Sunday 2 March 2014

Sihir Rumah Tangga

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seorang pesakit tidak dapat masuk ke dalam untuk rawatan,

Entah kenapa dia hanya dapat berdiri tegak di hadapan pintu dan kelihatan seolah-olah terkunci segala sendi.. Rawatan ku berikan dan Alhamdulillah, dia dapat bergerak semula dan kemudian menceritakan tentang permasalahan yang dihadapinya.. 

Itu kisah rawatan minggu lepas. Dan minggu ini pesakit ini datang semula untuk rawatan ulangan. Sepatutnya aku tak rawat dia tapi rakan ku minta tukar supaya aku yang ambil alih pesakit tersebut setelah melihat namaku pada kad rawatannya..

Setelah didudukkan dalam kedudukan merawat, aku minta pesakit ni untuk istighfar - ikhlaskan diri untuk mendapat kesembuhan dari Allah swt. Kemudian aku minta dia supaya berselawat 3 kali dan aku minta dia supaya memaafkan setiap orang yang telah menyakitinya.. pesakit tersenyum sinis.. namun aku ulangkan semula supaya dia lakukan. Kataku, kita nak mohon kesembuhan dari Allah swt, jadi jangan ada yang menghalang keihklasan kita berdoa kepada Allah swt.. pesakit akhirnya akur dan melafaskan maaf kepada semua yang pernah menyakitinya... Alhamdulillah.

Aku mulakan dengan zikir nafas.. dan kuteruskan dengan Alfatihah sehingga ayat pemecah.. dalam hati ku niatkan agar hijap pesakit terbuka dan dapat melihat permasalahan yang menimpa dirinya. Aku juga niatkan untuk mengenakan azab kepada segala makhluk yang mengganggunya samada dari dalam ataupun luar tubuhnya.

Ku ulangi beberapa kali potongan ayat pemecah dan mengarahkan makhluk yang mengganggu agar meninggalkan pesakit. Pesakit kelihatan seolah-olah melihat sesuatu yang lain dan jelas kedengaran zikir Allah yang ku minta dizikirkan dari awal rawatan kadangkala tinggi dan adakalanya rendah. Aku ikhlaskan hati memohon agar Allah swt membantunya. Aku selesaikan ruqyah tiga dan tarik beberapa kali dari bahagian kepala hingga ke pinggang terus ke kaki.. Akhirnya aku beri salam kepada pesakit agar membuka matanya.

Ku berikan minum air ruqyah dan minta pesakit agar mengucap dua kalimah syahadah.Ingin benar hatiku untuk melakukan TKR kepada pesakit namun tak bolehlah kan kerana aku merawat dengan kumpulan..

Pesakit kemudian menceritakan yang sewaktu diruqyah, bahu kanannya berasa amat sakit kemudian rasa sakit itu hilang begitu sahaja seperti ditarik keluar. Kemudian pesakit ternampak bayangan makhluk gemuk yang dimarahi oleh seorang nenek yang berpakaian kuning sambil diperhatikan oleh seorang lagi wanita. Namun, kedua-duannya tidak dikenali oleh pesakit. Pesakit juga nampak yang suaminya dalam keaadan terbaring dan tidak boleh bergerak seperti terikat..

Dalam pada pesakit menceritakan apa yang "dilihatnya".. aku tarik makhluk gemuk tersebut dan ku hantarkan ke penjara gunung Kaf. sambil ku niatkan agar diputuskan segala hubungannya dengan tukang sihir. Aku juga mendoakan agar si tukang sihir itu tidak akan dapat memanggilnya kembali..

Kemudian secara diam-diam aku gunakan kaedah copy paste tarik suaminya yang terikat itu ke dalam kad rawatan. Kemudian aku hancurkan segala belenggu yang ada padanya. Insyallah, dengan kuasa Allah swt suaminya tidak akan terikat lagi.. mungkin buat masa ini.

Aku kemudiannya menenangkan pesakit dengan mengatakan yang Allah swt mendengar doanya dan memberikan gambaran apa yang berlaku kepadanya. Aku sarankan agar dia meneruskan dengan pembacaan yasin dan berdoa agar Allah menghancurkan segala gangguan yang ada padanya.

Pesakit, memaklumkan yang selepas dirawat pada minggu sebelumnya, gatal-gatal dibadannya sudah hilang namun masih belum dapat tidur lagi. Aku doakan sambil memberi perangsang kepadanya yang usaha kita sudah menampakkan hasil sedikit demi sedikit dan insyaallah, Allah akan membawanya keluar dari kemelut permasalahannya ..

Aku ingin sekali menggunakan kaedah yang lebih tinggi seperti ZINK dan IKKAK namun ku pendamkan niatku kerana aku tak mahu ada sebarang knflik dengan rakan perawat yang lain.

Hasbunallahu wa ni'mal wakill..



No comments:

Post a Comment