allah swt untuk memindahkan perkampungan jin tersebut ke suatu tempat baru yang lain, yang lebih sesuai untuk masyarakat jin tersebut..

sekali lagi tengok nampak area tersebut telah menjadi tenang seperti biasa.. tiada lagi aura hitam yang tak menselesakan...

sekian...


Hasbunallah wa ni'mal wakil..






Saturday, 13 April 2013

Terlanggar Jin?

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ni pergi melawat salah seorang staff yang kemalangan baru-baru ini
nampak teruk jugaklah kesan luka terutama di kaki sebelah kiri
Dalam pada itu kawan yang bawa aku kerumah staff tu tadi ada bagitau 
yang staff tersebut tak dapat tidur malam
kabarnya staff tersebut berasa ada sesuatu yang bergerak-gerak di kakinya
sampai kena berjaga sampai pagi

Bila sampai kerumah staff tersebut, khabarnya malam tadi dah boleh tidur tanpa berasa ada gangguan
sebab semalamnya dah ada tukang urut yang pandai..
takpelah, 
since niat memang nak tolong jugak staff tu jadi aku pun tanya samada nak check ke tidak, dia setuju

aku guna kaedah 18-81, nampak ada sedikit getaran dikaki kanan
kemudian aku guna gelombang dan pernafasan, jelas tangan jatuh kedepan
aku pagar dengan alif lam makrifat dan pasung Nun kemudian tarik
gelombang sekali lagi dah tak nampak gangguan, Alhamdulillah..

Staff ni kemalangan di waktu hujan sewaktu melalui suatu jalan yang dia sendiri jarang lalu
namun aku berasakan rasa benda bergerak dikaki waktu malam tu ada kaitan dengan jin dari tempat kemalangan tu..
mungkin staff ini telah terlanggar jin tersebut..wallahua'lam..

Allahu Rabbi..

Hasbunallahu wani'mal wakil....





Tuesday, 9 April 2013

Teruklah Mcm Ni!!...

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dah agak lama jugak tak update blog ni
Nampaknya kerjaku ditempat baru ni boleh tahan seboknya
Jin dalam kawasan tu pun boleh tahan jugak..

Baru-baru ni ada buat rawatan susulan keatas seorang pesakit
First time jumpa cuma seekor jin je ada dalam badan
selalunya ada banyak, paling koman pun 5 jin..

Dalam masa yang sama badan aku pun berasa sakit-sakit
sejak start kerja ditempat baru selalu kaki kiri aku ada masalah
selalu meletup-letup bila nak qiyam atau nak sujud waktu sembahyang
kalau duduk dalam masjid dengar khatib baca khutbah jangan cakaplah dia punya ngilu
jadi kali ni aku ambil kesempatan untuk check..

jeng jejeng..
didalam alam jin rupa-rupanya badanku dari kaki ke leher rupa dah macam banir pokok getah mati
siap bercendawan lagi.. adeh.. apa punya dugaan ni..
bila aku tarik dgn makrifat, dengan segera pula kulit macam kulit pokok getah tu naik semula..
namun ianya hilang jugak selepas beberapa kali tarik..

Cadang untuk tarik lebih kerap, kalau boleh setiap waktu selepas solat..

Ku cuba mencari punca nya..

MasyaAllah!!.. Dari tempat kerja rupanya..

Rupanya ada juga makhluk Allah yang mengamalkan sesuatu seperti penunduk dsb..(tekaan aku lah)
namun apa yang terlihat dari alam jin ialah timbunan miang buluh yang bertaburan..
gamaknya bukan aku sorang je yang berasa sakit..
pasti ada ramai lagi yang kena..huallahu a'lam..

Aku cuma cuci diri aku je setakat ni
Aku masih terfikir-fikir lagi apa nak buat dengan miang buluh tu
samada nak kaut dan buang..
Ataupun kaut dan hantar balik ke orang yang hantar.. hehe

Pada aku, sekalipun nak buat apa-apa..
Jangan lah minta kepada selain Allah..
Kerana percentage untuk kau disesatkan amatlah tinggi
Kot rugi je buat amal ibadat, tapi pahalanya kena bagi ke orang lain..
Meniaga kalau buat rugi ja buat apa ye tak?..
Bak kata makcik-makcik dan kakak-kakak di tempat kerja.. "teruklah macam ni!!...."

Ya Allah, kau tunjukkanlah kami jalan yang lurusss....

Hasbunallahu wani'mal wakil....