Friday 13 September 2013

Kesal..

بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dalam bulan syawal yang lepas ada aku dijemput kerumah kenalan yang ayahnya dah uzur. Malam tu telah dibacakan Yasin oleh penduduk kampung dan aku sampai pun selepas majlis tu selesai. Pada malam yang sama ada diadakan jamuan kenduri dirumah salah seorang staff aku jadi aku berada disanalah sebelum kerumah kenalan ku ini.

Sampai dirumah aku dijemput terus duduk disebelah pesakit. Aku tengok keadaan nya pun memang dah uzur sangat. Aku cuba panggil pakcik tu tapi dah tiada respon. Jadi aku doakan dengan doa pembuka apa sahaja yang terkunci, sekiranya ada apa-apa makhluk yang dirantai juga aku mohon rungkaikan ikatannya lalu aku tarik tenaga negatif yang ada pada tubuh pesakit, disamping berdoa kepada Allah swt supaya memberikan yang terbaik kepada si pesakit. Rawatan yang aku lakukan adalah lebih kurang 30 minit. Secara jujurnya aku katakan memang sukar untuk merawat orang-orang tua kerana tiada tindak balas dari pesakit dan pesakit tidak dapat berkomunikasi, dan ini adalah merupakan pengalaman ku yang pertama. Alhamdulillah, selepas aku balik kenalan ku tadi ada menalipon memberitahu yang ayahnya sudah boleh tidur dan kelihatan tenang. Aku bersyukur kerana dapat membantu serba sedikit mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh keluarga mereka.

Namun dalam cerita diatas, ada sesuatu yang lain yang hendak aku share yang mana aku telah terlepas cakap yang mana keadaan tersebut amat aku sesali. Sewaktu sedang merawat pesakit tua tersebut ada seorang perempuan yang duduk disisinya yang sentiasa menyuapkan air dan menjaga pesakit. Hati ku seolah-olah berkata ada sesuatu yang tak kena pada perempuan ini walaupun sewaktu merawat dia tidak menunjukkan sebarang tanda.. 

Apa yang aku sesali berikutan penerangan diatas ialah sewaktu menjamah makanan mulutku yang tak ada insuran ini dengan ringan bertanya siapakah dia. Tahulah aku dia merupakan cucu kepada si pesakit dan merupakan anak kepada anak pesakit yang paling tua. Aku telah menyatakan kepadanya apa yang aku rasa dihadapan semua ahli keluarga. Menyesal sungguh aku!! Tidak lama kemudian aku dihampiri oleh suami perempuan tersebut.

Si suami mengatakan yang agak terkejut (bukan marah) sebab mereka baru kahwin kurang lebih 6 bulan dan si isteri selalu sahaja sakit-sakit. Telah buat pemeriksaan di hospital tak jumpa apa-apa dan doktor telah membuat kesimpulan yang si isteri menghidapi migrain. Dan si suami setelah terdengar apa yang aku katakan sebelum itu minta aku tolong rawat isterinya. Aku katakan lain kali sahaja. Dalam hati aku masih menyesali perbuatan iaitu kelancangan mulut ku....

Ya Allah, kau jauhkan lah aku dari perbuatan yang telah berlaku seperti tersebut kerana aku tidak mahu orang mengatakan yang aku memandai-mandai... Ya Allah, ampunilah aku.. maafkan lah aku..

Aku berikan juga nombor phone aku kepada si suami yang mana akan berusaha mengatur hari yang sesuai untuk rawatan isterinya.. Insyaallah...

Dua hari kemudian aku mendapat sms dari seseorang yang memberitahuku yang si pesakit telah kembali kerahmatullah dengan mudah dan tenang.. Alfatihah buat Allahyarham, semoga roh nya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..

Hasbunallahu Wani'mal Wakiil..










No comments:

Post a Comment