Monday 28 October 2013

KANTOI JIN NI NAK MEMBOHONG..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pesakit berdiri dibawah aircond kerana katanya badan nya berasa sangat gatal.

Aku minta dia duduk dilantai dan minum air yang telah diruqyah. Baru beberapa teguk dia minum terus dia terbatuk-batuk dan muntah selepas aku buat satu set pernafasan. 

Aku sembur muka dan tangan nya dengan aromatherapy AKRINE. Pesakit buka mata dan aku suruh dia minum lagi. Dia minum dan tak lama kemudian dia menjerit..makkkk!!... dan pengsan.

Aku tak pedulikan dia kali ni tapi aku beralih tempat dan ruqyah dengan ruqyah **syifa. Sampai ke ruQyah ke-2 bila baca Afahasibtum.. pesakit bangun dan marah. "baca apa sangat-sangat ni?!!".. katanya. Aku senyum je kali ni dah ulang berulang kali Afahasibtum dan lau anzalna..

Kemudian aku mula ajak dia berbicara. Eksen sikit jin ni. Dia cakap sikit lepas tu buat pesakit macam patung, cakap sikit lepas tu diam dan biarkan tangan pesakit tergantung macam patung. Aku terus tarik dan pesakit rebah lagi.

Sekali lagi aku sembur aromatherapy AKRINE. Pesakit buka mata. Aku tanya dia dia bau apa-apa tak? Wangi!.. katanya. Aku suruh dia baca taawuz.. pesakit kemudian pandang kiri-kanan dan tanya dia di mana. Aku suruh sekali lagi dan dia kata tunggula.. nampak macam nak melengah-lengahkan keaadaan. Aku tau yang bercakap ni sebenarnya bukan pesakit tapi jin.Kemudian baru dia baca taawuz dan basmallah. Aku pasti yang jin ini islam.

Bila aku tanya pesakit dia kata dia teringat kat mak dia. Aku tanya kawan aku samada mak dia ada lagi ke tak? ada lagi kata kawanku. Aku pun strike perbualan; tanya kampung dia di mana, no rumah, nama kampung apa... semua soalan aku tak dapat jawapan yang setepatnya. Dia asyik ulang "dekat rumah lah, dekat kampung lah".. aku tau yang jin ni tak tau nama kampung dan alamat rumah pesakit.. heheh..

Lama dia main-main. Aku pun dah malas nak layan dia lalu aku ZINK kan dia. Niat semoga Allah turunkan azab padanya. Mula-mula dia buat tak tahu. Tak lama kemudian meleleh air mata.. namun masih bertahan. Apabila sampai ke ayat Kaaf Ha Ain Sodd.. pesakit macam nak melompat tetapi aku tahan. Disebabkan tak dapat lepas lari pesakit (jin) tu merayu-rayu supaya tidak dibacakan ZINK keatasnya.."aku ikut.... aku ikut.." katanya berulang kali. Aku hentikan bacaan dan suruh dia berjanji supaya keluar dan tidak mengganggu lagi pesakit. Jin masih nak main-main lagi. Aku geram!! aku sambung semula bacaan dan ku ulang berkali-kali.. Jin menjerit-jerit sambil menangis dan janji akan keluar..

Aku suruh dia berikrar supaya tidak mengganggu lagi. Dengan tangisan dan berulang kali memanggil mak akhirnya dia ikut juga ikrar supaya keluar dan tidak lagi mengganggu pesakit. Jin ikut ikrar yang aku katakan."Sekiranya kau masuk semula dan mengganggu, maka Allah akan mengazab dan menghancurkan kau".. kata  ku. Jin anggukkan kepala dengan tangisan dan kesedihan.

Sebelum keluar aku suruh jin ambil semua sakit yang dikenakannya keatas pesakit. "Ambil semua benda sihir dan penyakit yang ada di kaki, tangan, kepala dan seluruh tubuh pesakit dan letakkan ditangan kanan aku"..kataku memberi arahan.

Jin dalam tangisannya menurut arahan dan aku bukakan tangan. Dah habis? tanya ku padanya apabila dia meletakkan sesuatu ke dalam tangan ku dan dia mengangguk.. Aku baca ayat penggerak dan buat isyarat melempar. Dengan benda sihir, dengan jin tu sekali... terus pesakit tadi rebah..

Tak lama kemudian pesakit sedar semula namun dia tak berapa pasti apa yang telah berlaku...

Hasbunallahu wa ni'mal wakill..








No comments:

Post a Comment